Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM

Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM ditubuhkan bagi menjaga hak dan keperluan warga OKU UKM.

🌟 JOM JADI SAHABAT OKU UKM! 🌟Ada masa, ada ruang untuk kita buat sesuatu yang bermakna. 💙UPS-OKU bersama rakan-rakan str...
20/08/2026

🌟 JOM JADI SAHABAT OKU UKM! 🌟

Ada masa, ada ruang untuk kita buat sesuatu yang bermakna. 💙

UPS-OKU bersama rakan-rakan strategik sedang membuka Pencarian Sukarelawan Sahabat OKU UKM kepada mahasiswa/i tipikal yang berminat untuk bersama-sama menyokong komuniti OKU di UKM.

🤝 Apa yang anda boleh dapat?
✨ Latihan disediakan
✨ Sijil penghargaan & merit I-STAR
✨ Peluang mengasah empati dan memupuk nilai murni
✨ Pengalaman berharga melalui aktiviti kesukarelawanan komuniti OKU

Tak perlu hebat, yang penting cakna, sedia membantu dan komited. ❤️

📲 DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.

📞 Sebarang pertanyaan, hubungi:
03-8921 4693 / 4694 / 4919 / 4920

Jom sama-sama bina kampus yang lebih inklusif, mesra OKU dan tanpa halangan. 🌱

CAKNA. SOKONG. PERKASA.

Dukacita dimaklumkan Allahyarhamah Dr. Marhani binti Midin, Mantan Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubat...
10/08/2026

Dukacita dimaklumkan Allahyarhamah Dr. Marhani binti Midin, Mantan Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UKM telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 09 Ogos 2026 bersamaan 25 Safar 1448H.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan diberkati serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau daripada warga Unit Perkhidmatan Dan Sokongan OKU (UPS-OKU)

Dukacita dimaklumkan Allahyarhamah Dr. Marhani binti Midin, Mantan Profesor dan Ketua Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UKM telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 09 Ogos 2026 bersamaan 25 Safar 1448H.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarganya daripada warga Fakulti Perubatan UKM.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AL- FATIHAH

Tarikh : 7 Ogos 2026 (Jumaat)Tempat : Gerak Minda 7, Fakulti Pendidikan UKMSatu perbincangan yang sangat unik telah berl...
09/08/2026

Tarikh : 7 Ogos 2026 (Jumaat)
Tempat : Gerak Minda 7, Fakulti Pendidikan UKM

Satu perbincangan yang sangat unik telah berlangsung di Fakulti Pendidikan UKM

Perjumpaan ini menyatukan Persatuan Advokasi Pendengaran
Malaysia (Hear Me Malaysia) dengan pelajar, pensyarah yang menggunakan alat pendengaran dan penyedia perkhidmatan untuk membincangkan pemerkasaan pendidikan inklusif.

Antara pengisian yang paling menarik ialah perkongsian tentang Sistem Roger (Sistem FM) yang menggunakan teknologi 2.4 GHz. Peranti canggih ini membolehkan pelajar mendengar suara pensyarah dengan jelas dari jarak 30 hingga 50 meter, malah boleh digunakan untuk perbincangan kumpulan kecil.

Selain itu, panel turut membincangkan usaha mewujudkan Bilik Darjah Mesra Akustik bagi mengatasi masalah gema kelas yang mengganggu tumpuan pelajar.

Perbincangan ini membuka mata bahawa penyediaan teknologi ini adalah satu hak asasi, setaraf dengan pembinaan tanjakan kerusi roda dan tandas OKU, dan bukannya sekadar "ihsan" semata-mata. Dengan sokongan ini, lebih ramai OKU pendengaran mampu melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD.

📢 *JOM SERTAI HARI EKSPRESI PUISI OKU 2026!* 🎤📖Adakah anda *pelajar OKU sekolah atau universiti* yang meminati puisi? Se...
09/08/2026

📢 *JOM SERTAI HARI EKSPRESI PUISI OKU 2026!* 🎤📖

Adakah anda *pelajar OKU sekolah atau universiti* yang meminati puisi? Sertai program ini dan tonjolkan bakat anda dalam suasana yang inklusif dan penuh inspirasi.

📅 *12 November 2026 (Khamis)*
🕘 *9.00 pagi – 5.00 petang*
📍 *Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur*
💻 *Hybrid (Fizikal & Dalam Talian)*

✨ *Keistimewaan peserta:*
✅ Bengkel Persediaan Puisi bersama jurulatih bertauliah
✅ Saguhati menarik untuk semua peserta

⏳ *Tarikh tutup pendaftaran:* *15 September 2026*

📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Mohon bantuan semua untuk *kongsikan hebahan ini* kepada pelajar OKU, sekolah, universiti, persatuan dan rakan-rakan yang berminat.

*Jumpa anda di Hari Ekspresi Puisi OKU 2026!

09/08/2026

✨UCAPAN TAHNIAH✨

Tahniah diucapkan kepada Siti Aminah Kamaludin, pelajar siswazah di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Rafidah Mazlan atas kejayaan memenangi Silver Award untuk projek yang bertajuk DENGARTRACK: A Digital Workflow Innovation to Reduce Loss-to-Follow-Up in Universal Newborn Hearing Screening (UNHS) di International Allied Health Conference on Innovation & Excellence 2026 (i-Achieve 2026).

Syabas atas pencapaian yang membanggakan ini!

09/08/2026

✨ UCAPAN TAHNIAH ✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Azzuan Ahmad atas kejayaan menerbitkan artikel bertajuk Effects of Mulligan Sustained Natural Apophyseal Glide Mobilizations on Pain, Mobility, and Lumbar-Related Disability in Chronic Non-Specific Low Back Pain: A Systematic Review and Meta-Analysis dalam jurnal Medicine (WoS/Scopus/ERA Q2 : IF 1.4) bagi tahun 2026.

Tahniah kami ucapkan!

09/08/2026

✨ UCAPAN TAHNIAH ✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Hanif Farhan Mohd Rasdi atas kejayaan menerbitkan artikel bertajuk Exploring Occupational Therapists’ Sleep Intervention Approaches and Perspectives for Children with Autism Spectrum Disorder: A Malaysian Qualitative Study dalam jurnal Occupational Therapy International (WoS/Scopus/ERA Q4 : IF 0.9) bagi tahun 2026.

Tahniah kami ucapkan!

09/08/2026

✨ UCAPAN TAHNIAH ✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Cila Umat atas kejayaan menerbitkan artikel bertajuk Enhancing Learning for Deaf and Hard-of-Hearing Students in Malaysia: Teachers' Implementation of Accommodations and Modifications dalam jurnal Child: Care, Health and Development (WoS/Scopus/ERA Q2 : IF 2) bagi tahun 2026.

Tahniah kami ucapkan!

09/08/2026

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389214693

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Perkhidmatan & Sokongan OKU UKM:

Shortcuts

Share