24/08/2026
Tahniah YBhg Prof
PELANTIKAN SEMULA TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
21 Ogos 2026 | Putrajaya
Jabatan Pendidikan Tinggi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry bin Abdul Majid atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkuat kuasa mulai 1 September 2026.
YBrs. Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry merupakan ahli akademik dan penyelidik berpengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan bahan komposit. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Sistem Mekanikal dari University of Liverpool serta Ijazah Doktor Falsafah dalam Kejuruteraan Komposit dari Newcastle University, United Kingdom.
Semoga pelantikan semula ini dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan serta memperkukuh kecemerlangan akademik, agenda pengantarabangsaan dan daya saing UniMAP di peringkat nasional dan antarabangsa.
Universiti Malaysia Perlis