Pusat Pembangunan Kerjaya Kaunseling dan Alumni UMK

Directions

Pusat Pembangunan Kerjaya Kaunseling dan Alumni UMK Akaun Rasmi Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni. Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaysia Kelantan.

10/09/2026
10/09/2026
06/09/2026
Penglibatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA...
06/09/2026

Penglibatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencatatkan detik penuh bersejarah dan cemerlang apabila reruai inovasi universiti tersebut bukan sahaja diserikan dengan keberangkatan kerabat diraja Kelantan, malah turut menyaksikan prestasi luar biasa barisan pelajar MySISWA Job on Campus (JoC).

Detik yang amat bermakna itu bermula apabila reruai UMK diserikan dengan keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bersama delegasi pada hari pertama.

Keterujaan para wakil pelajar diteruskan lagi apabila mereka mendapat peluang keemasan untuk mengadap secara langsung susulan keberangkatan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid dan Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, yang berkenan mencemar duli meninjau pameran.

Sepanjang MAHA 2026 berlangsung, mahasiswa yang diberi tanggungjawab besar untuk menyantuni tetamu kehormat ini merupakan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang berkhidmat di bawah program MySISWA Job on Campus (JoC) di InnoPark UMK. Mereka telah mempamerkan prestasi (outstanding performance) yang amat membanggakan. Berbekalkan latihan intensif dan pengalaman kerja yang digilap di kampus, mereka berjaya mengendalikan sesi interaksi bersama kerabat diraja, barisan VVIP, serta ribuan pengunjung dengan tahap profesionalisme dan keyakinan yang sangat tinggi.

Kejayaan barisan pelajar ini bertindak sebagai 'duta kecil' dalam mempromosikan hasil inovasi UMK secara langsung mengangkat keberkesanan program MySISWA Job on Campus (JoC), yang merupakan inisiatif strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dijayakan di peringkat universiti melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) atau HEPA UMK. Penglibatan cemerlang di pameran berskala besar ini membuktikan bahawa program MySISWA Job on Campus (JoC) cetusan KPT ini bukan sekadar platform untuk pelajar menjana pendapatan, sebaliknya ia adalah medium pendedahan dunia sebenar (*real exposure*) yang sangat berkesan dalam membina kemahiran insaniah, ketangkasan komunikasi, dan kematangan pelajar sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Seluruh warga UMK merafak sembah menjunjung kasih atas limpah perkenan baginda-baginda yang berkenan meluangkan masa menyantuni mahasiswa di reruai berkenaan. Kunjungan berharga ini pastinya menjadi satu memori indah dan suntikan semangat yang tidak ternilai, sekali gus menjadi penanda aras kecemerlangan UMK dalam melahirkan graduan yang holistik, berkarisma, dan berdaya saing pada peringkat kebangsaan.

06/09/2026

HEBAHAN JADUAL SIDANG ISTIADAT KONVOKESYEN UMK KE-16

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ke-16 akan berlangsung pada 1 hingga 5 November 2026 di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok.

Semua graduan dimohon untuk menyemak tarikh, masa dan sidang masing-masing seperti dalam jadual yang dilampirkan.

Tahniah kepada seluruh graduan UMK.


BOON GROUP SDN BHD merupakan salah satu insutri yang hadir pada program NexGen Career Fair UMK 2026.Tahniah FSDK  diatas...
06/09/2026

BOON GROUP SDN BHD merupakan salah satu insutri yang hadir pada program NexGen Career Fair UMK 2026.

Tahniah FSDK diatas kerjasama yang telah dilaksanakan.

MELANGKAH KE PENTAS NASIONAL: 11 PELATIH MySISWA@JoC UMK DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI RAPPORTÉUR PSKG 2026–2030KUALA LUMPU...
06/09/2026

MELANGKAH KE PENTAS NASIONAL: 11 PELATIH MySISWA@JoC UMK DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI RAPPORTÉUR PSKG 2026–2030

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 – Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026–2030 telah diluncurkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dalam usaha memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan serta memastikan graduan institusi pendidikan tinggi negara kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran pekerjaan.

Dalam persidangan ini, Pusat Pembangunan Kerjaya, Kaunseling dan Alumni (PKKA) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Kelantan UMK diberi tanggungjawab penting sebagai jawatan kuasa dokumentasi dan penerbitan melalui Majlis Kebolehpasaran Graduan Universiti Awam (MyGRAD), bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Persidangan menghimpunkan kepimpinan institusi pendidikan tinggi, wakil industri serta agensi kerajaan bagi berkongsi pandangan dan aspirasi dalam memperkukuh agenda kebolehpasaran graduan serta pembangunan bakat negara.
Persidangan ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr.Mohammad bin Ismail.

Seiring dengan pelaksanaan persidangan tersebut, seramai 11 orang pelatih MySISWA@Job On Campus (MySISWA@JoC) UMK telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai rapporteur.

Keupayaan untuk mencatat maklumat secara pantas dan tepat merupakan satu pengalaman praktikal yang tidak hanya membina kemahiran menulis, malah melatih pelatih untuk mengenal pasti maklumat utama dan menyusun maklumat secara sistematik.

Pengalaman sebagai rapporteur turut memberi pendedahan kepada pelatih terhadap dokumentasi profesional, pengurusan maklumat, komunikasi, kerja berpasukan, pengurusan masa serta ketelitian dalam melaksanakan tugasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada pelatih MySISWA@JoC UMK untuk memikul tanggungjawab sebagai rapporteur. Kepercayaan ini bukan sahaja memberikan pengalaman bermakna kepada pelatih, malah menjadi satu platform penting dalam memperkukuh kompetensi dan kesiapsiagaan pelatih untuk melangkah ke alam pekerjaan.

Turut hadir Penyelaras Kebolehpasaran Graduan (GE) dan Alumni UMK dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) serta Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) yang juga berperanan sebagai rapporteur.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada 11 pelatih MySISWA@JoC UMK merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) serta Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) atas komitmen , disiplin dan tanggungjawab yang telah ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah sebagai rapporteur.

MySISWA@JoC UMK – Membina Pengalaman, Memperkukuh Kompetensi, Melakar Masa Hadapan.









Address

Universiti Malaysia
Bachok
16310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Kerjaya Kaunseling dan Alumni UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share