Institute of Climate Change, UKM

Directions Website Contact the university

Institute of Climate Change, UKM Institut Perubahan Iklim (IPI UKM)

SELAMAT DATANG KE INSTITUT PERUBAHAN IKLIM, UKMInstitut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan suk...
25/09/2026

SELAMAT DATANG KE INSTITUT PERUBAHAN IKLIM, UKM

Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan kunjungan delegasi daripada Ho Chi Minh National Academy of Politics (HCMA), Viet Nam ke IPI pada 24 September 2026.

Lawatan ini menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan, di samping membuka ruang untuk memperkukuh hubungan serta meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

IPI amat menghargai kunjungan delegasi HCMA dan berharap pertemuan ini dapat menjadi pemangkin kepada jaringan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan. 🌏🤝

Selamat datang ke UKM dan Malaysia!

TAHNIAH ATAS PENERIMAAN DANA LUAR (KEBANGSAAN)!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. ChM. Gs. Dr. Zulfaqar Sa'adi...
25/09/2026

TAHNIAH ATAS PENERIMAAN DANA LUAR (KEBANGSAAN)!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. ChM. Gs. Dr. Zulfaqar Sa'adi, Felo Penyelidik, Institut Perubahan Iklim (IPI), UKM atas kejayaan memperoleh Dana Luar (Kebangsaan) berjumlah RM30,000 daripada All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG).

Dana ini diperoleh bagi pelaksanaan projek penyelidikan bertajuk “Sungai Sijangkang Community Climate Resilience and River Health Initiative” bagi tempoh 1 September hingga 31 Disember 2026.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan warga IPI dalam memperkasa penyelidikan berimpak yang memberi tumpuan kepada daya tahan komuniti terhadap perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan kesihatan sungai. 🌱🌊
Semoga projek ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti setempat serta menyumbang kepada usaha memperkukuh tindakan iklim dan pembangunan mampan.

Syabas dan tahniah! 👏

Institute of Climate Change (IPI), UKM was honored to participate in the International Scientific and Practical Conferen...
25/09/2026

Institute of Climate Change (IPI), UKM was honored to participate in the International Scientific and Practical Conference: “Ways to Mitigate the Impact of Climate Change on Natural Resources in Central Asia for SDGs.” 🇲🇾🇺🇿🌍

The IPI UKM delegation led by Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah, Deputy Director of IPI, together with Ts. Dr. Noorashikin Md Noor and Ts. Dr. Siti Norliyana Harun, Research Fellows of IPI have been invited to present and share insights on topics related to climate change.

Topics presented at the conference:

1) Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah
Title: Driving Climate Resilience: The Institute’s Vision for a Sustainable Future

2) Dr. Noorashikin Md Noor
Title: From Climate Risk to Resource Resilience: Rethinking Fisheries and Aquaculture for Sustainable Development

3) Dr. Siti Norliyana Harun
Title: Strengthening Sustainable Urban Resource Management through Social Life Cycle Assessment: Lessons from Malaysia

The conference provided an important platform for the delegation to share expertise and perspectives on climate change mitigation, climate resilience, and sustainable development, while strengthening international academic and research networks.

The engagement was further enriched by a collaboration meeting with Prof. Dr. Tony Zou, Vice Rector of Green University, Uzbekistan to strengthen academic and research collaboration between IPI UKM and Green University, particularly in the areas of climate change, sustainability, and natural resource management. Both institutions expressed their commitment to fostering cross-regional expertise and partnerships towards climate-resilient and sustainable future

TAHNIAH ATAS PENGIKTIRAFAN TOP 2% SCIENTISTS 2025! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga ahli akademik Institut ...
24/09/2026

TAHNIAH ATAS PENGIKTIRAFAN TOP 2% SCIENTISTS 2025!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga ahli akademik Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas kejayaan tersenarai dalam Top 2% Scientists 2025 oleh Elsevier:

🔹 Prof. Dr. Mohd Talib Latif
Pengarah, Institut Perubahan Iklim

🔹 Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah
Timbalan Pengarah, Institut Perubahan Iklim

🔹 Prof. Madya Dr. Mohammad Rashed Iqbal Faruque
Felo Penyelidik, Institut Perubahan Iklim

Pengiktirafan ini mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan para penyelidik IPI dalam menghasilkan penyelidikan berimpak serta memperkukuh keterlihatan penyelidikan UKM di peringkat antarabangsa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga IPI untuk terus memperkasakan budaya penyelidikan dan kecemerlangan akademik. 🌍✨

Syabas dan tahniah!

RANGKUMAN SIRI SEMINAR IPI 2/2026Siri Seminar IPI 2/2026 telah selamat dijalankan secara hibrid di Bilik Seminar IPI dan...
17/09/2026

RANGKUMAN SIRI SEMINAR IPI 2/2026

Siri Seminar IPI 2/2026 telah selamat dijalankan secara hibrid di Bilik Seminar IPI dan Facebook Live pada 17 September 2026.

Di dalam sesi ini, pelbagai perkongsian ilmu yang amat bermanfaat telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Dato’ LSr Dr. Azhari bin Mohamed.

Antara pengisian utama seminar termasuklah:
- Kepentingan penentuan arah kiblat yang tepat dalam ibadah seharian.
- Evolusi kaedah penentuan arah kiblat daripada penggunaan tradisi hingga teknologi terkini.
- Perkaitan rapat sains angkasa dan astronomi dalam membantu menentukan arah Kiblat dari bumi hingga ruang angkasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir secara fizikal mahupun yang mengikuti secara dalam talian. Semoga ilmu yang dikongsi memberikan manfaat buat kita semua!

17/09/2026

Siri Seminar IPI 2/2026

Mencari Kaabah dari Bintang ke Satelit:
Sains Angkasa di Sebalik Penentuan Kiblat

Penceramah : Dato' LSr Dr. Azhari Bin Mohamed

Selamat Hari Malaysia 2026! Marilah kita terus menghargai kepelbagaian dan keharmonian, bersama-sama melangkah ke arah m...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026!

Marilah kita terus menghargai kepelbagaian dan keharmonian, bersama-sama melangkah ke arah masa depan Malaysia yang lebih mampan dan sejahtera.

Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan terus mekar di kalangan rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia!

Congratulations to Winona Traoré from Muséum National d’Histoire Naturelle, Paris, France on being selected for the Inte...
14/09/2026

Congratulations to Winona Traoré from Muséum National d’Histoire Naturelle, Paris, France on being selected for the International Inbound Mobility Program at the Institute of Climate Change (IPI), UKM.

Duration: 7 September – 27 November 2026
Project Title: Assessment of Public Awareness, Acceptance and Attitudes Towards a Low-Carbon Economy
Supervisor: Prof. Dr. Marlia Mohd Hanafiah

Welcome to IPI, UKM! 🇲🇾
Wishing you a great and meaningful experience with us!

11/09/2026

Address

Institut Perubahan Iklim
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institute of Climate Change, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institute of Climate Change, UKM:

Shortcuts

Share