PERTISA UMK

PERTISA UMK Persatuan ini dikenali sebagai “Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS (PERTISA UMK) KALI KE-8 SESI 2026-2027 DAN MAHABBAH RA...
05/03/2026

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS (PERTISA UMK) KALI KE-8 SESI 2026-2027 DAN MAHABBAH RAMADAN : TAZKIRAH DAN SELAWAT PERDANA UMK 2026

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan (PERTISA UMK) Kali Ke-8 bagi sesi 2026–2027 diadakan sebagai platform rasmi bagi ahli persatuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan persatuan. Mesyuarat ini turut melibatkan pembentangan laporan aktiviti serta kewangan persatuan bagi sesi terdahulu, selain melaksanakan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu yang akan menerajui kepimpinan PERTISA UMK bagi sesi 2026–2027. Proses pemilihan ini merupakan salah satu komponen penting dalam memastikan kesinambungan kepimpinan yang berwibawa, telus dan komited dalam memperkukuh peranan persatuan serta menjaga kebajikan warga Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Kelantan.

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, majlis ini turut diserikan dengan pengisian kerohanian melalui Mahabbah Ramadan: Tazkirah dan Selawat Perdana UMK 2026 yang menampilkan Nor Farhatul Fairuzah, Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, sebagai penyampai tazkirah. Pengisian ini bertujuan memberikan peringatan serta motivasi rohani kepada para hadirin dalam menghayati nilai-nilai Ramadan, di samping menghidupkan suasana majlis dengan alunan Al-Quran dan Selawat sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis ini menghimpunkan warga Universiti Malaysia Kelantan, selain turut disertai oleh orang awam serta pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, Kelantan. Penyertaan pelbagai lapisan masyarakat ini diharap dapat memperkukuh hubungan silaturahim antara warga universiti dan komuniti setempat, di samping memupuk suasana Ramadan yang penuh keberkatan melalui pengisian ilmu, tazkirah dan selawat dalam sebuah majlis yang sarat dengan nilai ukhuwah serta penghayatan Islam.

Di saat Ramadan terus mengalir membawa rahmat dan ketenangan, marilah kita berhenti sejenak daripada kesibukan dunia unt...
01/03/2026

Di saat Ramadan terus mengalir membawa rahmat dan ketenangan, marilah kita berhenti sejenak daripada kesibukan dunia untuk mengisi jiwa dengan cahaya pengisian rohani.

Orang ramai dijemput untuk hadir ke program Mahabbah Ramadan: Tazkirah dan Selawat Perdana UMK 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok

Program ini akan diserikan dengan pengisian tazkirah dan selawat bersama Ustazah Nor Farhatul Fairuzah.

Hadirlah bersama keluarga dan sahabat bagi menyemarakkan lagi keindahan Ramadan melalui selawat dan perkongsian ilmu yang menenangkan hati serta mengeratkan ukhuwah.

Semua dijemput hadir.

”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripad...
18/02/2026

”Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447h / 2026.

Daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).


16/02/2026
29/01/2026

Pickleball Pertisa UMK telah berlangsung pada 29 Januari 2026 bertempat di Pickle Horizon, Padang Tembak.

PROGRAM PICKLEBALL SANTAI PERTISA UMKProgram Pickleball Santai Pertisa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertemakan “Sa...
29/01/2026

PROGRAM PICKLEBALL SANTAI PERTISA UMK

Program Pickleball Santai Pertisa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertemakan “Santai. Sihat. Silaturahim” telah berjaya dilaksanakan pada 29 Januari 2026 (Khamis) bertempat di Pickle Horizon, Padang Tembak. Program ini melibatkan penyertaan hampir 30 orang ahli Pertisa UMK dan dianjurkan selaras dengan inisiatif “Our Day” yang telah dilancarkan oleh Naib Canselor UMK, bertujuan menggalakkan keseimbangan antara kesejahteraan fizikal, mental dan hubungan sosial dalam kalangan warga universiti.

Penganjuran program ini memberi ruang kepada ahli Pertisa UMK untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan santai di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Menariknya, majoriti peserta yang terlibat merupakan peserta kali pertama yang mencuba sukan pickleball, sekali gus memberikan pengalaman baharu serta meningkatkan minat terhadap aktiviti riadah alternatif.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pendaftar UMK, Encik Khairul Eruwan Abdul Halim, yang bukan sahaja hadir sebagai tetamu kehormat, malah turut bersama-sama menyertai permainan pickleball. Penglibatan beliau secara langsung telah menyuntik semangat kebersamaan, memupuk budaya kerja berpasukan serta memperlihatkan sokongan pihak pengurusan tertinggi terhadap aktiviti kesejahteraan staf.

Secara keseluruhannya, Program Pickleball Santai Pertisa UMK berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan menyediakan platform riadah yang sihat, inklusif dan berimpak positif, selari dengan aspirasi universiti dalam membudayakan gaya hidup aktif serta memperkukuh keharmonian dalam komuniti UMK.

“Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami ber...
17/01/2026

“Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Isra’: ayat 1)

SALAM ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1447H.

Daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).


Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya.Daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Pers...
20/10/2025

Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya.

Daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Semua Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).


PERTISA UMK merakamkan ucapan Tahniah kepada Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan...
19/10/2025

PERTISA UMK merakamkan ucapan Tahniah kepada Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal bin Wan Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidika dan Inovasi) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkuat kuasa 21 Oktober 2025.


PERTISA UMK merakamkan ucapan Tahniah kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah atas penganugerahan Ahli Yang ...
29/09/2025

PERTISA UMK merakamkan ucapan Tahniah kepada YBhg. Dato’ Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah atas penganugerahan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-56, Tahun 2025.

Ikhlas daripada Presiden, Ahli Jawatankuasa dan Seluruh Ahli Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UMK (PERTISA).

29/09/2025

ALLAHUAKBAR
MERAFAK SEMBAH DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH, KEHADAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARULNAIM, SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V YANG KE-56, TAHUN 2025.

“ISLAM DIJUNJUNG, RAKYAT BERSATU, NEGERI BERKAT, RAJA BERDAULAT”

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT

Address

Universiti Malaysia
Bachok

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTISA UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PERTISA UMK:

Share