Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

Kolej Ibrahim Yaakub, UKM Page ini adalah page rasmi Kolej Ibrahim Yaakub, bertujuan untuk menyalurkan segala informasi kepada

09/04/2024

[TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Aidilfitri Highlanders

Takbir Raya merupakan cara untuk kita mengagungkan dan membesarkan Allah SWT sebagai tanda kesyukuran kepadanya setelah berjaya menunaikan ibadah berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan.

Oleh itu, melaungkan takbir raya dengan lantang adalah sunnah untuk mengekspresikan kegembiraan dan syiar Islam. Sunnah ini disyariatkan pada Hari Raya dan Hari Tasyriq sahaja.

Takbir ini boleh dimulakan pada malam Hari Raya Aidilfitri, iaitu selepas matahari terbenam pada 1 Syawal (masuk waktu Maghrib), hingga Takbiratul Ihram untuk Solat Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya 🌙🕌
Maaf zahir dan batin. ✨

Ikhlas daripada,
Warga Kolej Ibrahim Yaakub.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA DAN PENGENALAN IKON SUKAN KOLEJ IBRAHIM YAAKUB 🏆Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Highlanders! ...
01/11/2023

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA DAN PENGENALAN IKON SUKAN KOLEJ IBRAHIM YAAKUB 🏆

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Highlanders! 🌟

Eksekutif Sukan dan Rekreasi, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), dan Pihak Pengurusan Kolej dengan gembira ingin menjemput anda semua ke Majlis Penyerahan Bendera dan Pengenalan Ikon Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2023 Kolej Ibrahim Yaakub. Majlis yang dinanti-nantikan ini adalah simbol keunggulan dan semangat sukan dalam kalangan Kerabat Highlanders! 💪🔥

Dalam majlis yang mulia ini, kami turut berbesar hati untuk mengumumkan tetamu jemputan khas kami, Mohd Azlan Bin Abdul Mubin, seorang bekas pemain Sepaktakraw kebangsaan yang kini terkenal sebagai Komentator Sukan. Beliau akan berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada para pelajar dalam dunia sukan dan kecemerlangan.

Tarikh : 2 November 2023
Hari : Khamis
Masa : 8:30 malam
Tempat : Bilik Kinabalu, Kolej Ibrahim Yaakub

Jom sertai kami dalam satu malam yang penuh semangat, kegembiraan, dan inspirasi. Mari bersama-sama menyaksikan perasmian bendera Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) 2023 serta mengenali Ikon Sukan Kolej Ibrahim Yaakub yang bakal memimpin Kerabat Highlanders ke arah kecemerlangan yang tidak terbatas!

SEKIAN, TERIMA KASIH!

*Kerabat Highlanders: Keunggulan di Setiap Langkah.* 💫🏹

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2023/2024
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ISU SERANGAN HAIWAN LIAR DI KAWASAN BLOK DAN FLATLET]Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,Eksekutif Kebajikan dan ...
30/10/2023

[ISU SERANGAN HAIWAN LIAR DI KAWASAN BLOK DAN FLATLET]

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Eksekutif Kebajikan dan Keselamatan MEP Kolej Ibrahim Yaakub telah mengajukan isu masalah anjing liar di blok kediaman pelajar kepada Pihak Pengurusan Kolej Ibrahim Yaakub bagi tindakan selanjutnya.

Dengan ini, disertakan kenyataan media berkenaan isu tersebut.

Sekian, terima kasih.

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2023/2023
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

*MINGGU TEMUDUGA SEKRETARIAT MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKUB SESI 2023/2024* 🌟Assalamualaikum w.b.t. dan S...
30/10/2023

*MINGGU TEMUDUGA SEKRETARIAT MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKUB SESI 2023/2024* 🌟

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Highlanders!

Kami dengan sukacitanya ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah mengikuti proses temuduga bagi jawatan di Sekretariat Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub, sesi 2023/2024. Kepada anda yang telah meletakkan usaha dan kecekalan dalam menjalani temuduga, kami menghulurkan penghargaan yang tak terhingga.

Kepada calon-calon terpilih, tahniah sekali lagi! Kami berharap anda dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam menjayakan misi dan visi Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibrahim Yaakub bagi sesi 2023/2024 ini. Bersama-sama, mari kita kekalkan semangat kekeluargaan dan kecemerlangan di Kolej Ibrahim Yaakub.

"TAKKAN SESEKALI BERUNDUR" 👊🫵

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2023/2024
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Address

Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Ibrahim Yaakub, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Ibrahim Yaakub, UKM:

Share