Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan FTKW-UMK-Rasmi

Directions Website Contact the university

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan  FTKW-UMK-Rasmi Faculty of Creative Technology & Heritage (FTKW) was the earliest faculty established with the estab

Pada awal Oktober 2026, projek pemeliharaan fizikal Monumen dan Memorial Sisa Jambatan Guillemard telah dijalankan di te...
23/10/2026

Pada awal Oktober 2026, projek pemeliharaan fizikal Monumen dan Memorial Sisa Jambatan Guillemard telah dijalankan di tebing Kusial Bharu, Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama rapat serta sokongan penuh daripada Pengurusan FTKW, Jabatan Warisan Negara (JWN) Zon Timur, dan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). Projek ini diterajui oleh Puan Nur Athmar Binti Hashim selaku Ketua Perunding bersama barisan ahli perunding yang terdiri daripada Dr. Nur Fatin Silmi Binti Mohd Azani, Dr. Farrah Atikah Binti Saari, En. Sahrudin Bin Mohamed Som, Cik Noridayu Binti Bakry, Dr. Muhamad Amirul Hafiz Bin Zulkifli, dan En. Mohd Khairul Azman Bin Che Ibrahim, serta dibantu secara amali oleh 9 orang pelajar Elektif Konservasi Warisan dari Jabatan Pengajian Warisan, FTKW, Universiti Malaysia Kelantan. Kerja-kerja pemeliharaan struktur besi asal seberat 800 kg dan 5 tan yang pernah tenggelam sejak peristiwa pengeboman 9 Disember 1941 ini dilaksanakan mengikut prosedur teknikal konservasi warisan yang teliti. Ia bermula daripada peringkat pemantauan awal kerosakan, pembersihan karat secara mekanikal, aplikasi rust converter untuk menghentikan pengaratan aktif, sehinggalah salutan clear epoxy bagi melindungi permukaan besi daripada faktor cuaca luar. Hasil inisiatif ini bukan sahaja berjaya menyelamatkan sisa struktur bersejarah tersebut pada tapak berketinggian lebih 10 kaki, malah menjadi platform latihan praktikal yang berharga buat para pelajar FTKW UMK dalam memelihara warisan negara.

Seluruh warga Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Tengku Fauzan binti T...
23/10/2026

Seluruh warga Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Tengku Fauzan binti Tengku Anuar dan ahli pasukan atas kejayaan memperoleh Pingat Emas sempena Carnival Research and Innovation (CRI), Universiti Malaysia Kelantan dengan membawa projek yang bertajuk "SolarisDry Pro".

Seluruh warga Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Hilmi bin Haru...
23/10/2026

Seluruh warga Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Mohd Hilmi bin Harun dan ahli pasukan atas kejayaan memperoleh Pingat Emas sempena Carnival Research and Innovation (CRI), Universiti Malaysia Kelantan dengan membawa projek yang bertajuk "FLATSOX - Design and Development of Arch Support Socks for Children with Flat Feet".

18 Oktober 2026 | Seramai 52 orang pelajar C25 Elektif Reka bentuk Komunikasi Visual telah menjalani kelas bagi kursus S...
20/10/2026

18 Oktober 2026 | Seramai 52 orang pelajar C25 Elektif Reka bentuk Komunikasi Visual telah menjalani kelas bagi kursus SCC2072 iaitu Pengimejan Foto di lapangan iaitu di sekitar Laman Permai dan Tasik UMK Kampus Bachok. Penyelaras kursus ini ialah Encik Muhamad Izham Bin Zainulabidin. Melalui kursus ini, Secara individu pelajar diberi pendedahan dalam mengendalikan 'Drone'. Selain itu, Puan Wan Nurul Asikin Binti Wan Ramli selaku Ketua Bidang bagi Elektif ini turut dijemput sebagai penceramah dalam memberikan pendedahan kepada para pelajar dalam menggunakan 'Pocket Camera' dan kepentingan gajet tersebut kepada 'Pempengaruh'. Melalui aktiviti ini, para pelajar berpeluang mempelajari teknik-teknik fotografi menggunakan 2 jenis kamera yang menjadi pilihan masa kini. Terlebih dahulu, pelajar diberi penerangan dan pengetahuan asas supaya aktiviti berjalan dengan lancar. Dengan izin-NYA, walaupun aktiviti berlangsung pada jam 2 petang, tapi cuaca sangat sesuai untuk sesi fotografi. Pembelajaran di luar bilik kuliah ini telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada pelajar.

19 Oktober 2026 | Pelajar C23 Elektif Konservasi Warisan telah menjalankan kelas kursus SCM4233 Kajian Dilapidasi di lap...
19/10/2026

19 Oktober 2026 | Pelajar C23 Elektif Konservasi Warisan telah menjalankan kelas kursus SCM4233 Kajian Dilapidasi di lapangan iaitu di sekitar Tasik UMK Kampus Bachok. Penyelaras kursus ini ialah Dr Farrah Atikah Saari. Melalui kursus ini, Secara individu pelajar diminta untuk memilih struktur binaan bersaiz sederhana seperti wakaf, gerai, perhentian bas, gazebo, pondok pengawal, kubu, kabin dan kiosk. Menggunakan kefahaman berkaitan lakaran asas dan perekodan visual, pelajar perlu menyediakan lukisan asas bagi struktur binaan secara manual. Sebelum melaksanakan lukisan terukur, pelajar membuat senaman dan briskwalk terlebih dahulu. Pembelajaran di luar bilik kuliah ini telah memberikan pengalaman yang bermakna kepada pelajar.

πŸ“’ FORUM AKADEMIA DAN INDUSTRI KREATIF DALAM ERA AI: MEMBENTUK PERMATA BANGSAFakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW)...
19/10/2026

πŸ“’ FORUM AKADEMIA DAN INDUSTRI KREATIF DALAM ERA AI: MEMBENTUK PERMATA BANGSA

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), menganjurkan forum yang menjadi platform perkongsian ilmu, pertukaran pandangan dan penerokaan potensi teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam melahirkan generasi kreatif yang berdaya saing, inovatif serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

πŸ“… Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Auditorium Pusat Pengurusan Ilmu, UMK Bachok

✨ Bersama-sama memperkasa ilmu, mencetus inovasi dan membentuk permata bangsa dalam era kecerdasan buatan!

dalam Pendidikan

19/10/2026

Adakah anda bersedia menghadapi gelombang AI dalam industri kreatif dan akademia? Saksikan Forum Akademia dan Industri Kreatif Dalam Era AI: Membentuk Permata Bangsa secara Live sekarang!
πŸ“Œ Organisasi: Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), UMK
πŸ“Œ Lokasi: Auditorium Pusat Pengurusan Ilmu, UMK Bachok / Facebook Live
Tonton, like, dan share siaran ini untuk menimba ilmu serta meneroka masa depan industri kreatif bersama-sama.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Dr. Fairuladilan bin Hamadun.
19/10/2026

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Dr. Fairuladilan bin Hamadun.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nadya binti Ahmad Kamal atas kejayaan memperoleh Doctor of Philosophy (PhD)...
18/10/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Nadya binti Ahmad Kamal atas kejayaan memperoleh Doctor of Philosophy (PhD) bidang Seni Halus dari Universiti Malaysia Kelantan seperti yang telah disahkan oleh Senat Universiti pada 11 Oktober 2026.

FORUM AKADEMIA DAN INDUSTRI KREATIF DALAM ERA AI: MEMBENTUK PERMATA BANGSAFakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), ...
18/10/2026

FORUM AKADEMIA DAN INDUSTRI KREATIF DALAM ERA AI: MEMBENTUK PERMATA BANGSA

Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), UMK menjemput warga akademia dan pelajar untuk bersama-sama meneroka perkembangan kecerdasan buatan (AI) dalam dunia akademia dan industri kreatif.

πŸ“… Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Auditorium Pusat Pengurusan Ilmu, UMK Bachok

πŸ“± Tidak dapat hadir secara fizikal? Jangan risau! Saksikan siaran langsung (Facebook Live) di laman Facebook rasmi Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan FTKW-Umk-Rasmi.

Jom datang beramai-ramai! Sama-sama kita menimba ilmu, berkongsi idea dan meneroka masa depan industri kreatif dalam era AI.

Address

Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan, Universiti Malaysia
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan FTKW-UMK-Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan FTKW-UMK-Rasmi:

Shortcuts

Share