Suksis UMK - RASMI

Suksis UMK - RASMI Page ini merupakan salah satu saluran dan platform Komunikasi bagi menyampaikan maklumat kepada pelat

25 Julai 2024 | Peladang Agro Resort, Setiu, TerengganuSeramai 71 orang pelatih (Junior) Pasukan Kor Sukarelawan Polis S...
25/07/2024

25 Julai 2024 | Peladang Agro Resort, Setiu, Terengganu

Seramai 71 orang pelatih (Junior) Pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya menjalani Kursus Asas Pengenalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang telah diadakan pada 20 hingga 25 Julai 2024 di hutan simpan Peladang Agro Resort, Setiu Terengganu. Kursus ini telah dikendalikan secara bersama oleh jurulatih daripada Pasukan Batalion 9 PGA Kubang Badak Terengganu dan jurulatih Kor SUKSIS UMK.

Sepanjang kursus dijalankan, pelatih telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti asas PGA antaranya modul ikhtiar hidup, kaedah membaca kompas, aktiviti GPS, latihan tembak dan gerak, dan kawad berpangkalan. Melalui kursus ini pelatih secara langsung dapat meningkatkan jati diri yang utuh dengan ketahanan fizikal serta emosi yang kental selaras dengan keperluan sebagai mahasiswa Universiti yang mempunyai daya tahan yang tinggi.

Kemuncak kursus ini telah disempurnakan oleh YDH ACP Mohd Zamri bin Mohd Rowi, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Kelantan pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus yang turut dihadiri oleh YDH ACP/KS Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Komandan Kor SUKSIS UMK. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil kepada OCPD IPD Setiu, DSP/KS Mohd Adzwan bin Kamaruzaman (Ajutan) dan ASP/KS Nur Asyikah binti Azahari (Pegawai Latihan Luar) Kor SUKSIS.

Pada majlis tersebut, YDH ACP Mohd Zamri turut menyampaikan dua (2) anugerah kepada pelatih terbaik kursus disamping sijil penghargaan kepada barisan jurulatih Batalion 9 PGA serta sijil penyertaan kepada pelatih kursus.

Pihak pengurusan universiti turut merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih Kor SUKSIS UMK yg diketuai oleh YDH ASP Rostam bin Haji Ayob (Pegawai Latihan) serta sokongan daripadaz pihak JPJKK IPK Kelantan dalam menjayakan kursus pada kali ini.

12/06/2024
PROGRAM TOWNHALL DISCUSSION KETUA POLIS KELANTAN 2024 "GEJALA SOSIAL DAN KERUNTUHAN AKHLAK : KEMANA ARAH ANDA ?"Selari d...
06/06/2024

PROGRAM TOWNHALL DISCUSSION KETUA POLIS KELANTAN 2024 "GEJALA SOSIAL DAN KERUNTUHAN AKHLAK : KEMANA ARAH ANDA ?"

Selari dengan kemodenan teknologi masa kini, remaja sentiasa dihambat dengan perkembangan teknologi arus perdana dan secara langsung telah mengubah lanskap budaya dan adat keremajaan hari ini. Faktor ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada pertumbuhan gejala sosial di kalangan remaja dan turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah negara.

Menyedari hakikat ini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah menganjurkan Sesi Townhall Ketua Polis Kelantan bagi mengupas isu gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan pelajar IPT tempatan. Program ini telah diadakan pada 5 Jun 2024 (Rabu) di Dewan Lanas Perdana, Politeknik Jeli.

Sesi townhall ini dipandu oleh YBrs Prof. Madya Dr. Geshina Ayu Binti Mat Saat, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Kelantan selaku moderator bersama tiga ahli panel iaitu YDH CP Dato' Muhamad Zaki Bin Hj. Harun (Ketua Polis Kelantan), YBrs. Puan Nik Farhan Binti Muhaimin (Pengarah Pembangunan Wanita Kelantan) dan YBrs. Dr. Fariza Binti Yahya (Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HRPZ II).

Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada semua Ketua Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Daerah, pelatih-pelatih Kor SUKSIS UMK, pelajar-pelajar Politeknik Jeli dan pelajar-pelajar sekolah sekitar daerah Jeli telah hadir menjayakan program ini. Pihak pengurusan UMK turut dihadiri oleh Komandan Kor SUKSIS, ACP/KS Profesor. Ts. Dr. Arham bin Abdullah bersama Pegawai Latihan ASP Rostam bin Hj Ayub dan barisan jurulatih Kor SUKSIS.

Sumber Foto : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan

18 & 19 Januari 2024 | Universiti Malaysia SarawakUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku Pengerusi Sekretariat Teta...
19/01/2024

18 & 19 Januari 2024 | Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku Pengerusi Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Sekretariat Tetap Kor SUKSIS UA & Mesyuarat Komandan Universiti-Universiti Awam Malaysia Bil.1/2024 pada 18 Januari 2024.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Komandan-Komandan dan Ajutan Kor SUKSIS Universiti Awam yang terdiri daripada 19 buah Universiti bersama wakil Pegawai Kehormat daripada Kementerian Pendidikan Tinggi. Unversiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku Timbalan Pengerusi Tetap Sekretariat Kor SUKSIS telah dihadiri oleh YDH ACP/KS Profesor Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Komandan dan DSP/KS Mohd Adzwan bin Kamaruzaman, Ajutan.

Sempena penganjuran mesyuarat pada kali ini juga turut diadakan siri Taklimat Pengurusan Kor SUKSIS Universiti Awam kepada semua Pegawai Kehormat UA bagi memperkasakan ilmu & kemahiran kepolisan. Taklimat ini adalah yang berkaitan ehwal kepolisan sepertimana yang telah peruntukan di bawah PTKPN H603 telah disampaikan oleh YDH ACP Dr. Parusuraman Subramaniam, Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman. Sesi ini telah diadakan pada 19 Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Senat Aras 2, Rumah Universiti, UNIMAS.

Ahli Sekretariat Kor SUSKIS UA turut merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Profesor Dr. Ahmad Hata bin Rasit, Komandan Kor SUKSIS UNIMAS atas pelantikan Naib Canselor UNIMAS yang baharu berkuatkuasa 8 Januari 2024 yang lepas.

16 Januari 2024 | Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota173 orang pelatih bersama 20 orang pegawai dan jurulatih Kor SUKSIS ...
17/01/2024

16 Januari 2024 | Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota

173 orang pelatih bersama 20 orang pegawai dan jurulatih Kor SUKSIS mencatat rekod 60 minit Senam Seni Zumba tanpa henti menerusi Program Gaya Hidup Sihat Kor SUKSIS yang telah diadakan pada 16 Januari 2024 di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota.

Konsep program pada kali ini dijayakan menerusi aktiviti seramrobik yang melibatkan semua pelatih Kor SUKSIS yang diketuai oleh instructor bertauliah dari Zumbi Fitness Crew.

Kesejahteraan & kekuatan emosi serta fizikal pelatih menjadi salah satu agenda pihak pengurusan Kor SUKSIS dalam melahirkan mahasiswa UMK “bitara” yang mempunyai sifat dan karekter yang unggul, berketerampilan, kompeten dan progresif.

12 Januari 2024|Dewan Eksperimental UMK Kampus Kota Pasukan Badan Beruniform UMK hadir mengikuti Penstriman Langsung “La...
12/01/2024

12 Januari 2024|Dewan Eksperimental UMK Kampus Kota

Pasukan Badan Beruniform UMK hadir mengikuti Penstriman Langsung “Landasan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024” yang disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendididikan Tinggi. Majlis yang diadakan di Universiti Malaya telah dipancarkan secara langsung menerusi platform dalam talian di facebook & google meet.

Seramai 250 orang pelatih badan beruniform yang terdiri daripada pasukan Kor SUKSIS, Palapes Laut, Palapes Darat, Kor SISPA dan Kor SISKOR. Pihak UMK telah menyediakan ruang kepada pasukan badan beruniform di Dewan Eksperimental UMK Kampus Kota untuk mengikuti amanat yang disampaikan oleh YB Menteri KPT pada pagi ini.

Turut hadir pada majlis ini adalah YBhg Profesor Dr. Mohamad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pegawai-Pegawai Kehormat Badan Beruniform UMK.

Pasukan badan beruniform UMK menyahut baik salah satu landasan hala tuju yang digariskan oleh YB Menteri iaitu Kemenjadian Pelajar & Mahasiswa. Pelatih-pelatih badan beruniform beriltizam untuk memastikan bahawa mereka mempunyai sifat dan karekter yang unggul, berketerampilan, kompeten dan progresif.

5 Januari 2024|UMK BachokProgram Senaman Pagi Kor SUKSIS melibatkan 176 orang pelatih yang terdiri daripada tiga skuad (...
05/01/2024

5 Januari 2024|UMK Bachok

Program Senaman Pagi Kor SUKSIS melibatkan 176 orang pelatih yang terdiri daripada tiga skuad (Junior, Inter & Senior) bermula seawal jam 7.30 pagi di perkarangan Astaka Mini Stadium UMK Bachok.

Menjadi rutin mingguan pelatih Kor SUKSIS bersama Jurulatih & Pegawai Kehormat setiap hari Jumaat bermula dengan aktiviti senaman pagi, larian 2.4KM & sesi taklimat Pegawai Kehormat kepada pelatih.

Seusai program senaman pagi, pelatih akan meneruskan latihan kawad kaki di padang kawad UMK bersama jurulatih-jurulatih PDRM dan seterusnya mengikuti Kelas Undang-Undang pada sebelah petang di bilik kuliah.

KOR SUKSIS SERTAI MISI OPERASI PEMBERSIHAN PACSA BANJIR Keringat sukarelawan siswa UMK terus digembeleng menerusi operas...
01/01/2024

KOR SUKSIS SERTAI MISI OPERASI PEMBERSIHAN PACSA BANJIR

Keringat sukarelawan siswa UMK terus digembeleng menerusi operasi pembersihan pacsa banjir di Sekolah Kebangsaan Rahmat Rantau Panjang. Program secara gotong-royong ni melibatkan penyertaan daripada beberapa badan beruniform UMK bersama pihak sekolah.

Program ini adalah anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama badan-badan beruniform universiti yang terdiri daripada Kor SUKSIS, Kor SISPA, Kor SISKOR dan PALAPES Laut. Operasi pembersihan pada kali ini turut melibatkan seramai 30 orang pelatih Kor SUKSIS serta Pegawai Penyelaras serta jurulatih Kor SUKSIS.

Sekolah Kebangsaan Rahmat merupakan salah sebuah sekolah yang tenggelam banjir baru-baru ini bakal menerima kemasukan pelajar pada sesi baharu yang dijadualkan bermula sesi pembelajaran pada 2 Januari 2023.

KOR SUKSIS UMK SAPU PINGAT DI KEJOHANAN SUKAN Kor SUKSIS PANTAI TIMUR (SUKMO) ANJURAN UniSZA24 dan 25 Disember 2023 | Un...
31/12/2023

KOR SUKSIS UMK SAPU PINGAT DI KEJOHANAN SUKAN Kor SUKSIS PANTAI TIMUR (SUKMO) ANJURAN UniSZA

24 dan 25 Disember 2023 | UniSZA dan UMT

Seramai 59 orang atlet Kor SUKSIS UMK yang terdiri daripada pelatih Senior dan Inter telah berjaya merangkul pingat di Kejohanan Sukan Kor SUKSIS Pantai Timur (SUKMO) anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kor SUKSIS UMK telah menghantar atlet bagi menyertai empat (4) jenis acara iaitu Bola Jaring, Bola Tampar, Bola Baling dan Larian 2.4km

Kejohanan pada kali ini telah menampilkan kecemerlangan atlet Kor SUKSIS UMK dengan merangkul sebutir Pingat Emas bagi acara Bola Tampar Lelaki dan dua (2) butir Pingat Perak bagi acara Bola Jaring & Bola Perempuan.

Kecemerlangan atlet Kor SUKSIS UMK turut ditambah dengan dua (2) butir Pingat Gangsa masing-masing bagi acara Bola Baling Lelaki & Bola Baling Perempuan.

Pada kejohanan kali ini, UMK turut dihadiri oleh Pegawai Latihan Luar, ASP/KS Norasyikah binti Azahari bersama Pegawai Penyelaras ASP Siti Norhashima binti Ariffin dan barisan jurulatih Kor SUKSIS UMK.

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Kelantan merakamkan ucapan Tahniah kepada YDH CP Datuk Wa...
31/12/2023

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Kelantan merakamkan ucapan Tahniah kepada YDH CP Datuk Wan Hassan bin Wan Ahmad atas pelantikan sebagai Pengarah, Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman yang baharu.

Ucapan Penghargaan & terima kasih turut dirakamkan kepada YDH CP Dato’ Sri Aidi bin Ismail, Mantan Pengarah JPJPP Bukit Aman atas khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengarah JPJKK.

6 Ogos 2022, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta PerakMajlis Penutup Kursus Asas Latihan Hutan telah disempurnak...
06/08/2022

6 Ogos 2022, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak

Majlis Penutup Kursus Asas Latihan Hutan telah disempurnakan oleh ACP/KS Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Komandan Kor SUKSIS UMK di Dewan Terbuka, Kelas Asas Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Perak. Majlis ini turut dihadiri oleh SUPT Mohammad Hafiz bin Kadir, Komandan PLPGA, ASP Mohd Yusri bin Mamat, Pamangku Pegawai Koordinasi Sumber Sokongan yang mewakili Ketua JPJKK IPK Kelantan serta Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Pegawai Kehormat Kor SUKSIS UMK, Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS dan barisan jurulatih Pusat Latihan PGA.

Seramai 117 orang pelatih Kor SUKSIS UMK yang terdiri daripada dua (2) skuad iaitu Junior & Senior telah tamat dengan jayanya kursus asas ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada Pusat Latihan PGA Ulu Kinta. Beberapa anugerah kecemerlangan pelatih turut diadakan & penyampaian penghargaan telah disempurnakan oleh Komandan Kor SUKSIS UMK.

5 Ogos 2022, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, PerakKomandan Kor SUKSIS, ACP/KS Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdul...
06/08/2022

5 Ogos 2022, Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak

Komandan Kor SUKSIS, ACP/KS Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah bersama Timbalan Komandan & Pemangku Ajutan telah hadir ke sesi Kursus Asas Latihan Hutan pelatih Kor SUKSIS UMK 2022 di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Perak bagi melihat perkembangan & perjalanan kursus.

Kursus yang bermula pada 1 Ogos dan berakhir pada 6 Ogos 2022 telah dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada PLPGA. Kursus ini dihadiri oleh seramai 117 orang yang terdiri daripada dua (2) skuad iaitu Skuad Junior & Senior dan diselia oleh barisan Pegawai Penyelaras serta jurulatih Kor SUKSIS UMK. Beberapa modul latihan hutan telah dilaksanakan dan didedahkan oleh para jurulatih kepada pelatih-pelatih Kor SUKSIS UMK.

Address

Kampus Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00

Telephone

097797286

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suksis UMK - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Suksis UMK - RASMI:

Share