09/09/2026
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA DI BAWAH KLUSTER 24: EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) PUSAT TEKNOLOGI DIGITALUKM & INSTITUT ISLAM HADHARI UKM
Pusat Teknologi Digital UKM (DigitalUKM) dan Institut Islam Hadhari UKM (HADHARI) telah menganjurkan secara bersama Program Gotong-Royong Perdana pada 28 Ogos 2026. DigitalUKM dan HADHARI adalah dua PTJ yang berada di bawah Kluster 24 EKSA.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah DigitalUKM, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Hanif Md Saad dan Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, YBhg. Prof. Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek. Barisan Pengurusan DigitalUKM dan HADHARI terdiri dari Timbalan Pengarah kedua-dua PTJ, Timbalan Pendaftar DigitalUKM, Ketua Jaminan Kualiti DigitalUKM merangkap Ketua Kluster 24 EKSA, Ts. Zulaikha Mohamad, Timbalan Ketua Kluster 24 EKSA merangkap Pengerusi Jawatankuasa EKSA DigitalUKM, Puan Zetti Azian Taip turut hadir bersama.
Objektif program ini adalah bagi tujuan pengukuhan pembudayaan EKSA sebagai satu amalan berterusan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selesa, selamat dan kondusif, sekali gus menyokong usaha meningkatkan produktiviti serta kesejahteraan warga kerja. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara pihak Pengurusan PTJ dengan warga serta mengukuhkan lagi semangat kerjasama berpas**an antara warga PTJ. Semangat kebersamaan dalam menjaga dan menceriakan ruang dalaman dan persekitaran luar bangunan dapat dilihat sepanjang program berlangsung.
Pengurusan DigitalUKM dan Jawatankuasa EKSA dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga DigitalUKM dan HADHARI dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama berpas**an dan pembudayaan EKSA dalam mewujudkan serta mengekalkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selesa dan selamat akan menjadi budaya berterusan dalam kalangan warga.