21/07/2026
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, maka telah sempurnalah 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐮𝐬𝐚𝐛𝐚𝐪𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐝𝐫𝐚𝐬𝐚𝐡 𝐌𝐢𝐟𝐭𝐚𝐡𝐮𝐥 𝐈𝐫𝐟𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔.
Sepanjang musabaqah ini, para peserta telah menunjukkan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi dalam memartabatkan Al-Quran serta ilmu Islam melalui pelbagai kategori yang dipertandingkan, iaitu:
📍𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟓 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤
📍𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟏𝟎 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤
📍𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟏𝟓 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤
📍𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳)
📍𝐇𝐚𝐟𝐚𝐳𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐳𝐮𝐤 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐥𝐢𝐦)
📍𝐌𝐮𝐬𝐚𝐛𝐚𝐪𝐚𝐡 𝐓𝐢𝐥𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧
📍𝐌𝐮𝐬𝐚𝐛𝐚𝐪𝐚𝐡 𝐀𝐳𝐚𝐧
📍𝐌𝐮𝐬𝐚𝐛𝐚𝐪𝐚𝐡 𝐔𝐥𝐮𝐦𝐮𝐥 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 (𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐀𝐥𝐢𝐦)
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh para pemenang atas kejayaan yang telah diraih. Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan usaha dalam berkhidmat kepada agama serta berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah.
Kepada para peserta yang belum berjaya, janganlah berputus asa. Penyertaan dan usaha yang bersungguh-sungguh merupakan satu kejayaan yang sangat bernilai. Teruskan berusaha, memperbaiki diri dan jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan ucapan jazākumullāhu khairan kathīrā kepada seluruh barisan urusetia, para asatizah, para hakim, para penyumbang serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan musabaqah ini. Segala pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran kalian hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Tidak dilupakan juga kepada seluruh para pelajar yang telah memberikan komitmen, menjaga adab serta menunjukkan akhlak yang baik sepanjang berlangsungnya pertandingan. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan ilmu, keteguhan hafazan serta menjadikan kalian daripada kalangan Ahlul Quran yang mengamalkan isi kandungannya.
Akhir kalam, semoga Majlis Musabaqah Tahunan Madrasah Miftahul Irfan 2026 menjadi satu medan untuk melahirkan generasi huffaz, ulama dan duat yang berilmu, beramal dan ikhlas dalam perjuangan menegakkan agama Allah.
بارك الله فيكم، وجزاكم الله خير الجزاء.
“𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐪𝐢𝐪, 𝐓𝐚𝐫𝐛𝐢𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩, 𝐃𝐚𝐢𝐞 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐤𝐡𝐥𝐢𝐬.”