Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM

Directions Website Contact the university

Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM ATMA menawarkan program pengajian pascasiswazah:Sarjana Persuratan & PhD dalam bidang Bahasa, Falsafah, Arkeologi dan Sains & Teknologi Alam Melayu

Sempena penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), dengan ker...
28/09/2026

Sempena penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2026, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), dengan kerjasama Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Webinar Kesihatan Mental yang mengetengahkan isu kesejahteraan mental dalam kalangan penjawat awam, khususnya dalam menghadapi cabaran dan tuntutan kehidupan bekerja.

Webinar bertajuk β€œKesejahteraan Mental Penjawat Awam: Survival 5 Hari Seminggu” ini akan menampilkan:

Prof. Dr. SuzaΒ­ily Wahab
– Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kesejahteraan mental, pengurusan tekanan serta keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, di samping menyediakan ruang perkongsian ilmu dan kesedaran berkaitan kesihatan mental di tempat kerja.

πŸ“… 29 September 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ’» Platform: Zoom, Pautan: https://ukm-edu-my.zoom.us/j/96281939648

Ayuh bersama-sama membina budaya kerja yang lebih sihat, sejahtera dan prihatin terhadap kesejahteraan mental.

π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž π‘»π’‚π’Œπ’›π’Šπ’‚π’‰β€ŽΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia...
28/09/2026

π‘Ίπ’‚π’π’‚π’Ž π‘»π’‚π’Œπ’›π’Šπ’‚π’‰

β€ŽΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ لِلّهِ وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ω€Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩˆΩ†

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman... AlFatihah

β€Ž. بِسْمِ Ω±Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…
β€ŽΩ±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ¨ΩΩ‘ Ω±Ω„Ω’ΨΉΩŽΩ€Ω„ΩŽΩ…ΩΩŠΩ†Ϋž Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ€Ω†Ω Ω±Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ϋž Ω…ΩŽΩ€Ω„ΩΩƒΩ ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ω±Ω„Ψ―ΩΩ‘ΩŠΩ†ΫžΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩΨ―Ω وَΨ₯ΩΩŠΩŽΩ‘Ψ§ΩƒΩŽ Ω†ΩŽΨ³Ω’ΨͺΩŽΨΉΩΩŠΩ†ΩΫž Ω±Ω‡Ω’Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ψ΅ΩΩ‘Ψ±ΩŽΨ·ΩŽ ٱلْمُسْΨͺΩŽΩ‚ΩΩŠΩ…ΩŽΫžΨ΅ΩΨ±ΩŽΨ·ΩŽ Ω±Ω„ΩŽΩ‘Ψ°ΩΩŠΩ†ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’ΨΉΩŽΩ…Ω’Ψͺَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’Ϋž ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±Ω Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΨΊΩ’ΨΆΩΩˆΨ¨Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡ΩΩ…Ω’ ΩˆΩŽΩ„Ψ§ΩŽ Ω±Ω„ΨΆΩŽΩ‘Ψ§Ϋ€Ω„ΩΩ‘ΩŠΩ†ΩŽΫžΨ§Ω…ΩŠΩ†

Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun. Dr. Siti Hasmah Hj. Mohamad Ali.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga ATMA, UKM.

[Sorotan Aktiviti]Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri ATMAInstitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Ke...
25/09/2026

[Sorotan Aktiviti]

Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri ATMA

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri pada 25 September 2026 (Jumaat) sebagai tanda penghargaan atas komitmen, sumbangan dan kerjasama para pelajar sepanjang menjalani latihan industri di ATMA.

Majlis pada kali ini melibatkan empat orang pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, iaitu Damia Wirda Yasmin Mat Zaini, Nurin Zayani Abdul Halim, Nishya Syaidatina Nazarudin dan Irdina Nur Yasmin Mohd Mahyuddin.

ATMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen serta sumbangan yang telah diberikan. Semoga pengalaman sepanjang menjalani latihan industri di ATMA menjadi kenangan bermakna dan memberikan manfaat dalam perjalanan akademik serta kerjaya pada masa hadapan.
Selamat maju jaya!

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah...
24/09/2026

π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nor Faiz Muhammad Noor, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA, atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Inovasi) dan Kertas Kerja Terbaik menerusi penyertaan dalam International Innovation and Action Research Competition 2026 pada 23 September 2026.

Kejayaan tersebut diraih menerusi inovasi bertajuk: β€œTAFSIR AI: A Source-Grounded Multilingual Voice Kiosk for Museum Heritage Interpretation”

ATMA berbangga atas pencapaian ini yang menyerlahkan potensi penyelidikan siswazah dalam menghasilkan inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong interpretasi, pemeliharaan dan penyampaian warisan kepada masyarakat.

Tahniah juga kepada penyelia, Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley dan Prof. Dr. Nor Zalina Harun atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang serta menyumbang kepada pengembangan ilmu dan inovasi dalam bidang warisan dan tamadun Melayu.

23/09/2026
[Sorotan Aktiviti]π—£π—”π— π—˜π—₯𝗔𝗑 π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š, π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯Shah Alam, 22–24 September 2026 β€” Institut Alam da...
23/09/2026

[Sorotan Aktiviti]

π—£π—”π— π—˜π—₯𝗔𝗑 π— π—”π—¦π—π—œπ—— π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ π——π—œπ—₯𝗔𝗝𝗔 π—žπ—Ÿπ—”π—‘π—š, π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯

Shah Alam, 22–24 September 2026 β€” Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyertai Simposium Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Warisan 2026 yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

Menerusi pameran Masjid Warisan Bandar Diraja Klang, Selangor, ATMA UKM mengetengahkan usaha pemeliharaan serta pemuliharaan masjid warisan melalui pendekatan teknologi digital. Pameran ini diketuai oleh GS. Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley dengan menampilkan inovasi Model 3D, Augmented Reality (AR) serta lawatan maya 360Β° sebagai medium pendigitalan dan pemasyhuran warisan seni bina masjid kepada masyarakat.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu mendokumentasikan khazanah seni bina warisan, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali, meneroka dan menghayati nilai sejarah serta warisan masjid melalui pengalaman digital yang lebih interaktif dan mudah diakses.

Reruai pameran ATMA UKM dan JAIS turut menerima kunjungan KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, yang berkesempatan meninjau hasil pameran dan penerapan teknologi digital dalam usaha pemeliharaan bangunan warisan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan ATMA UKM dalam memperkukuh penyelidikan, dokumentasi dan pemasyhuran warisan Alam Melayu menerusi sinergi antara ilmu, teknologi dan kelestarian warisan.

Warisan dipelihara, teknologi dimanfaatkan dan khazanah diperkenalkan kepada generasi masa hadapan.

21/09/2026

Video dokumentari pendek ini memaparkan perkongsian dan pandangan d...

18/09/2026
[Sorotan Aktiviti]Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri ATMAInstitut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Ke...
18/09/2026

[Sorotan Aktiviti]

Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri ATMA

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri pada 18 September 2026 (Jumaat) sebagai tanda penghargaan atas komitmen, sumbangan dan kerjasama para pelajar sepanjang menjalani latihan industri di ATMA.

Majlis pada kali ini melibatkan empat orang pelajar daripada Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM, iaitu Nur Alia Maisarah Shapiee, Aiman Hakimie Mohd Hairi, Wei Hui Chen dan Nur Hidayah Jamaludin.

ATMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen serta sumbangan yang telah diberikan. Semoga pengalaman sepanjang menjalani latihan industri di ATMA menjadi kenangan bermakna dan memberikan manfaat dalam perjalanan akademik serta kerjaya pada masa hadapan.

Selamat maju jaya!

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM:

Shortcuts

Share