The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan

  • Home
  • Malaysia
  • Bachok
  • The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan
Call Directions Website Contact the university

The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan Sila hantarkan pertanyaan/ cadangan anda kepada:
Emel: [email protected]
Telefon: 09-7797290

HEBAHAN: LATIHAN WILEY LIBRARY ONLINEWiley Online Library akan mengadakan latihan pada ketetapan berikut:Tajuk          ...
18/10/2026

HEBAHAN: LATIHAN WILEY LIBRARY ONLINE

Wiley Online Library akan mengadakan latihan pada ketetapan berikut:
Tajuk : Wiley Library Online Training
Platform : Microsoft Teams
Tarikh : 22 Oktober 2026 (Khamis)
Masa : 10.00 AM - 11.00 AM (Kuala Lumpur, GMT+08:00)
Pautan : https://teams.microsoft.com/meet/240588709848912?p=mpj1sN6CdaxTdERNA0

Semua pengguna dijemput untuk menyertai latihan ini.

17/10/2026

GREEN LAB STEM x UNIMAKERS & YEEP UMK

Membawa pendidikan STEM merentasi sempadan perpustakaan. Buat julung kalinya, inisiatif sains dan teknologi digerakkan secara terus ke kawasan pedalaman bagi menyantuni komuniti.

Program Green Lab STEM x Unimakers & YEEP UMK ini membawa misi utama untuk memperkasa pelajar sekolah pedalaman Orang Asli melalui pendedahan pembelajaran yang praktikal dan interaktif.

Berteraskan tema "Beyond The Walls: Outreach Edition", inisiatif ini telah dilangsungkan pada 14 dan 15 Oktober 2026 bertempat di SK Sungai Tiang, Royal Belum. Pemilihan lokasi pedalaman ini dibuat sejajar dengan objektif program untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pemodenan teknologi.

Pendidikan dan inovasi adalah hak milik semua tanpa mengira jarak atau sempadan geografi. Sekalung penghargaan buat seluruh tenaga kerja dan rakan sinergi yang merealisasikan inisiatif bermakna ini.

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJL...
15/10/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL INDUSTRI ASAS TANI (AGX) 2026 yang telah diadakan di Dewan Utama, UMK Kampus Jeli pada 15 Oktober 2026 (KHAMIS), Jam 11.00 pagi.

https://www.youtube.com/live/2GRn3Onvk3o?si=zJoUg4hgQfCBOIgV

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Shahrul Afzan
2. En. Hakim

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam PROG...
13/10/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam PROGRAM WARISAN SEJARAH PEMANGKIN JATI DIRI yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada 13 Oktober 2026 (SELASA), Jam 08.30 pagi

https://www.youtube.com/live/G0E5LBOpJSo?si=yDMyj6yqOV_HxinD

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Fitry Hanif
2. En. Hakim
3. En. Wahyudi

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Noor Izzati binti Mat Nuri atas pengesahan kenaikan pangkat staf pentadbiran Gred S1...
12/10/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Puan Noor Izzati binti Mat Nuri atas pengesahan kenaikan pangkat staf pentadbiran Gred S12, Timbalan Ketua Pustakawan.

Seluruh warga Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini.


β˜•πŸ“š SEMBANG KOPI BY ALUMNI FSB  (KAMPUS JELI)11 Oktober 2011 | Alhamdulillah, program Sembang Kopi by Alumni FSB telah be...
11/10/2026

β˜•πŸ“š SEMBANG KOPI BY ALUMNI FSB (KAMPUS JELI)

11 Oktober 2011 | Alhamdulillah, program Sembang Kopi by Alumni FSB telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, bertempat di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Kampus Jeli. 🀎✨

Program anjuran bersama Fakulti Sains Bumi (FSB) dan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Kampus Jeli ini menjadi ruang santai untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan alumni FSB, di samping berkongsi pengalaman serta menyemarakkan budaya ilmu dalam suasana yang mesra dan bersahaja.

β˜• Dengan secawan kopi dan kudapan, terjalinlah perbualan, perkongsian dan ukhuwah yang bermakna.

Terima kasih kepada pihak FSB, para alumni dan semua pelajar yang telah menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif yang bermanfaat pada masa akan datang. 🫢🏻

PPI x FSB β€” Menghubungkan komuniti, menyemarakkan budaya ilmu! πŸ“šβ˜•




Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJL...
09/10/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJLIS PENGISYTIHARAN SOLAT JUMAAT PERTAMA UMK BACHOK yang telah diadakan di Masjid, UMK Bachok pada 09 Oktober 2026 (JUMAAT), Jam 12.00 Tengahari

https://www.youtube.com/live/bUXk6j58k8I?si=rBIH2Po2pZPxvU9l

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Faeez
2. En. Wahyudi

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam SYAR...
09/10/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam SYARAHAN PERDANA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM 2026 yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada 08 Oktober 2026 (KHAMIS), Jam 08.30 pagi

https://www.youtube.com/live/n6P6hrwgMKA?si=cta2SmIH38ir-gmf

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Fitry Hanif
2. En. Hakim
3. En. Wahyudi

6 Oktober 2026 - Staf Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu yang diketuai oleh YBrs. En. Hairuladzhar Mohd Hamdi tela...
07/10/2026

6 Oktober 2026 - Staf Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu yang diketuai oleh YBrs. En. Hairuladzhar Mohd Hamdi telah menziarah YBrs. Prof. Madya Dr. Hanisa Hassan yang telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang.

Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan dan kemudahan kepada Prof. Madya Dr. Hanisa dalam melalui proses pemulihan dan menganugerahkan kesihatan yang berpanjangan buat Prof. Madya Dr. Hanisa.



6 Oktober 2026 - Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 Fasa 1 telah berjaya dianjurkan deng...
06/10/2026

6 Oktober 2026 - Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 Fasa 1 telah berjaya dianjurkan dengan penglibatan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Bachok. Penyertaan adalah sebanyak 14 buah sekolah bertempat di PPI, UMK Bachok.

Program UniMakers UMK dan Young Engineers Explorers Programme 2026 merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyokong pelaksanaan Program Tuisyen STEM oleh Universiti Awam. Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu telah dipertanggungjawab untuk merialisasikan inisiatif ini di UMK.

Terdapat 4 kategori yang telah dilaksanakan pada hari ini iaitu, 3D Printing: Design Your Own STEM Keychain, Arduino / IoT: Smart Sensor Challeng, AI Poster Challenge: STEM for a Sustainable Future dan STEM
Tower Challenge.

PPI mengucapkan terima kasih atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pakar trainer yang diketuai oleh Ts. Dr. Noor Janatun Naim Jemali. Antara trainer lain yang terlibat adalah Ts. Dr. Fakhitah Ridzuan, Puan Nur Kyariatul Syafinie Abdul Majid dan Encik Muhammad Najibul Muthiie Che Ya'acob. Kesemua trainer adalah merupakan staf akademik UMK dan program ini merupakan satu peluang untuk UMK berkongsi ilmu dan mendekati komuniti dengan lebih dekat.



Address

The Office Of Library And Knowledge Management
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 03:30
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6097797290

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan:

Shortcuts

Share