Alumni UMK (Rasmi)

Alumni UMK (Rasmi) Laman sosial Alumni UMK ini diwujudkan bagi tujuan membentuk landasan komunikasi dua hala yang berke

📢 HEBAHAN PELUANG KERJAYA UNTUK ALUMNI UMK 📢Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat pel...
14/05/2026

📢 HEBAHAN PELUANG KERJAYA UNTUK ALUMNI UMK 📢

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat peluang kerjaya yang dibuka oleh J&T Express bagi jawatan berikut:

🔴 Jawatan: Admin Executive (Kontrak)
📍 Kod Jawatan: TRG308
📅 Tarikh Tutup Permohonan: 20 Mei 2026
📌 Kemasukan: Jun 2026

✅ Antara tanggungjawab utama:
• Pengurusan Operasi & Sistem (JMS/CRM)
• Pengurusan Aduan & Appeal
• Khidmat Pelanggan
• Pengurusan Pejabat & Pemantauan Latihan

🎓 Kelayakan:
• Minimum Diploma
• Terbuka kepada wanita sahaja
• Berumur 22 – 32 tahun
• Mahir menggunakan Microsoft Word & Excel
• Pengalaman dalam bidang kurier adalah satu kelebihan
• Boleh bekerja dalam kump**an serta bertanggungjawab

🎁 Faedah yang ditawarkan:
✔️ Caruman KWSP & PERKESO
✔️ Gaji Basic
✔️ Cuti Tahunan

📩 Permohonan boleh dihantar ke:
[email protected]

Pihak Alumni UMK mengalu-alukan alumni yang berminat dan berkelayakan untuk merebut peluang kerjaya ini.

Mohon jasa baik semua untuk membantu hebahan ini kepada rakan-rakan alumni UMK yang sedang mencari peluang pekerjaan. 🤝✨

📢 HEBAHAN: JEMPUTAN KE PROGRAM RUMINANT EXPO 2026 (RE’X 2026)Anjuran Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Ke...
14/05/2026

📢 HEBAHAN: JEMPUTAN KE PROGRAM RUMINANT EXPO 2026 (RE’X 2026)
Anjuran Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menganjurkan program Ruminant Expo 2026 (RE’X 2026) seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Sabtu, 16 Mei 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Ladang Pengajar dan Keusahawanan Veterinar, UMK Kampus Bachok

Program RE’X 2026 merupakan platform yang menghimpunkan badan profesional, pengeluar, pembekal, penternak, komuniti, pelajar, staf, pensyarah serta alumni bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan pemindahan ilmu dalam sektor ruminan. Program ini turut memberi pendedahan berkaitan penyakit berjangkit haiwan serta pendekatan pengurusan ternakan yang lebih efektif dan mampan.

🎯 Pelbagai aktiviti menarik, pameran serta perkongsian ilmu akan diadakan sepanjang program berlangsung.

Sehubungan itu, seluruh warga UMK, alumni UMK dan orang awam adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran dan sokongan anda amatlah dialu-alukan.

✨ Ayuh bersama-sama memeriahkan RE’X 2026 dan memperkukuh jaringan ukhuwah serta kolaborasi komuniti veterinar dan industri ruminan!

Jumpa anda di RE’X 2026!

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: PERJALANAN INSPIRASI ALUMNI UMK – RAIMI AIZATProgram Kasih Ukhuwah Alumni UMK kali ini membawa...
14/05/2026

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: PERJALANAN INSPIRASI ALUMNI UMK – RAIMI AIZAT

Program Kasih Ukhuwah Alumni UMK kali ini membawakan kisah inspirasi seorang alumni UMK yang berjaya menempa nama dalam bidang pembangunan startup dan pengurusan geran inovasi negara iaitu Raimi Aizat bin Abd Samat, graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Keusahawanan Kesihatan) dengan Kepujian daripada Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tahun graduasi 2018.

Kini beliau berkhidmat sebagai Assistant Manager, Evaluation (Grant) – Group Operation di Cradle Fund Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Walaupun masih muda, perjalanan kerjaya beliau cukup membanggakan dan menjadi bukti bahawa graduan UMK juga mampu bersaing dalam ekosistem inovasi dan teknologi negara.

Sepanjang tempoh pengajian di UMK, Raimi Aizat turut aktif dalam kegiatan mahasiswa melalui penglibatan beliau sebagai Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Pengalaman tersebut banyak membantu beliau membina kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan yang menjadi antara asas penting dalam perjalanan kerjaya beliau hari ini. Sikap proaktif dan semangat membantu rakan mahasiswa turut memperlihatkan komitmen beliau terhadap pembangunan diri dan komuniti kampus sejak di bangku universiti lagi.

Perjalanan kerjaya beliau bermula apabila menyertai Professional Development Program EKUINAS pada tahun 2020 hingga 2021 dengan penempatan di Cradle Fund. Pada ketika itu beliau banyak terlibat dalam pengurusan dan pemantauan penerima geran startup, membantu pelaksanaan projek MYHackathon dan menyokong pelbagai program merentas jabatan. Pengalaman tersebut membuka ruang untuk beliau lebih memahami dunia startup, inovasi dan pembangunan teknologi di Malaysia.

Berkat kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan, beliau kemudiannya dilantik sebagai Portfolio Manager, Portfolio Management Unit – Grant di Cradle Fund bagi tempoh 2021 hingga 2023. Dalam tempoh tersebut, beliau mengurus proses penyaluran geran bernilai lebih RM11 juta kepada penerima Cradle Investment Programme (CIP) dan projek MYHackathon. Selain itu beliau turut memainkan peranan penting dalam memastikan setiap projek berjalan lancar sehingga selesai.

Kini sebagai Assistant Manager, Evaluation (Grant), Raimi Aizat terlibat secara langsung dalam menilai permohonan geran startup termasuk aspek inovasi teknologi, model perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat. Sepanjang tempoh ini juga, beliau telah membantu meluluskan lebih 39 startup dengan nilai pembiayaan melebihi RM6.3 juta. Selain menjadi panel sesi pitching startup, beliau turut membimbing ahli pasukan baharu dan membantu memantau perkembangan unit secara keseluruhan.

Selain pencapaian dalam bidang kerjaya, beliau juga aktif mengetuai pelbagai program khas seperti Cradle Circle 2022, Cradlelympic 2025 dan beberapa sesi latihan kepada startup penerima geran. Beliau turut dijemput sebagai juri pertandingan startup dan berkongsi pandangan serta nasihat kepada usahawan muda yang baru memulakan langkah.

Sebagai pesanan kepada mahasiswa dan juga rakan-rakan alumni UMK, beliau berkongsi:

“Always have clear target in what you want to achieve. Keep track and stay focus in achieving your goals. Always eager to learn new skills and knowledge. Build good network, and most importantly stay humble!”

Pihak Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK dan YBrs. Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), atas sokongan berterusan dalam memperkasa pembangunan alumni UMK.

PKKA juga sentiasa mendoakan agar saudara Raimi Aizat bin Abd Samat terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan kekal menjadi inspirasi kepada mahasiswa serta rakan alumni yang lain.

Semoga kisah perjalanan Raimi Aizat menjadi inspirasi kepada seluruh warga UMK untuk terus berusaha, berani mencuba peluang baharu dan sentiasa membawa nama universiti ke tahap yang lebih tinggi.

ALUMNI BACK TO CAMPUS: AHMAD MIQDAD KONGSI ILMU BERSAMA PELAJAR UMKKota Bharu, 11 Mei 2026 – Inisiatif Resourceful Profe...
12/05/2026

ALUMNI BACK TO CAMPUS: AHMAD MIQDAD KONGSI ILMU BERSAMA PELAJAR UMK

Kota Bharu, 11 Mei 2026 – Inisiatif Resourceful Professional Communication (RESPECT) sempena I-CREATE 2026 telah menerima suntikan istimewa apabila En. Ahmad Miqdad bin Rosli, Pengarah Qaizer Consultancy yang juga merupakan Alumni Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Tahun 2024 kembali semula ke kampus bagi menjayakan Program Kebolehpasaran Graduan di UMK Kampus Kota.

Program yang dianjurkan khusus untuk meningkatkan kesediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam tuntutan semasa pasaran kerja serta kemahiran komunikasi profesional yang diperlukan oleh industri. Kehadiran En. Miqdad sebagai penceramah utama menyerlahkan konsep “Alumni Back to Campus”, di mana alumni kembali menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada pelajar UMK.

Dalam sesi perkongsian beliau, En. Miqdad mengetengahkan perjalanan kerjaya beliau sejak bergelar graduan UMK hingga memimpin Qaizer Consultancy. Beliau menekankan keperluan graduan menguasai kemahiran komunikasi, pembinaan imej profesional, keyakinan diri serta strategi untuk memasuki dunia pekerjaan. Perkongsian beliau mendapat perhatian para pelajar yang menyifatkannya sebagai realistik, bermanfaat dan berupaya membuka perspektif baharu tentang persediaan kerjaya.

Program ini turut menjadi platform penting bagi mengukuhkan hubungan antara alumni dan universiti, selari dengan usaha UMK memperkasa jaringan komuniti alumni sebagai rakan strategik dalam pembangunan pelajar. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pelajar malah memperlihatkan komitmen alumni untuk kembali menyumbang kepada alma mater.

JEJAK KERJAYA: DARI ALUMNI KE INSPIRASIBangunan KGS, UMK Bachok | 10 Mei 2026 - Program Jejak Kerjaya: Dari Alumni ke In...
10/05/2026

JEJAK KERJAYA: DARI ALUMNI KE INSPIRASI

Bangunan KGS, UMK Bachok | 10 Mei 2026 - Program Jejak Kerjaya: Dari Alumni ke Inspirasi anjuran Kelab Visual Communication Design (VCode), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya menghimpunkan tiga alumni Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang kini aktif dalam pelbagai sektor industri kreatif dan profesional. Program ini bertujuan memberi inspirasi kepada pelajar melalui perkongsian pengalaman sebenar dunia kerjaya.

Tiga alumni jemputan terdiri daripada:
🔹 Vibooneswaran Arivalagan, Alumni FTKW tahun 2018, kini bertugas sebagai Manager, Brand & Product Marketing di AEON Credit Service (M) Berhad.
🔹 Sahabuddin, Alumni FTKW tahun 2017, merupakan pengasas syarikat percetakan Sign Adamant.
🔹 Li Thai Hua, Alumni FTKW tahun 2019, berkhidmat sebagai Graphic Designer di syarikat hartanah Etrend Realty.

Ketiga-tiga alumni ini berkongsi perjalanan kerjaya masing-masing, termasuk pengalaman awal selepas tamat pengajian, cabaran di lapangan kerja serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh mahasiswa untuk kekal relevan dalam industri kreatif yang semakin kompetitif. Perkongsian menarik ini turut menyentuh aspek pembangunan portfolio, strategi komunikasi, dan persiapan menghadapi temuduga.

Program yang berlangsung penuh interaksi ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan, mendapatkan nasihat, serta membina jaringan profesional bersama alumni. Suasana yang santai namun sarat dengan maklumat menjadikan sesi ini sangat bermanfaat kepada pelajar yang sedang merancang hala tuju kerjaya.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja mengangkat kejayaan alumni FTKW sebagai inspirasi tetapi juga mengukuhkan hubungan alumni dengan pelajar dalam usaha memperkasakan pembangunan kerjaya mahasiswa UMK. Inisiatif ini wajar diteruskan bagi memastikan mahasiswa mendapat pendedahan sebenar mengenai dunia profesional serta peluang industri terkini.

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERTUBUHAN ALUMNI UMK KALI KEDUA - KEPIMPINAN BAHARU, SEMANGAT BAHARU: ALUMNI UMK TERUS KE HA...
05/05/2026

MESYUARAT AGUNG DWITAHUNAN PERTUBUHAN ALUMNI UMK KALI KEDUA - KEPIMPINAN BAHARU, SEMANGAT BAHARU: ALUMNI UMK TERUS KE HADAPAN

Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kali Kedua telah berlangsung dengan jayanya pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 10.00 pagi secara dalam talian melalui platform Zoom.

Seramai 33 orang alumni telah turut serta dalam sesi ini — satu penyertaan yang cukup bermakna dalam usaha memperkukuh hubungan dan jaringan sesama alumni UMK.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh mantan Presiden Alumni UMK sesi 2023–2025, Prof. Madya Dr. Tuan Mohd Rosli bin Tuan Hassan yang menzahirkan penghargaan atas sokongan berterusan semua alumni serta mengingatkan tentang pentingnya semangat kebersamaan dalam menggerakkan agenda alumni.

Majlis seterusnya telah dirasmikan oleh Dr. Amaal Fadhlini binti Mohamed. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa alumni memainkan peranan besar sebagai rakan strategik universiti, khususnya dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mengukuhkan nama UMK.

Melalui sesi pemilihan yang dijalankan, mesyuarat telah sebulat suara memilih Prof. Madya Dr. Mohd Farhan Hanif bin Reduan sebagai Presiden baharu Pertubuhan Alumni UMK bagi sesi 2026–2028. Diharapkan kepimpinan baharu ini dapat membawa nafas segar dan terus memacu Alumni UMK ke tahap yang lebih cemerlang.

Mesyuarat ini juga menjadi ruang penting untuk berkongsi idea, merancang hala tuju serta memperkasa peranan alumni dalam pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti UMK.

Sekalung ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Alumni UMK sesi 2023–2025 atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Jasa dan usaha yang diberikan amat bermakna dalam membangunkan serta memperkukuh peranan Alumni UMK hingga ke hari ini.

Terima kasih kepada semua alumni yang hadir dan terlibat. Kehadiran dan komitmen anda amat dihargai dalam memastikan Alumni UMK terus relevan, aktif dan memberi impak.

Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

✨ Selamat Hari Lahir Alumni UMK (MEI) ✨Buat semua alumni UMK yang lahir bulan MEI — Selamat Menyambut Hari Istimewa Anda...
05/05/2026

✨ Selamat Hari Lahir Alumni UMK (MEI) ✨

Buat semua alumni UMK yang lahir bulan MEI — Selamat Menyambut Hari Istimewa Anda! 🎉

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah dalam setiap langkah yang diambil.

Seperti bunga yang mekar di bulan Mei, semoga anda terus berkembang, kuat menghadapi cabaran dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang di sekeliling. 🌸

Setiap ulang tahun adalah permulaan baru — peluang untuk terus jadi versi terbaik diri kita.

Teruskan melangkah dan memberi makna dalam apa jua peranan anda. Kami bangga dengan anda! 💛

Selamat menyambut hari lahir dan teruslah cemerlang dalam setiap peranan.

UCAPAN TAHNIAHKepada Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan Sesi 2026–2028Pusat Pembangunan Kerjaya...
29/04/2026

UCAPAN TAHNIAH
Kepada Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan Sesi 2026–2028

Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan Sesi 2026–2028 atas pelantikan ini.

Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh jaringan alumni serta mempertingkatkan sumbangan alumni kepada pembangunan universiti. Pihak kami amat menghargai kesediaan barisan kepimpinan ini untuk terus menggerakkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada alma mater, komunit alumni UMK dan para pelajar.

Selamat menjalankan tanggungjawab dan semoga kepimpinan baharu ini terus dipandu dengan kebijaksanaan serta memberi impak positif kepada ekosistem alumni UMK.

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: DARI KAMPUS KE DUNIA HOSPITALITI – INSPIRASI MOHD ZAMIR BIN ZAKARIAProgram Kasih Ukhuwah Alumn...
28/04/2026

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: DARI KAMPUS KE DUNIA HOSPITALITI – INSPIRASI MOHD ZAMIR BIN ZAKARIA

Program Kasih Ukhuwah Alumni UMK kali ini membawa kita menyelami kisah seorang alumni yang kini melangkah jauh dalam dunia perhotelan iaitu Mohd Zamir Bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Amir.

Mohd Zamir merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian daripada Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun 2019. Sepanjang bergelar mahasiswa, beliau bukan sahaja fokus dalam akademik malah aktif melibatkan diri dalam aktiviti kampus seperti PESKO 2015 dan juga menyertai misi sukarelawan ke Kemboja pada tahun 2016. Pengalaman-pengalaman ini banyak membentuk diri beliau menjadi lebih matang dan berkeyakinan.

Hari ini Mohd Zamir berkhidmat sebagai Front Office Assistant di Hotel DarulMakmur, Jerantut. Dengan pengalaman lebih enam tahun sebagai petugas kaunter hadapan hotel, beliau sudah biasa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Dari situlah beliau mengasah kemahiran komunikasi, kesabaran dan profesionalisme dalam bidang hospitaliti.

Bila ditanya tentang kenangan zaman belajar, Mohd Zamir berkongsi sesuatu yang cukup dekat dengan hati ramai mahasiswa:

“Untuk mahasiswa, nikmati zaman belajar tu walaupun kadang rasa nak give up… jangan! Sebab nanti korang akan rindu juga moment tu. Dulu pun kami macam korang juga… blur, stress, kadang rasa nak give up. Tapi bila dah keluar nanti baru sedar semua struggle tu sebenarnya persediaan untuk dunia sebenar.”

Tambah beliau lagi, tak kira sama ada pointer tinggi atau sederhana, yang paling penting adalah usaha, sikap dan jangan mudah berputus asa.

Untuk rakan-rakan alumni p**a, Mohd Zamir ada pesanan ringkas tapi penuh makna, kita semua sedang berjuang dengan cara masing-masing. Teruskan melangkah, jangan putus asa dan jangan lupa untuk terus tersenyum walaupun hidup sedang menguji.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK dan YBrs. Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) atas sokongan berterusan dalam memperkukuh jaringan alumni UMK.

Warga PKKA mendoakan agar Mohd Zamir terus melakar kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada seluruh alumni dan mahasiswa UMK bahawa dengan usaha, keikhlasan dan tekad, tiada yang mustahil untuk dicapai.

Semoga kisah Mohd Zamir ini menjadi inspirasi buat mahasiswa dan juga alumni UMK untuk terus kuat, positif dan yakin dengan perjalanan masing-masing.

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: DARI KAUNTER HADAPAN KE PENTAS JARINGAN PROFESIONAL - NURUL NORNAJWA BINTI ZAHANIZAMProgram Ka...
24/04/2026

KASIH UKHUWAH ALUMNI UMK: DARI KAUNTER HADAPAN KE PENTAS JARINGAN PROFESIONAL - NURUL NORNAJWA BINTI ZAHANIZAM

Program Kasih Ukhuwah Alumni UMK sentiasa menjadi ruang untuk kita berkongsi kisah-kisah sebenar alumni, kisah yang sederhana tetapi penuh makna dan inspirasi.

Kali ini kita bawakan kisah seorang alumni muda yang membuktikan bahawa peluang besar sering bermula daripada langkah kecil yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Nurul Nornajwa binti Zahanizam merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tahun 2023. Beliau kini berkhidmat sebagai Front Office Assistant di Hotel DarulMakmur Jerantut, Pahang.

Menariknya perjalanan kerjaya beliau bermula seawal tempoh latihan industri di hotel yang sama. Sepanjang latihan tersebut, beliau menunjukkan komitmen yang tinggi dan sikap kerja yang baik sehingga diberi kepercayaan untuk terus bekerja di situ selepas tamat latihan. Dari situlah langkah pertama kerjayanya benar-benar bermula.

Kini dengan pengalaman lebih daripada tiga tahun di bahagian kaunter hadapan, beliau semakin matang dalam mengendalikan pelbagai situasi serta berinteraksi dengan pelbagai jenis pelanggan.

Walaupun ada yang melihat kerja di kaunter sebagai sesuatu yang biasa tetapi bagi beliau di situlah ruang untuk belajar dan berkembang. Setiap hari memberi peluang untuk bertemu ramai orang termasuk tokoh-tokoh penting seperti Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang. Lebih bermakna bukan sekadar melihat tetapi dapat bertegur sapa secara langsung menjadikan ia satu pengalaman yang tidak semua orang berpeluang rasai.

Dari situ beliau membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan belajar bagaimana untuk memberikan layanan terbaik kepada setiap individu yang ditemui.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa tidak kira di mana kita bermula, yang penting adalah bagaimana kita menghargai peluang dan memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang diberikan.

Sebagai penutup, beliau berkongsi pesanan ringkas tetapi sangat bermakna:

“Jangan tunggu rajin dulu baru nak mula. Buat dulu, kerajinan itu akan datang kemudian. Apa yang penting, betulkan niat (nawaitu) dari awal.”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Naib Canselor UMK dan khususnya YBrs. Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) atas sokongan berterusan dalam memperkasakan jaringan alumni UMK.

Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) mendoakan agar saudari Nurul Nornajwa terus melangkah lebih jauh mencapai lebih banyak kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga UMK yang lain.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita semua. Kadang-kadang apa yang kita anggap sebagai permulaan kecil sebenarnya adalah pintu kepada sesuatu yang lebih besar.

🎓 Alumni UMK, Jom Berkumpul!Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Alumni UMK Kali Kedua akan diadakan. Suara anda pentin...
23/04/2026

🎓 Alumni UMK, Jom Berkumpul!
Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Alumni UMK Kali Kedua akan diadakan. Suara anda penting untuk masa depan komuniti alumni kita.

Jom hadir dan suarakan pandangan. Bentuk masa depan alumni UMK bersama.

Hebahan Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Alumni UMK Kali Kedua

Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Alumni Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan hormatnya menjemput semua alumni UMK untuk menghadiri Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Kedua seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 10.00 pagi
💻 Kaedah: Secara dalam talian melalui platform ZOOM (Meeting ID: 97490316531)

Bagi alumni yang ingin mengemukakan usul atau cadangan, boleh mengisi e-borang melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/BkQvuoPZj3VGPDSA8

Kehadiran dan penglibatan para alumni amat dihargai bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan Pertubuhan Alumni UMK serta memperkukuh peranan alumni dalam ekosistem universiti.

Address

Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097797405

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni UMK (Rasmi) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Alumni UMK (Rasmi):

Share