RUHI Training & Publications

Directions Website Contact the university

RUHI Training & Publications Arabic for Understanding the Quran Masih ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai asas Bahasa Arab Al-Quran.

Ini dapat diperhatikan berpunca daripada:
1) Belajar Bahasa Arab di sekolah, namun tidak dapat dikaitkan dan gunakan dalam kehidupan seharian, lalu ditinggalkan begitu sahaja,
2) Bila pembelajaran tidak releven dengan kehidupan seharian, ramai beranggapan tidak perlu belajar Bahasa Arab, ia hanya untuk mereka yang berminat dengan jurusan Agama / Bahasa Arab sahaja
3) Sangkaan masyarakat bahawa perlu menghabiskan masa bertahun-tahun mendalami Bahasa Arab dan menjadi pakar, baru boleh mula belajar Bahasa al-Quran

RUHI membawa misi bahawa belajar Bahasa Arab sepatutnya untuk semua muslim, dan ia sepatutnya bermula dengan Belajar Bahasa Arab al-Quran. Modul di RUHI direka khas untuk penutur Bukan Arab dengan mengutamakan perkataan yang paling kerap diulang dalam al-Quran sahaja. Pendekatan tatabahasa Arab di RUHI juga telah dimudahsuai untuk penutur Bukan Arab. Malah lebih menarik lagi, setiap modul RUHI disusun mengikut tema tertentu, atau berdasarkan cerita dari al-Quran. Dengan matlamat pembelajaran yang jelas dan bersasar, Bahasa Arab al-Quran menjadi lebih mudah diingat dan lebih dekat di hati. Masyarakat juga tidak lagi perlu habiskan bertahun belajar Bahasa Arab, yang akhirnya tinggal begitu sahaja sebab tidak digunakan.

Kadang-kadang, apa yang kita cintai dan kejar menjadi cerminan apa yang memenuhi hati.Dalam sesi kali ini, kita akan men...
03/10/2026

Kadang-kadang, apa yang kita cintai dan kejar menjadi cerminan apa yang memenuhi hati.

Dalam sesi kali ini, kita akan menghayati beberapa nasihat tentang perkara yang sering kita utamakan, sehingga tanpa sedar melupakan sesuatu yang lebih penting.

Moga menjadi ruang untuk kita bermuhasabah, menilai kembali apa yang sedang kita kejar dan apa yang sebenarnya memenuhi hati. 🤍

📚 Nasihat Buat Hamba
🗓️ Isnin, 5 Oktober 2026
🕰️ 9.15 - 10.30 malam

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Ada nama yang kita kenal dalam sejarah, tetapi belum tentu kita benar-benar menelusuri jejak kehidupannya.Abdullah bin J...
28/09/2026

Ada nama yang kita kenal dalam sejarah, tetapi belum tentu kita benar-benar menelusuri jejak kehidupannya.

Abdullah bin Jahsy R.A. adalah antara insan yang berada di barisan awal perjuangan Islam. Kisahnya mengajak kita melihat bagaimana iman, pengorbanan dan amanah membentuk perjalanan seorang sahabat Rasulullah ﷺ.

Jom telusuri kisah Abdullah bin Jahsy R.A. dalam Pengajian RUHI Talaqqi:

📚 Lensa Kehidupan Para Sahabat
🗓️ Isnin, 28 September 2026
🕰️ 9.15 – 10.30 malam

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

KE MANA HILANGNYA BARAKAH DALAM MAKANAN KITA?Hari ini, makanan di hujung jari.Nak makan apa sahaja, semuanya ada.Namun h...
11/09/2026

KE MANA HILANGNYA BARAKAH DALAM MAKANAN KITA?

Hari ini, makanan di hujung jari.
Nak makan apa sahaja, semuanya ada.

Namun hairannya…

Scroll menu sejam, masih tak tahu nak pilih apa.
Makanan makin mewah, tetapi badan makin berat dan lemau untuk beribadah.
Semakin dimakan, semakin bertambah penyakit, bukan kekuatan.

Di manakah silapnya?
Ke manakah hilangnya barakah dalam rezeki harian kita?

Mukjizat makanan melalui tangan Rasulullah ﷺ yang mulia bukan sekadar kisah, tetapi mengajarkan keberkahan dan disaksikan sendiri oleh para sahabat.

Jom hayati kisah yang penuh ibrah ini dalam Pengajian RUHI Talaqqi.

📚 Kitab Asy-Syifa
🗓️ Isnin, 14 September 2026
🕰️ 9.15 – 10.30 malam

🔗 http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Apa yang kita lakukan bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri.Kadang-kadang, kebaikan kita menjadi manfaat buat or...
01/09/2026

Apa yang kita lakukan bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri.
Kadang-kadang, kebaikan kita menjadi manfaat buat orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Al-Quran mengajar kita tentang tanggungjawab terhadap pengaruh dan kesan daripada setiap tindakan.

Insya-Allah, kita hayati bersama melalui Tafsir Jalalain dalam Pengajin RUHI Talaqqi.

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Kadang-kadang kita sudah tahu apa yang benar, tetapi hati tetap perlu diingatkan agar ilmu tidak berhenti pada pengetahu...
28/08/2026

Kadang-kadang kita sudah tahu apa yang benar, tetapi hati tetap perlu diingatkan agar ilmu tidak berhenti pada pengetahuan, sebaliknya hadir dalam perubahan dan amalan.

Melalui Kitab Nashāihul ‘Ibād, kita menyelami mutiara nasihat yang menyentuh perjalanan seorang hamba.

Jom bersama dalam Pengajian RUHI Talaqqi

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

الضَّبَابُ الدُّخَانِيُّ كَثِيفٌ فِي مَالِيزِيَا اليَوْمَ.(The haze is thick in Malaysia today.)الهَوَاءُ غَيْرُ نَقِيٍّ...
27/08/2026

الضَّبَابُ الدُّخَانِيُّ كَثِيفٌ فِي مَالِيزِيَا اليَوْمَ.
(The haze is thick in Malaysia today.)

الهَوَاءُ غَيْرُ نَقِيٍّ بِسَبَبِ الضَّبَابِ الدُّخَانِيِّ.
(The air is not clean because of the haze.)

أَنَا أَلْبَسُ القِنَاعَ عِنْدَمَا أَخْرُجُ مِنَ البَيْتِ.
(I wear a mask when I go out of the house.)

لاَ نَسْتَطِيعُ رُؤْيَةَ الشَّمْسِ بِوُضُوحٍ.
(We cannot see the sun clearly.)

الأَطْفَالُ يَلْعَبُونَ دَاخِلَ البَيْتِ اليَوْمَ.
(The children are playing inside the house today.)

Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ. 🤍Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, t...
24/08/2026

Selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad ﷺ. 🤍

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran Baginda, tetapi menghidupkan kembali cinta kepada Rasulullah ﷺ melalui sunnah, akhlak dan perjuangan Baginda.

Semoga cinta itu bukan hanya di bibir, tetapi hadir dalam setiap langkah kehidupan kita.

Salam Maulidurrasul 🤍

— Daripada Team RUHI

Amru bin Al-Jamuh r.a. membuktikan bahawa apabila hidayah menyentuh hati, seluruh kehidupan boleh berubah.Daripada menye...
21/08/2026

Amru bin Al-Jamuh r.a. membuktikan bahawa apabila hidayah menyentuh hati, seluruh kehidupan boleh berubah.

Daripada menyembah berhala, beliau berubah menjadi seorang mukmin yang sanggup mengorbankan dirinya demi agama Allah sehingga kerinduannya kepada syurga mengatasi segala yang lain.

Mari menyelami kisah luar biasa ini dalam Pengajian RUHI Talaqqi:

📚Lensa Kehidupan Para Sahabat
🗓️ Isnin, 24 Ogos 2026
🕰️ 9.15 – 10.30 malam
💻 Zoom Meeting | Online

http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

SELALU HIDUP RASA TAK CUKUP? Susah nak praktikkan bahawa kecukupan itu bukan kerana banyaknya, tetapi kerana keberkatan ...
15/08/2026

SELALU HIDUP RASA TAK CUKUP?

Susah nak praktikkan bahawa kecukupan itu bukan kerana banyaknya, tetapi kerana keberkatan yang Allah hadirkan?

Buktinya telah ditauladankan melalui tangan Rasulullah ﷺ yang mulia dan disaksikan sendiri oleh para sahabat.

Jom hayati kisah yang penuh ibrah ini dalam Pengajian RUHI Talaqqi.

🗓️ Isnin, 17 Ogos 2026
🕰️ 9.15 – 10.30 malam

🔗 http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Ketaatan bukan sekadar di bibir. Ia terbukti pada hati, tindakan dan kesetiaan kepada Rasulullah ﷺ.Bagaimana membezakan ...
06/08/2026

Ketaatan bukan sekadar di bibir. Ia terbukti pada hati, tindakan dan kesetiaan kepada Rasulullah ﷺ.

Bagaimana membezakan antara ketaatan yang sebenar dan sekadar ucapan?

Mari hayati kupasan Surah An-Nisā’ ayat 80–82 dalam Pengajian RUHI Talaqqi.

🗓 Isnin | 10 Ogos 2026
🕘 9.15 malam – 10.30 malam
💻 Zoom Meeting

Daftar di:
http://ruhitraining.com/view/s/ruhi-talaqqi-2026

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RUHI Training & Publications posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to RUHI Training & Publications:

Shortcuts

Share