Pusat Pengurusan Akademik UKM

Call Directions Website Contact the university

Pusat Pengurusan Akademik UKM Pusat Pengurusan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia (AKADEMIK UKM) Urusan operasi yang dilakukan di bawah pusat ini ialah:

a. Kemasukan pelajar
b. Senate

Pusat Pengurusan Akademik atau dikenali sebagai Akademik UKM, dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Akademik merupakan satu bahagian di bawah Jabatan Pendaftar UKM yang menguruskan pengambilan, pendaftaran, peperiksaan dan pengijazahan pelajar peringkat prasiswazah. Mulai 1 Mei 2014, Pusat Pengurusan Akademik telah distruktur semula dengan menggabungkan urusan pengoperasian akademik prasiswazah dan siswazah. Penstrukturan tadbir urus ini adalah bersesuaian dengan enam (6) bidang Keberhasilan Utama UKM. Pendaftaran dan penjadualan
c. Peperiksaan dan pengijazahan
d. Pengurusan data dan rekod pelajar
e. Urusan Senat
__________________________________________________

The Centre for Academic Management or also known as Academic UKM, is the department in charge of the admission, registration, examination and graduation for undergraduate students. Commencing 1st May 2014, the responsibility of Academic UKM has been broaden and now handles the operations of both undergraduate and postgraduate studies. The governance restructuring is in line with the six (6) UKM’s Key Result Area. Operation activities done by Academic UKM are:

a. Student admission
b. Registration and lecture timetabling
c. Examination and graduation
d. Management of student data and records
e.

Selamat Menyambut Hari Malaysia.Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia....
15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah kepada Encik Basir Bahir atas kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir N14 berkuat kuasa pada 8 September 2026...
15/09/2026

Tahniah kepada Encik Basir Bahir atas kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir N14 berkuat kuasa pada 8 September 2026.

Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69!Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebang...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69!

Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah kepada Prof. Dr. Mohd Helmy Mokhtar atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Khas C (VK7) berkuat kuasa pada 13...
27/08/2026

Tahniah kepada Prof. Dr. Mohd Helmy Mokhtar atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Khas C (VK7) berkuat kuasa pada 13 Ogos 2026.

Ikhlas daripada Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warga AKADEMIK UKM mengucapkan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.
24/08/2026

Warga AKADEMIK UKM mengucapkan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H.

[HEBAHAN KEPUTUSAN UPUOnline® LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027]PERHATIAN!Bagi calon Lepasan STPM/Setara...
14/08/2026

[HEBAHAN KEPUTUSAN UPUOnline® LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027]

PERHATIAN!

Bagi calon Lepasan STPM/Setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline® boleh membuat semakan keputusan mulai 14 Ogos 2026 (Jumaat) jam 12.00 Tengah Hari .

Calon boleh membuat semakan melalui :
1. http://upu.mohe.gov.my
2. ⁠Aplikasi UPUPocket
3. ⁠Aplikasi MyGOV

📌Penting untuk calon berjaya:
- Semakan Surat Tawaran : 17 Ogos 2026 (Isnin)
- ⁠Klik Setuju Terima : 17 hingga 23 Ogos 2026

Sila baca dengan teliti Surat Tawaran dan Buku Panduan Pendaftaran Pelajar sebelum membuat pengesahan penerimaan tawaran .

Tahniah kepada semua calon yang berjaya!

Semoga Berjaya! ✨

[NOTIS PENGUMUMAN AKADEMIK UKM]Dimaklumkan bahawa semua barang yang dirampas kerana melanggar Peraturan Peperiksaan hany...
27/07/2026

[NOTIS PENGUMUMAN AKADEMIK UKM]

Dimaklumkan bahawa semua barang yang dirampas kerana melanggar Peraturan Peperiksaan hanya akan dipulangkan selepas keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dikeluarkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dijadualkan pada awal Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027.

Harap maklum.

_______________________

[ACADEMIC UKM ANNOUNCEMENT NOTICE]

Please be informed that all items confiscated for violating the Examination Regulations will only be returned after the decision of the Student Disciplinary Committee has been issued.

The Student Disciplinary Committee meeting is scheduled to be held at the beginning of Semester 1, Academic Session 2026/2027.

Thank you.

Postgraduate Students, Don’t Miss This!The Centre for Academic Management is pleased to invite you to:Postgraduate Webin...
23/07/2026

Postgraduate Students, Don’t Miss This!
The Centre for Academic Management is pleased to invite you to:

Postgraduate Webinar 2/2026: Class 2- Chapter 1 Introduction, Background, to Problem Statement Design with Funnel Approach
This session will primarily address the following (Objectives of the Seminar):

✅ What are High Impact Journals and which AI tool can help?
✅ Scopus and WoS SEARCHING Techniques
✅ Criteria for a High Impact Paper Writing.
✅ Potential Extraction of Journals from a Thesis.
✅ Why Rejection Happens?
✅ WRITING COVER LETTER with FREE SAMPLE

If you’re serious about accelerating your academic success, this is a session you cannot afford to miss.

🗓 25 May 2026 (Monday)
⏰ 10.00 a.m. – 12.00 p.m.
(Zoom link accessible from 9.45 a.m.)
💻 Platform: Online (Zoom)
🔗 Register now: https://bit.ly/PW2-2026
For further enquiries, please email:
📩 [email protected]

See you there! Let’s publish smarter and aim higher.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2026/2027Sempena musim peperiksaan semester yang sedang berlangsung,...
14/07/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2026/2027

Sempena musim peperiksaan semester yang sedang berlangsung, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikasihi. Semoga semua mahasiswa dapat menghadapi peperiksaan ini dengan penuh ketenangan, fokus dan keyakinan setelah bertungkus-lumus menuntut ilmu sepanjang semester ini.

Diharapkan juga semua mahasiswa sentiasa menjaga kesihatan diri serta mengekalkan tahap integriti yang tinggi sepanjang tempoh peperiksaan. Semoga segala usaha dan pengorbanan diberkati serta membuahkan keputusan yang cemerlang.

Selamat maju jaya.

Ikhlas daripada
PROF. DATO’ DR. FARIZA MD SHAM FASc
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa)
Universiti Kebangsaan Malaysia





🎉 TAHNIAH WAKIL UKM DI PERTANDINGAN 2026 THREE MINUTE THESIS (3MT) PERINGKAT KEBANGSAAN 🎉Setinggi-tinggi tahniah diucapk...
09/07/2026

🎉 TAHNIAH WAKIL UKM DI PERTANDINGAN 2026 THREE MINUTE THESIS (3MT) PERINGKAT KEBANGSAAN 🎉

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada empat orang peserta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah mewakili universiti dalam Pertandingan 2026 Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 8 Julai 2026.

UKM sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila dua orang wakil berjaya muncul sebagai pemenang. Nur Nabilah Binti Zulkifly dari Fakulti Pergigian telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Sains, Kejuruteraan & Teknologi, manakala Nur Asyiqin Binti Zohkarnain dari Fakulti Pengajian Islam berjaya meraih Tempat Ketiga bagi kategori Sains Sosial.

Lebih membanggakan, kejayaan sebagai johan melayakkan Nur Nabilah Binti Zulkifly mewakili Malaysia dan UKM ke 2026 Asia-Pacific 3MT Competition yang akan berlangsung di The University of Queensland (UQ), Australia. Semoga beliau terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Malaysia dan UKM di pentas antarabangsa.

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, usaha gigih dan komitmen tinggi para peserta, disokong oleh bimbingan berterusan daripada para jurulatih. Pusat Pengurusan Akademik, UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Ashinida Aladdin (FSSK) dan Prof. Madya Dr. Wahiza Wahi (CITRA UKM) atas komitmen, bimbingan dan pengorbanan dalam membimbing para peserta sehingga berjaya mengharumkan nama UKM di peringkat kebangsaan.

Turut hadir, Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Mokhtar, Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah & Promosi), Pusat Pengurusan Akademik, UKM bersama beberapa ahli pasukan bagi memberikan sokongan kepada wakil UKM.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar siswazah UKM untuk terus cemerlang dalam penyelidikan serta memperkasa kemahiran komunikasi penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama UKM! 💚💛

Address

Pusat Pengurusan Akademik (AKADEMIK UKM)
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:30 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:30 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:30 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15

Telephone

+60389118455

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Akademik UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengurusan Akademik UKM:

Shortcuts

Share