21/12/2025
BENGKEL PEMURNIAN PENULISAN BUKU PELAN STRATEGIK UMK30
Bengkel Pemurnian Penulisan Buku Pelan Strategik UMK30 telah diadakan pada 10–11 Disember 2025 bertempat di Hotel Renai Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel ini bertujuan memperhalusi kandungan penulisan bagi memastikan hala tuju strategik UMK30 lebih jelas, mampan dan selari dengan aspirasi universiti ke arah kecemerlangan masa hadapan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sumbangan idea sepanjang bengkel berlangsung.