Faculty of Mechanical Engineering UTeM

  • Home
  • Faculty of Mechanical Engineering UTeM
Call Directions

Faculty of Mechanical Engineering UTeM Please follow our new FTKM page:
https://www.facebook.com/share/1LcRVeVTNc/

📢 PENGUMUMAN Mulai 1 Ogos 2026, semua berita, pengumuman, aktiviti dan perkembangan terkini Fakulti Teknologi dan Kejuru...
01/08/2026

📢 PENGUMUMAN

Mulai 1 Ogos 2026, semua berita, pengumuman, aktiviti dan perkembangan terkini Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan disalurkan melalui platform media sosial rasmi yang berikut:

🔴 YouTube :
🔵 Facebook : FTKMofficial
🟣 Instagram :
⚫ Threads :

Sehubungan itu, warga FTKM, alumni, rakan industri, bakal pelajar serta orang ramai dijemput untuk FOLLOW akaun rasmi kami dan LIKE hantaran terkini agar tidak terlepas sebarang maklumat, pencapaian, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh FTKM.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda dalam mengikuti perkembangan FTKM, UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM


28/07/2026

✈️ *International Conference on Aerospace Technologies, Advanced Materials and Applied Innovation* (ICAAMI 2026)

The *Faculty of Mechanical Engineering Technology (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)* proudly presents ICAAMI 2026, an international conference that brings together academia and industry through *keynote speeches, live aerospace thermoplastic composite demonstrations, technical exhibitions, industry networking, and research presentations*. The conference also offers publication in *Scopus-indexed journals*, subject to the journal’s editorial decision and peer-review process.

Conference Focus:
✈️ Aerospace Technologies
🧪 Advanced Materials
💡 Innovation, Sustainability & Automation

🌐 More information & manuscript submission:
https://icaami.utem.edu.my

We would appreciate it if you could share this opportunity with your colleagues, students, and fellow researchers.

We look forward to welcoming you to ICAAMI 2026!

28/07/2026
📢 MEDIA SOSIAL RASMI BAHARU FTKM | NEW OFFICIAL FTKM SOCIAL MEDIAKepada semua warga dan followers FTKM,Kami ingin memakl...
17/07/2026

📢 MEDIA SOSIAL RASMI BAHARU FTKM | NEW OFFICIAL FTKM SOCIAL MEDIA

Kepada semua warga dan followers FTKM,

Kami ingin memaklumkan bahawa FTKM UTeM kini mempunyai platform media sosial rasmi yang baharu! 🎉

Mulai 1 Ogos 2026, semua hantaran dan perkembangan terkini FTKM akan dikongsikan melalui platform rasmi yang berikut:

🔵 Facebook: FTKMofficial
🔴 YouTube:
🟣 Instagram:
⚫ Threads:

Mohon semua untuk FOLLOW akaun media sosial baharu kami dan LIKE hantaran terkini. Teruskan bersama kami untuk mengikuti pelbagai berita, pencapaian, aktiviti akademik, penyelidikan, inovasi, program pelajar dan perkembangan terkini FTKM.

Terima kasih atas sokongan anda! 👍🏻😊

---------------------------------------------------------------------------

📢 To all FTKM followers and community members,

We are pleased to announce that the Faculty of Mechanical Technology and Engineering (FTKM), UTeM is now on our new official social media platforms! 🎉

Starting 1 August 2026, all the latest FTKM news and updates will be shared through our official platforms listed above.

Please FOLLOW our new social media accounts and LIKE our latest posts. Stay connected with us for the latest news, achievements, academic activities, research, innovation, student programmes and exciting updates from FTKM.

Thank you for your continuous support! 👍🏻😊

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIHSeluruh warga kerja FTKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
16/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH

Seluruh warga kerja FTKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan staf akademik yang berpindah ke Sekolah Asasi Teknikal dan Pengajian Diploma, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2026.

Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen, kerjasama dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama keluarga besar FTKM. Setiap usaha, kenangan dan kebersamaan yang terjalin akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan dan memori indah warga FTKM.

Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah di tempat baharu. Walau berbeza tempat bertugas, semoga ikatan silaturahim dan semangat kebersamaan yang terbina akan terus kekal erat 💐

Bunga mawar, bunga melati,
Harum mewangi penyeri taman,
Jasa ditabur kekal di hati,
Budi dikenang sepanjang zaman.

Selamat maju jaya 👍🏻

Ikhlas daripada seluruh warga kerja FTKM

Tahniah kepada Dr. Mohd Hisham Bin Nordin atas kejayaan memperolehi Geran PPRN berjumlah RM250,000 sebagai Ketua Penyeli...
13/07/2026

Tahniah kepada Dr. Mohd Hisham Bin Nordin atas kejayaan memperolehi Geran PPRN berjumlah RM250,000 sebagai Ketua Penyelidik dan Ts. Dr. Mohd Adrinata Bin Shaharuzaman sebagai penyelidik bersama bagi satu lagi Geran PPRN bernilai RM150,000👍


Imbasan Hari Inovasi FTKM 2026 yang berlangsung dengan meriah serta jayanya pada 24 Jun 2026 di Kompleks Makmal Kejurute...
10/07/2026

Imbasan Hari Inovasi FTKM 2026 yang berlangsung dengan meriah serta jayanya pada 24 Jun 2026 di Kompleks Makmal Kejuruteraan Mekanikal (KMKM) FTKM, Kampus Teknologi UTeM, melibatkan seramai 400 peserta dari program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DMK), Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (BMKU), Sarjana Muda Kejuruteraan Automotif (BMKK) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (BMKV).

Sebanyak 69 produk-produk inovasi bidang mekanikal telah dipamerkan dan dipertandingkan dalam program tahun ini, yang telah dinilai oleh para juri jemputan dari industri serta universiti.

Setinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menghasilkan pelbagai idea rekacipta dalam penyelesaikan masalah industri serta komuniti pada program ini, dan semoga ianya menjadi platform ke arah usaha berterusan mencungkil bakat bakal-bakal jurutera mekanikal yang berinovasi tinggi kepada negara.

Pihak Fakulti juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Panel Juri, Penyelia Projek serta ahli Jawatankuasa Penganjuran Program di atas kerjasama tinggi serta sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program Hari Inovasi FTKM 2026.

FTKM We Salute You.

🎉🎉🎉🎉🎉🎉

Senarai Pemenang Hari Inovasi FTKM 2026

🏁::Kategori Projek Diploma DMK::🏁
🥇Johan/Tempat Pertama - D18: Development of Modular Aquaponic Powered by Solar Energy (Penyelia: PM Ir. Dr. Mohd Afzanizam)
🥈Pemenang Tempat Kedua - D25: Merekabentuk dan fabrikasi mesin/alat untuk mengeluarkan/mengurangkan haba dari kenderaan (Penyelia: Ts. Dr. Hafidzal)
🥉Pemenang Tempat Ketiga - D2: Design and fabrication of underwater glider or unmanned surface vehicle for load delivery (Puan Afiqah)

🏁::Kategori Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP) BMKV:: 🏁
🥇Johan/Tempat Pertama - V4: Cooking Oil Dispenser (Penyelia: Dr. Saiful Firdaus)
🥈Pemenang Tempat Kedua - V6: (Pedal rotary eco bin (Penyelia: PM Ts. Dr. Suriati)
🥉Pemenang Tempat Ketiga - V11: Solar powered ferris wheel hydroponic system Penyelia: PM Ts. Dr. Suriati)

🏁::Kategori Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP) BMKU::🏁
🥇Johan/Tempat Pertama -Kumpulan U27 & U28 (Penyelia: DR. NUR FATHIAH BINTI MOHD NOR)
🥈Pemenang Tempat Kedua - Kumpulan U7 & U8 (Penyelia: PM IR. DR. MOHD AZLI BIN SALIM)
🥉Pemenang Tempat Ketiga - Kumpulan U3 & U4 (Penyelia: DR. ZAKIAH BINTI ABD HALIM)
Pemenang Saguhati -
🏅Kumpulan U1 & U2 (Penyelia: DR. MUHAMMAD ZULFATTAH BIN ZAKARIA)
🏅Kumpulan U11 & U12 (Penyelia: DR. ERNIE BIN MAT TOKIT)
🏅Kumpulan U17 & U18 (Penyelia: IR. DR. ABDUL RAFEQ BIN SALEMAN)

🏁::Kategori Projek Rekabentuk Bersepadu (IDP) BMKK::🏁
🥇Johan/Pemenang: Kumpulan K1 (Struktur)

Address

Faculty Of Mechanical Technology And Engineering (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya

76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062704341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Mechanical Engineering UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share