10/06/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perhatian kepada semua pelajar KPTM Bangi,
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Rapid KL On-Demand boleh digunakan sebagai salah satu pilihan pengangkutan bagi memudahkan perjalanan pelajar ke destinasi yang berada dalam kawasan liputan perkhidmatan tersebut.
π Cara Menempah Rapid KL On-Demand
Muat turun aplikasi Rapid On-Demand melalui App Store atau Google Play.
Buat tempahan melalui aplikasi.
Pilih lokasi naik dan turun.
Sahkan tempahan anda.
Tunggu di lokasi yang ditetapkan.
Bayar tambang melalui kaedah pembayaran yang disediakan.
π Sila rujuk poster yang dilampirkan untuk panduan lengkap penggunaan perkhidmatan ini.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu pelajar mendapatkan alternatif pengangkutan yang lebih mudah dan selesa.
Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Pelajar
KPTM Bangi