14/09/2026
PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2026
Tarikh : 13 September 2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Taman Berlian dan Masjid Al Halimi Bandar Baharu, Kedah
Penglibatan : KKBB, agensi kerajaan dan warga komuniti setempat Pekan Bandar Baharu.
Telah berlangsungnya Program Jiwa Komuniti MADANI sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Masjid Al-Halimi, Bandar Baharu, Kedah.
Program ini telah dimulakan dengan Perarakan Kemerdekaan dari Taman Berlian Indah ke Masjid Al-Halimi sejauh kira-kira 1.8KM yang melibatkan komuniti, pelajar sekolah dan penduduk setempat.
Tetamu jemputan khas ialah YDH Supt. Mohamad Sani bin Mat Ali, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu; En. Muhammad Azri Amir bin Mohd Yusof, Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu; Pn. Arisyawati binti Alaudin, Pegawai Perpaduan Kulim/Bandar Baharu; Ustaz Zulkifli bin Zainon, Imam merangkap Pengerusi Masjid Al-Halimi Bandar Baharu; serta Cikgu Mohd Azuan bin Mohd Hashim, Pengerusi KRT Pekan Bandar Baharu. Program ini turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan agensi, pemimpin masyarakat, para pelajar serta komuniti setempat.
Program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, ucapan Pegawai Perpaduan Kulim/Bandar Baharu serta ucapan perasmian oleh YDH Ketua Polis Daerah Bandar Baharu,pelancaran Pasukan SRS KRT Pekan Bandar Baharu, persembahan sajak kemerdekaan oleh murid SK Bandar Baharu, persembahan seni silat, pertandingan basikal berhias, pertunjukan memadam kebakaran oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bandar Baharu serta pertandingan pakaian kebangsaan tercantik. Selain itu, program turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah, cabutan bertuah, nyanyian lagu patriotik dan sesi bergambar.
Program yang baik ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara, di samping mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan komuniti setempat.