Unit Teknologi Komputeran Kolej Vokasional Balik Pulau

Unit Teknologi Komputeran Kolej Vokasional Balik Pulau KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU MENAWARKAN PROGRAM TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB KEPADA PELAJAR LEPASAN TINGKATAN 3.

Tahniah dan syabas!!!Sekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Zulhaikal bin Jaini, Ketua Program Teknologi Komputeran, Kole...
23/07/2026

Tahniah dan syabas!!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ts. Zulhaikal bin Jaini, Ketua Program Teknologi Komputeran, Kolej Vokasional Balik Pulau atas penganugerahan gelaran Ts. (Teknologis Profesional) oleh Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang kepakaran, memacu inovasi serta memperkasa kecemerlangan dalam bidang teknologi dan pendidikan.

"Kepakaran diiktiraf, kecemerlangan diteruskan."

Sekalung Tahniah & Syabas!!!Warga Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi ta...
22/07/2026

Sekalung Tahniah & Syabas!!!

Warga Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Balik Pulau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 2 orang pensyarah jabatan,

En. Nasrun Naim bin Tajuddin
Cik. Ashikah Mariam binti Mohamed Sharifudeen

atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berdedikasi dan berintegriti dalam melahirkan generasi TVET yang berkualiti.

Tahniah dan selamat maju jaya!

21 Julai 2026 | Majlis Apresiasi Pendidikan PPD Barat DayaSetinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Cik Ashikah Mariam b...
21/07/2026

21 Julai 2026 | Majlis Apresiasi Pendidikan PPD Barat Daya

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Cik Ashikah Mariam binti Mohamed Sharifudeen atas penerimaan Anugerah Pensyarah Berwibawa (Anugerah Guru Berwibawa) sempena Majlis Apresiasi Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus mencurahkan bakti, memacu kecemerlangan serta mengharumkan nama Kolej Vokasional Balik Pulau.

Selamat Datang ke Unit Teknologi Komputeran, KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau Warga Unit Teknologi Komputeran dengan su...
15/04/2026

Selamat Datang ke Unit Teknologi Komputeran, KVBP Kolej Vokasional Balik Pulau

Warga Unit Teknologi Komputeran dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran pensyarah baharu, Pn. Wan Aidanuranis binti Wan Abdullah ke dalam unit ini.

Semoga kehadiran beliau dapat menyumbang idea, kepakaran dan semangat baharu dalam memperkasakan bidang Teknologi Komputeran di KV Balik Pulau.

Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang bersama kami.

Syabas dan tahniah!!! Tahniah kepada semua pensyarah SVM atas pencapaian LULUS 100% bagi subjek Vokasional Semester 2 Ko...
03/04/2026

Syabas dan tahniah!!!

Tahniah kepada semua pensyarah SVM atas pencapaian LULUS 100% bagi subjek Vokasional Semester 2 Kohort 2025

Terima kasih atas komitmen yang diberikan

Selamat menjalani latihan industri kepada semua pelajar Kohort 2024Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan di...
15/03/2026

Selamat menjalani latihan industri kepada semua pelajar Kohort 2024

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan di industri dan dapat mengumpul pengalaman dan ilmu baharu.

11/02/2026

Persediaan mereka untuk Pameran Projek Tahun Akhir pada 12 Februari 2026 di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Vokasional Balik Pulau.

2 Hadiah dipertandingkan

1. Projek Terbaik
2. Booth Terbaik

Semoga berjaya kepada semua pelajar Kohort 2024 👏

29 Januari 2026 | Bilik Seminar, KVBPLawatan Verifikasi Pentaksiran Berterusan (PB) Semester 4, Sijil Vokasional Malaysi...
29/01/2026

29 Januari 2026 | Bilik Seminar, KVBP

Lawatan Verifikasi Pentaksiran Berterusan (PB) Semester 4, Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Terima kasih diucapkan kepada pegawai En. Khairuddin bin Saperi dari Lembaga Peperiksaan Malaysia kerana sudi menyemak dan meverifikasi PB yang telah dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar.

Semoga semua pensyarah dapat meneruskan kecemerlangan dalam perlaksanaan penilaian kepada pelajar.

Tahniah pensyarah-pensyarah yang mengajar
Pn. Raja Rosmaliani binti Raja Manis
Pn. Siti Aminah binti Musa
Cik. Noor Amirah binti Ghazalli

Address

KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Balik Pulau

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6048666229

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Teknologi Komputeran Kolej Vokasional Balik Pulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share