24/09/2026
๐ ๐ ๐ข๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐๐ข๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐๐ฆ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก (๐จ๐ก๐ฃ๐๐), ๐๐ก๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐ฒ๐พ๐ฎ๐ฉ
Membina pengalaman global, meneroka ilmu geologi dan memperkasa kompetensi penyelidikan!
Dua orang mahasiswa Tahun 3 Program Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), iaitu Anis Batrisyia binti Zakhir Asni dan Tharani A/P Thamotharan, kini mencipta pengalaman akademik bertaraf antarabangsa menerusi Program Mobiliti Pelajar Geosains di Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia.
Berlangsung dari 4 Ogos hingga 24 September 2026, program mobiliti ini memberikan peluang istimewa kepada kedua-dua pelajar untuk memperluas ufuk keilmuan, menghayati kepelbagaian landskap geologi serta memperkukuh kemahiran lapangan melalui pelaksanaan pemetaan geologi dan projek penyelidikan tahun akhir di sekitar Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.
Lebih membanggakan, pengalaman ini bukan sekadar menimba ilmu di bilik kuliah, malah membuka ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan geosains dalam situasi sebenar, meneroka ciri dan proses geologi setempat serta mengembangkan kemahiran penyelidikan dalam persekitaran akademik antarabangsa.
Sepanjang berada di UNPAD, kedua-dua pelajar akan menerima bimbingan daripada para pensyarah Fakultas Teknik Geologi (FTG), Universitas Padjadjaran, selain berkolaborasi bersama pelajar geologi tempatan. Interaksi akademik dan budaya ini pastinya memperkaya pengalaman, membina jaringan profesional serta meningkatkan keyakinan pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam bidang geosains.
๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐, ๐ฑ๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ถ๐น๐บ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ปโ๐บ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ถ๐๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ผ๐๐ฎ๐ถ๐ป๐ ๐จ๐ ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ ๐ฑ๐๐ป๐ถ๐ฎ! ๐โฐ๏ธ