18/08/2026
PROGRAM NEXTGEN NETWORK: PEMERKASAAN KEBOLEHPASARAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BALING
Kolej Komuniti Baling telah menganjurkan Program NextGen Network: Pemerkasaan Kebolehpasaran Pelajar Kolej Komuniti Baling sebagai satu inisiatif dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran serta kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan.
Program ini menampilkan sesi Dialog Bersama Industri yang melibatkan perkongsian daripada tokoh dan penggiat industri dalam bidang fesyen dan pastri, serta sesi Career Launchpad (CLP) bersama wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Antara penceramah yang telah berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan bersama para pelajar ialah:
Encik Ku Mohd Faizul Fazlee bin Ku Osman
Pengurus, Panglobal Apparel
Bidang Fesyen
Cik Nazurah binti Ahmad Fauzi
Pengurus, Zhra Dolce Patisserie
Bidang Pastri
Chef Hilda binti Abdul Aziz
HOD Production Coordinator, Damiral’s Bakery
Bidang Pastri
Cik Aishah binti Yusof
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan,
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Career Launchpad (CLP)
Perkongsian daripada para penceramah telah memberikan pendedahan yang bermakna kepada para pelajar berkaitan realiti dunia industri, peluang kerjaya, keperluan majikan serta persediaan yang diperlukan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Semoga program ini terus menjadi platform berimpak dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, berkeyakinan dan bersedia memenuhi keperluan industri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penceramah, tetamu jemputan serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kolej Komuniti Baling — Memperkasa Pendidikan, Memacu Kebolehpasaran.