Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah; the 35th Polytechnic in Malaysia mainly on Maritime Engineering Technology.

KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SESI II 2025/2026Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa Keputusa...
07/06/2026

KEPUTUSAN RASMI PEPERIKSAAN AKHIR SESI II 2025/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Keputusan Rasmi Peperiksaan Akhir Sesi II 2025/2026 boleh disemak mulai Isnin, 08 Jun 2026.

Para pelajar boleh membuat semakan keputusan rasmi melalui Portal SPMP PMSN menerusi pautan berikut:
http://spmp.pbd.edu.my/

Maklumat Log Masuk Portal SPMP PMSN:
No. Kad Pengenalan: Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Kata Laluan: Kata Laluan Pelajar / Nombor Matriks
Pelajar (sekiranya kata laluan belum ditetapkan)

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah atas pencapaian yang diperoleh. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada semester yang akan datang.

/2026




06/06/2026
MEMBINA PASUKAN HEBAT, MENCIPTA KECEMERLANGAN ORGANISASIGOPENG, 2-4 Jun 2026 - Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan (UP...
06/06/2026

MEMBINA PASUKAN HEBAT, MENCIPTA KECEMERLANGAN ORGANISASI

GOPENG, 2-4 Jun 2026 - Unit Pengurusan Psikologi & Kesihatan (UPsiK) Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pembinaan Pasukan Berprestasi Tinggi (High Performance Team) di Gopeng Glamping Park, Gopeng, Perak yang melibatkan seramai 22 orang pegawai dan pensyarah PMSN. Program ini turut disertai oleh Yang Berusaha Ts. Dr. Izwah binti Ismail, Pengarah PMSN, yang bersama-sama peserta mengikuti pelbagai aktiviti sepanjang bengkel berlangsung.

Sepanjang tiga hari program, peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan seperti Team Building Games, Tazkirah Maghrib, Explorace @ Kampung Chulek, Whitewater Rafting @ Kampar River serta ATV Fun Ride ke Gua Tempurung. Aktiviti-aktiviti ini dirangka khusus bagi memperkukuhkan budaya kerja berpasukan berprestasi tinggi melalui peningkatan kerjasama, komunikasi berkesan dan kepercayaan dalam kalangan warga PMSN, selaras dengan aspirasi institusi untuk melahirkan pasukan yang lebih mantap dan berdaya saing.

Peserta juga amat bertuah kerana berpeluang mengikuti sesi perkongsian ilmu bertajuk β€œKecemerlangan Organisasi” yang disampaikan oleh En. Ishanuddin bin Hussin, Mantan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. Pengisian yang penuh inspirasi dan sarat dengan pengalaman kepimpinan ini telah membuka perspektif baharu kepada peserta mengenai kepentingan sinergi, integriti dan komitmen dalam membina organisasi yang cemerlang.

Program ini berjaya memberikan impak yang signifikan dengan mewujudkan hubungan kerja yang lebih erat, meningkatkan semangat kebersamaan serta memperkukuhkan komitmen warga PMSN dalam melaksanakan tugas secara kolaboratif dan berfokuskan kecemerlangan. Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang bengkel ini menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan kerja yang lebih dinamik, berprestasi tinggi dan sentiasa bersedia menggalas cabaran demi merealisasikan visi serta misi PMSN.




π“π„πŒπ”πˆ πŠπ€πŒπˆ πƒπˆ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) menjemput orang ramai untuk mengunjungi ...
06/06/2026

π“π„πŒπ”πˆ πŠπ€πŒπˆ πƒπˆ π‡π€π‘πˆ 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ”

Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) menjemput orang ramai untuk mengunjungi booth kami sempena Hari TVET Negara 2026 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Sepanjang tiga hari program ini, para pengunjung berpeluang meneroka pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan perkembangan terkini dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), termasuk pameran teknologi, forum industri, pertandingan kemahiran serta peluang kerjaya yang ditawarkan oleh pelbagai agensi dan industri.

Antara tarikan utama:

✨ Pameran dan Kolaborasi Industri TVET
✨ Seminar dan Forum TVET
✨ Karnival Kerjaya TVET
✨ Cabaran dan Pertandingan TVET
✨ Showcase Usahawan TVET
✨ Aktiviti Interaktif dan Hiburan Berinformasi

πŸ“ Dataran Putrajaya
πŸ“ Booth A09, Sektor Rel & Maritim

πŸ“… 5 – 7 Jun 2026
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam

Kunjungi Booth A09 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN), peluang melanjutkan pengajian, serta prospek kerjaya dalam bidang maritim dan teknologi yang semakin berkembang.

Marilah bersama-sama meneroka potensi TVET sebagai laluan pendidikan yang relevan, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa kini.

Engineering the Seas, Innovating the Future.









06/06/2026

πŸ“ŒKerajaan benarkan pengunaan dana Program Berimpak Tinggi sehingga RM50 juta untuk TVET 2.0 - PM Anwar

πŸ“ŒBadan latihan penyelidikan kerajaan wajib beri latihan bidang baharu kepada pelajar TVET terpilih mulai Julai - PM Anwar

Anwar Ibrahim

06/06/2026

πŸ“ŒTVET Malaysia penanda aras di rantau ASEAN - PM Anwar

πŸ“ŒPeningkatan luar biasa TVET di Malaysia didorong dasar kerajaan dan komitmen TPM Ahmad Zahid - PM Anwar

πŸ“ŒPM Anwar galak syarikat swasta beri latihan khas, bantuan kepada pelajar TVET

06/06/2026

Sebanyak 270 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatat kadar kebolehpasaran graduan kira-kira 99.5 peratus, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata pencapaian membanggakan itu membuktikan bahawa institusi TVET MARA berada di garisan paling hadapan dalam menjayakan agenda TVET negara yang kini memasuki fasa TVET 2.0.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2565274

06/06/2026

Address

Jalan Bagan Datuk
Bagan Datoh
36100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6056413416

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share