Kolej Vokasional Kerian

Call Directions Website Contact the university

Kolej Vokasional Kerian INFO TERKINI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

11 OKTOBER 2026TAHNIAH DAN SYABAS!Seluruh warga Kolej Vokasional Kerian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kirus...
13/10/2026

11 OKTOBER 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Seluruh warga Kolej Vokasional Kerian mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kirushnaaarthi A/P Siva atas pemilihan sebagai Duta Kecil TVET bagi Global Future Leaders Programme 2026 anjuran Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau akan menyertai program ini di Guangxi, China pada 8 hingga 14 November 2026 bagi membawa aspirasi TVET KPM ke peringkat antarabangsa.

Seluruh warga KV Kerian amat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga penyertaan ini memberikan pengalaman bermakna, memperluas pengetahuan dan melahirkan pemimpin muda TVET yang berwawasan serta berdaya saing di persada global.

Terus melangkah dengan yakin dan harumkan nama KV Kerian!

Bersama Memacu TVET KPM!






KebanggaanKVKerian

KELAS MENGGILAP SIRNA MATEMATIKPada 9 Oktober 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kelas Menggilap Sirna bagi mata pelajaran...
11/10/2026

KELAS MENGGILAP SIRNA MATEMATIK

Pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), telah berlangsung Kelas Menggilap Sirna bagi mata pelajaran Matematik bertempat di Makmal Sains 1 dan 2.

πŸ“… Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Makmal Sains 1 dan 2
πŸ‘©β€πŸ« Tenaga Pengajar: Pn. Nurul Atiqah Hani dan En. Ismail
πŸ‘₯ Kehadiran: 20 daripada 24 orang pelajar (83.3%)

Kelas ini bertujuan memperkukuh penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Matematik melalui bimbingan dan latihan berfokus. Diharapkan usaha ini dapat meningkatkan kefahaman, membina keyakinan serta membantu pelajar mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Usaha Berterusan, Kecemerlangan Berterusan!




9 OKTOBER 2026* PERTANDINGAN RESENSI BUKU DAN PENGUCAPAN AWAM TAHUN 1 SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN*Pada 9 Oktober 202...
11/10/2026

9 OKTOBER 2026

* PERTANDINGAN RESENSI BUKU DAN PENGUCAPAN AWAM TAHUN 1 SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN*

Pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), Kolej Vokasional Kerian telah menganjurkan Pertandingan Resensi Buku dan Pengucapan Awam bagi pelajar Tahun 1 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

πŸ“… Tarikh: 9 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat:
πŸ“– Resensi Buku – Pusat Sumber Semarak Hikmah
🎀 Pengucapan Awam – Bilik Kuliah 2

Pertandingan ini bertujuan memupuk keberanian dan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi serta menyampaikan idea di hadapan khalayak. Selain itu, program ini menjadi platform untuk mencungkil bakat, mengasah kemahiran berbahasa dan meningkatkan potensi diri pelajar.

Semoga usaha ini dapat melahirkan pelajar yang berani, berkeyakinan dan berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bahasa Jiwa Bangsa!





πŸ“’ MAKLUMAN RASMI KOLEJ VOKASIONAL KERIANDimaklumkan bahawa Kolej Vokasional Kerian akan beroperasi seperti biasa mulai 1...
11/10/2026

πŸ“’ MAKLUMAN RASMI KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

Dimaklumkan bahawa Kolej Vokasional Kerian akan beroperasi seperti biasa mulai 12 Oktober 2026 (Isnin) selaras dengan kenyataan media Jabatan Pendidikan Negeri Perak berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang terkawal.

Warga KV Kerian, khususnya para pelajar, ibu bapa dan penjaga, diminta sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa demi memastikan keselamatan dan kesihatan bersama.

Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga KV Kerian sentiasa menjadi keutamaan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

JOM PELAJAR-PELAJAR KV KERIAN! PENCARIAN DUTA KECIL TVETAyuh rebut peluang untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan pote...
05/10/2026

JOM PELAJAR-PELAJAR KV KERIAN!

PENCARIAN DUTA KECIL TVET

Ayuh rebut peluang untuk menyerlahkan bakat, kreativiti dan potensi diri sebagai Duta Kecil TVET!

Program ini terbuka kepada semua pelajar Kolej Vokasional (KV), SVM & DVM.

πŸ’‘ Jom tampilkan bakat anda!
πŸŽ₯ Hasilkan video pengenalan diri berdurasi 1 minit dan kongsikan:
β€’ Siapa anda?
β€’ Apakah bakat dan kekuatan anda?
β€’ Mengapa anda mahu menjadi Duta Kecil TVET?
β€’ Bagaimana anda boleh membantu mempromosikan TVET?

Jangan lepaskan peluang ini.
Tunjukkan kreativiti, keyakinan dan kecintaan anda terhadap TVET.

JOM SERTAI! JOM TONJOLKAN BAKAT ANDA!

πŸ“Œ Tarikh akhir: 9 Oktober 2026 (Khamis)








2 OKTOBER 2026LAWATAN KERJA SMK SERI DESA, TANJUNG KARANG KE KOLEJ VOKASIONAL KERIANπŸ“… 2 Oktober 2026 (Jumaat)⏰ 3.00 peta...
03/10/2026

2 OKTOBER 2026

LAWATAN KERJA SMK SERI DESA, TANJUNG KARANG KE KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

πŸ“… 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 petang
πŸ“ Kolej Vokasional Kerian

Kolej Vokasional Kerian berbesar hati menerima kunjungan delegasi SMK Seri Desa, Tanjung Karang dalam satu lawatan kerja yang bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan dan pelaksanaan program vokasional serta amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di kolej.

Sesi lawatan dimulakan dengan:
1️⃣ Ucapan alu-aluan oleh Puan Pengarah KV Kerian
2️⃣ Taklimat berkaitan amalan baik serta program-program kolej yang memberi impak kepada pembangunan pelajar dan institusi
3️⃣ Lawatan ke bengkel Program Pemesinan Industri dan Teknologi Kimpalan bagi melihat sendiri pengurusan dan pelaksanaan program vokasional di kolej.

Semoga kunjungan ini menjadi wadah untuk memperkukuh jalinan kerjasama dan hubungan strategik antara kedua-dua institusi, di samping memberi pendedahan kepada delegasi tentang pengurusan dan pelaksanaan pendidikan vokasional di Kolej Vokasional, serta membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik.

Bersama Memacu TVET KPM
Terus Terbang Tinggi Warga KV Kerian.

2 OKTOBER 2026πŸ“š KURSUS PENATARAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI SPK3.0Kolej Vokasional Kerian telah melaksanakan Kursus Penat...
03/10/2026

2 OKTOBER 2026

πŸ“š KURSUS PENATARAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI SPK3.0

Kolej Vokasional Kerian telah melaksanakan Kursus Penataran Sistem Pengurusan Kualiti SPK3.0 bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan warga kerja berkaitan pelaksanaan serta pengurusan sistem kualiti yang berkesan.

πŸ“… Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
πŸ“ Tempat: Bilik Persidangan
🎀 Penceramah: Pn. Mislia Binti Dullami

Kursus ini diharapkan dapat memperkukuh pemahaman warga kolej terhadap SPK3.0, seterusnya menyokong usaha meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti pengurusan organisasi secara berterusan.

✨ Kualiti Diperkasa, Pengurusan Berkualiti, Kecemerlangan Bersama!

Kecemerlangan

Buletin Kolej Vokasional Kerian Edisi 3Menghimpunkan pelbagai aktiviti, pencapaian dan detik bermakna warga kolej sepanj...
02/10/2026

Buletin Kolej Vokasional Kerian Edisi 3

Menghimpunkan pelbagai aktiviti, pencapaian dan detik bermakna warga kolej sepanjang tempoh Julai hingga September 2026.

Edisi ini menampilkan pelbagai program dan inisiatif meliputi aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, inovasi, pembangunan bakat, jalinan strategik serta kejayaan warga Kolej Vokasional Kerian yang terus mengharumkan nama institusi.

Setiap halaman merakamkan usaha, komitmen dan semangat kebersamaan seluruh warga kolej dalam membudayakan kecemerlangan serta memperkukuh pendidikan TVET yang berkualiti dan berdaya saing.

Semoga buletin ini terus menjadi wadah dokumentasi yang bermakna, di samping mengabadikan setiap pencapaian dan pengalaman yang menjadi sebahagian daripada perjalanan Kolej Vokasional Kerian.

Terima kasih kepada seluruh warga kolej yang sentiasa bersama dalam menggerakkan kecemerlangan.

25 - 27 SEPTEMBER 2026πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Zairos Zaimy bin Mat Jenoldin atas ke...
28/09/2026

25 - 27 SEPTEMBER 2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS! πŸ†
Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Zairos Zaimy bin Mat Jenoldin atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Slowpitch Sofbol sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP) Perak Kali Ke-53 Tahun 2026. πŸ₯‰βšΎ
Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang, disiplin, kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mengharumkan nama serta mengangkat imej Kolej Vokasional Kerian.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang sukan dan seterusnya. πŸ’ͺπŸ”₯
Tahniah En. Zairos Zaimy!

Teruskan melakar kejayaan! πŸ’™πŸ’›






KecemerlanganSukan
KVMantap
KitaJuara

25 SEPTEMBER 2026MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)antara Kolej Vokasional Kerian dan NTA Machining (M)...
26/09/2026

25 SEPTEMBER 2026

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)
antara Kolej Vokasional Kerian dan NTA Machining (M) Sdn. Bhd.

πŸ“… 25 September 2026
πŸ“ NTA Machining, Prai

Kerjasama strategik ini melibatkan program:
πŸ”Ή Pemesinan Industri
πŸ”Ή Teknologi Kimpalan
πŸ”Ή Pengurusan Perniagaan
πŸ”Ή Kesetiausahaan Pentadbiran

MoU ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan TVET dan pihak industri, khususnya dalam memperkasa kemahiran, pengalaman serta kebolehpasaran murid dan pelajar KV Kerian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada NTA Machining (M) Sdn. Bhd. atas kesudian menjalin kerjasama strategik bersama KV Kerian.

Terima kasih juga kepada seluruh warga KV Kerian atas sokongan, komitmen dan kerjasama dalam menjayakan inisiatif ini.

Bersama Memacu TVET KPM
Bersama Membina Masa Hadapan

TeknologiKimpalan PengurusanPerniagaan KesetiausahaanPentadbiran KolaborasiIndustri BersamaMemacuTVET

Address

Jalan SIAKAP
Bagan Serai
34300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
15:00 - 17:00

Telephone

+6057217084

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kerian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Vokasional Kerian:

Shortcuts

Share