Akademi Pengajian Islam UMEC Bachok, Kelantan

Akademi Pengajian Islam UMEC Bachok, Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Pengajian Islam UMEC Bachok, Kelantan, College & University, Mukim Telong, Kandis, Bachok.

1) Asasi Pengajian Islam
2) Program Khas Bahasa Arab (Sab/Sar)
3) Diploma UMCCED
4) Kursus Pengajian al-Quran (KPQ)
5) Kursus Pengajian Bahasa al-Quran (KPBQ)
6) Kursus Talaqqi Bersanad (KUTAB)

Tahniah dan syabas juga kepada para graduan Program Pengajian Ikhtisas dari UMEC Bachok atas kejayaan yang membanggakan.
17/08/2026

Tahniah dan syabas juga kepada para graduan Program Pengajian Ikhtisas dari UMEC Bachok atas kejayaan yang membanggakan.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐— ๐—–๐—–๐—˜๐—— ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐— ๐—˜๐—– ๐—•๐—”๐—–๐—›๐—ข๐—ž2 Ogos 2026 โ€“ Pusat Pendidikan Beterusan Universiti Malaya (UMCC...
03/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—จ๐— ๐—–๐—–๐—˜๐—— ๐—ž๐—˜ ๐—จ๐— ๐—˜๐—– ๐—•๐—”๐—–๐—›๐—ข๐—ž

2 Ogos 2026 โ€“ Pusat Pendidikan Beterusan Universiti Malaya (UMCCED) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif UMCCED, Prof. Dr. Nazia binti Abdul Majid, bersama rombongan.

Turut hadir mewakili Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) ialah Dekan APIUM, Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hamat, serta barisan pengurusan UMEC Bachok.

Lawatan ini bertujuan membincangkan hala tuju dan perancangan pembangunan program diploma di UMEC Bachok, di samping mengukuhkan kerjasama antara UMCCED, APIUM dan pihak pengurusan UMEC.

Sepanjang lawatan, rombongan turut mengadakan sesi perjumpaan bersama staf pentadbiran dan akademik UMCCED serta sesi dialog bersama para pelajar program diploma bagi mendengar pandangan, berkongsi aspirasi dan memperkukuh usaha meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di UMEC Bachok.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta menyokong pembangunan program diploma yang lebih cemerlang pada masa hadapan.



๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—ช๐—ฆ๐—จ'๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—™ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—”๐—ฅ๐—”๐——๐—”๐—ช๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐—˜๐—–27 Julai 2026 | Perpustakaa...
27/07/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—”๐—™ ๐—•๐—จ๐—ž๐—จ ๐— ๐—”๐—ช๐—ฆ๐—จ'๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—™ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—”๐—ฅ๐—”๐——๐—”๐—ช๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—จ๐— ๐—˜๐—–

27 Julai 2026 | Perpustakaan UMEC telah menerima sumbangan wakaf koleksi buku Mawsu'ah Al-Syaikh Yusuf Al-Qaradawi daripada Dr. Shamsul Ikhwan bin Dato' Hj. Ashari Azmi dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Sumbangan wakaf ini diserahkan kepada Perpustakaan UMEC sebagai bahan rujukan ilmiah bagi dimanfaatkan oleh para pelajar, khususnya dalam bidang Pengajian Islam.

Bagi pihak UMEC, sumbangan tersebut telah diterima oleh Dr. Mahyudin bin Daud, Timbalan Dekan UMEC, bersama En. Saifuddin bin Otheman, Penolong Pustakawan UMEC.

Pihak UMEC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Shamsul Ikhwan bin Dato' Hj. Ashari Azmi atas sumbangan wakaf yang amat bermakna ini. Semoga segala amal kebajikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berterusan serta memberi manfaat kepada para pelajar dan warga akademik untuk generasi yang akan datang.

"Ilmu yang dimanfaatkan merupakan antara amalan yang pahalanya terus mengalir."



๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—จ๐— ๐—˜๐—–Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok telah menganjurkan dua siri ceramah khas...
23/07/2026

๐—–๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—จ๐— ๐—˜๐—–

Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok telah menganjurkan dua siri ceramah khas sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap isu sosial serta pematuhan undang-undang.

15 Julai 2026 โ€“ Ceramah pertama bertajuk "Kesedaran Awam dan Antidadah" telah disampaikan oleh En. Noor Akmar bin Awang, Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bachok. Ceramah ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, kesan buruk terhadap individu dan masyarakat, serta peranan semua pihak dalam membanteras gejala dadah.

22 Julai 2026 โ€“ Ceramah kedua bertajuk "Kesedaran Berkaitan Kesalahan di Bawah Undang-Undang Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Mat Sulaiman, Penolong Pengarah Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Ceramah ini memberi penerangan mengenai pelbagai kesalahan di bawah undang-undang syariah serta kepentingan mematuhi syariat dan peraturan yang berkuat kuasa.

Penganjuran kedua-dua ceramah ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pelajar dalam membentuk sahsiah, meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu semasa serta melahirkan warga kampus yang berilmu, berintegriti dan bertanggungjawab.






๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐€๐’๐€๐’๐ˆ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š (๐๐Š๐๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•20-21 Julai 2026 โ€“ Pusa...
23/07/2026

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐€๐’๐€๐’๐ˆ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š (๐๐Š๐๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

20-21 Julai 2026 โ€“ Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Baharu Asasi dan Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Universiti Malaya (KKUM).

Rombongan pasukan perubatan diketuai oleh Dr. Zuraida binti Mohamed, Pengarah Klinik Kesihatan
Universiti Malaya. Pemeriksaan ini bertujuan menilai tahap kesihatan pelajar baharu bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk mengikuti pengajian di Universiti Malaya.

Program pemeriksaan berlangsung selama dua hari di Bilik Mesyuarat Utama UMEC dan merupakan prosedur standard yang diwajibkan kepada setiap pelajar baharu Universiti Malaya sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran.

Semoga usaha ini dapat membantu memastikan kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan para pelajar sentiasa terpelihara sepanjang menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di Universiti Malaya.



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Š๐๐€ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐‡๐€๐๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Š๐๐€ ๐’๐€๐๐€๐‡19 Julai 2026...
22/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐’๐”๐‘๐€๐“ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Š๐๐€ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐€๐‡๐€๐๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐Š๐๐€ ๐’๐€๐๐€๐‡

19 Julai 2026 โ€“ Dua majlis khas sempena Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA) Sesi 2026 telah diadakan serentak di dua lokasi berasingan bagi meraikan kehadiran pelajar baharu dari Sabah dan Sarawak ke UMEC Bachok.

Bagi kontinjen Sarawak, Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelajar PKBA Sarawak Sesi 2026 telah berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis ini disempurnakan oleh Ustaz Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), yang mengetuai delegasi Sarawak.

Sementara itu, kontinjen Sabah telah diraikan dalam Majlis Mahabbah Bersama Pelajar PKBA Sabah yang berlangsung di Hotel Renai, Kota Bharu. Delegasi Sabah diketuai oleh Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Majlis ini bertujuan meraikan kedatangan pelajar baharu Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA) di samping mengeratkan silaturahim antara para pelajar, kakitangan akademik UMEC dan pentadbiran serta , delegasi negeri.Program turut menjadi platform untuk menyuntik semangat kepada para pelajar sebelum memulakan kehidupan sebagai mahasiswa di UMEC.

Program bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada 11.00 malam dalam suasana penuh mesra, harmoni dan bermakna.

Semoga penganjuran program seumpama ini terus memperkukuh hubungan strategik antara Universiti Malaya dengan agensi-agensi berkaitan di Sabah dan Sarawak demi memastikan kebajikan serta kecemerlangan pelajar PKBA sentiasa menjadi keutamaan.



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ & ๐๐„๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š (๐๐Š๐๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”19 Julai 2026 โ€“ Pusat Pendid...
22/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ & ๐๐„๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐ ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š (๐๐Š๐๐€) ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

19 Julai 2026 โ€“ Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok telah menerima kunjungan delegasi dari Sabah dan Sarawak sempena Majlis Ramah Mesra dan Pelaporan Prestasi Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA) Sesi 2025/2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama UMEC.

Kehadiran delegasi ini turut bertujuan mengiringi para pelajar baharu Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA) yang telah mendaftar di UMEC bagi mengikuti Minggu Suai Kenal Pelajar (MSKP) yang berlangsung selama empat hari bermula Ahad.

Turut hadir ialah Puan Norhafizah Abdullah, Pengarah Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya bersama rombongan. Delegasi Sabah diketuai oleh En. Mohd Khadem bin Hj. Salleh, Penolong Pegawai Agihan, manakala delegasi Sarawak diketuai oleh Ustaz Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine, Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Delegasi Sarawak yang hadir terdiri daripada lima (5) wakil Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dua (2) wakil Yayasan Sarawak, seorang (1) wakil Tabung Baitulmal Sarawak, serta seorang (1) wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh pelaksanaan Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA).

Selain sesi ramah mesra dan pelaporan prestasi, rombongan turut mengadakan tinjauan sekitar kampus UMEC bersama pihak pengurusan bagi melihat sendiri kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang disediakan kepada para pelajar.

Semoga jalinan kerjasama erat antara Universiti Malaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, MUIS, JAIS, Yayasan Sarawak, Tabung Baitulmal Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak akan terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang, berdaya saing dan berakhlak mulia melalui Program Khas Sabah dan Sarawak (PKBA).



๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—จ๐— -๐—ช๐—ข๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž (๐—ฃ๐—ž๐—•๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ19 Julai 2026 | Alhamdulillah, Program Mini UM-WOW b...
21/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—ก๐—œ ๐—จ๐— -๐—ช๐—ข๐—ช ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž (๐—ฃ๐—ž๐—•๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

19 Julai 2026 | Alhamdulillah, Program Mini UM-WOW bagi pelajar Program Khas Sabah & Sarawak (PKBA) telah berlangsung dengan jayanya di UMEC Bachok. Program ini diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaya dengan kehadiran seramai 17 orang staf JHEP yang diketuai oleh Puan Norhafizah Abdullah, Pengarah Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya.

Program ini diadakan bagi menyambut dan mengalu-alukan ketibaan pelajar baharu PKBA yang mendaftar pada hari tersebut. Turut berlangsung ialah Majlis Ramah Mesra bersama pegawai-pegawai dari Sabah dan Sarawak sebagai tanda sokongan serta komitmen dalam memastikan kebajikan dan penyesuaian pelajar sentiasa diberi perhatian.

Sepanjang Minggu Suai Kenal Pelajar, pelbagai pengisian dan perkhidmatan turut disediakan bagi memudahkan urusan pelajar baharu, antaranya pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Universiti Malaya, urusan pengeluaran kad matrik, serta booth RHB Bank bagi pengaktifan akaun dan kad pelajar. Turut disediakan ialah beberapa kaunter dan perkhidmatan lain bagi melancarkan proses pendaftaran serta persediaan pelajar sebelum memulakan sesi pengajian.

Semoga program ini dapat membantu pelajar baharu PKBA menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus serta menjadi permulaan yang baik dalam menempuh alam pengajian di UMEC Bachok.


๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ Seluruh warga Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) merakamkan ucapan setinggi-ting...
15/07/2026

๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’

Seluruh warga Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC).

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berdedikasi demi kecemerlangan Universiti Malaya.

Ikhlas daripada: Seluruh Warga Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC)


๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐”๐Œ-๐–๐Ž๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•9 Julai 2026 | Alhamdulillah, Program UM-WOW 2026/2027 (Minggu Suai Kenal Pelajar - MSKP)...
10/07/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐”๐Œ-๐–๐Ž๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

9 Julai 2026 | Alhamdulillah, Program UM-WOW 2026/2027 (Minggu Suai Kenal Pelajar - MSKP) telah melabuhkan tirainya dengan berlangsungnya Majlis Penutup yang penuh bermakna.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian lagu Universiti Malaya, bacaan Asmaul Husna, dan bacaan ikrar pelajar sebagai simbolik penerimaan rasmi pelajar baharu sebagai mahasiswa Universiti Malaya.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dr. Mahyudin bin Daud, Timbalan Dekan UMEC. Turut diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang Minggu Suai Kenal Pelajar (MSKP).

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada seluruh pelajar baharu. Semoga kehadiran anda di UMEC menjadi permulaan kepada perjalanan menuntut ilmu yang cemerlang serta melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Selamat datang menjadi warga UMEC. Semoga terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu dan mengharumkan nama Universiti Malaya.


Address

Mukim Telong, Kandis
Bachok
16310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097793000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Pengajian Islam UMEC Bachok, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Akademi Pengajian Islam UMEC Bachok, Kelantan:

Shortcuts

Share