06/07/2026
[SELAMAT MAJU JAYA DALAM PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA UniMAP SESI AKADEMIK 2025/2026] 📚
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Ilmu, Keikhlasan & Kecemerlangan UniMAP.
Salam Malaysia MADANI.
Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana Muda UniMAP yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Sesi Akademik 2025/2026.
Segala usaha, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang semester kini bakal diterjemahkan dalam peperiksaan ini. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, kekalkan fokus, urus masa dengan baik dan jangan lupa untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh peperiksaan.
Percayalah bahawa setiap usaha yang dilakukan tidak akan mengkhianati hasil. Berikan yang terbaik dan hadapi setiap kertas peperiksaan dengan tenang serta penuh semangat.
Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan ketenangan sepanjang menjawab peperiksaan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
“Good luck on your final exam. Stay confident, stay focused, and give it your very best!” 💪🏻
Sekian, terima kasih.
Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tuanku Tengku Fauziah (MPKKTTF)
“Empowering Community Through Togetherness”