Pusat Pembangunan Karier UKM

Directions Website Contact the university

Pusat Pembangunan Karier UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pembangunan Karier UKM, College & University, 43000 Bandar Baru, Bangi.

UKM-Karier menyediakan perkhidmatan sokongan pembangunan kerjaya holistik kepada pelajar dan graduan UKM agar lebih bersedia memasuki pasaran kerja serta mampu bersaing di peringkat global. Penubuhan pusat ini adalah sejajar dengan enam bidang keberhasilan utama UKM terutamanya Bidang Keberhasilan Pertama, iaitu Graduan Beridentiti Nasional, Berkompeten dan Berdaya Saing Inovasi

πŸ“’ PERMOHONAN MySISWA @ JOB ON CAMPUS (JoC) UKM FASA 2 KINI DIBUKA! πŸš€πŸŽ“ Peluang untuk pelajar UKM (warganegara Malaysia! πŸ‡²...
15/10/2026

πŸ“’ PERMOHONAN MySISWA @ JOB ON CAMPUS (JoC) UKM FASA 2 KINI DIBUKA! πŸš€

πŸŽ“ Peluang untuk pelajar UKM (warganegara Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ) menjana pendapatan sambil menimba pengalaman kerja!

Permohonan MySISWA @ Job On Campus (JoC) Fasa 2 kini dibuka. Jangan lepaskan peluang ini! ✨

πŸ’° Kadar Bayaran: RM6 sejam
⏰ Tempoh Bekerja: 20 jam seminggu (Dalam Semester)

πŸ“Œ Syarat Kelayakan:
βœ… Warganegara Malaysia.
βœ… Pelajar aktif UKM di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau PhD.
βœ… PNGS minimum 2.50 bagi pelajar prasiswazah.
βœ… Telah menamatkan satu (1) semester pengajian.

🌟 Jom rebut peluang ini! Jana pendapatan, tambah pengalaman kerja dan tingkatkan kemahiran anda sepanjang tempoh pengajian di UKM.

πŸ”— Mohon sekarang: https://joc.mohe.gov.my/

πŸŽ‰ Ucapan Tahniah & SyabasTahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Ja’afar atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang Univers...
09/10/2026

πŸŽ‰ Ucapan Tahniah & Syabas

Tahniah YBhg. Datuk Dr. Sabirin Ja’afar atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Begitu juga setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Norini Mohamad atas pelantikan sebagai Bendahari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 2 Januari 2026.

CONGRATULATIONS, GRADUATES OF 2026!!!Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) extends its heartfelt congratulations on your ...
09/10/2026

CONGRATULATIONS, GRADUATES OF 2026!!!

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) extends its heartfelt congratulations on your achievement as a graduate.

To ensure that more initiatives can be developed by the Ministry of Higher Education and the University, you are required to complete a survey through the Graduate Tracer Study System (SKPG), which will be accessible from 21 October 2026 via the following link: https://graduan.mohe.gov.my/skpg26/.

Please be informed that UKM-Karier will be conducting an online briefing on the completion of SKPG 2026 to provide further guidance on the procedures for completing the survey. The details of the briefing are as follows:

Date: 23 October 2026 (Friday)
Time: 10:00 AM
Link: Google Meet (https://meet.google.com/cwu-vomn-vam)

The survey must be completed before collecting your convocation robe. Failure to do so may delay the process of collecting your convocation robe.

For further information regarding this study, please contact the Career Development Centre at [email protected].

Please note that UKM graduates’ names are uploaded to the Ministry of Higher Education (MOHE) system in batches. If you are unable to access the system, please try again one day before your scheduled convocation robe collection date.

Thank you for your cooperation.

UKM-Karier
Universiti Kebangsaan Malaysia

TAHNIAH GRADUAN 2026!!!Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda bergelar graduan.B...
09/10/2026

TAHNIAH GRADUAN 2026!!!

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda bergelar graduan.
Bagi memastikan lebih banyak inisiatif dirangka oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Universiti, anda diminta menjawab soal selidik melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang boleh diakses mulai 21 Oktober 2026 melalui pautan ini https://graduan.mohe.gov.my/skpg26/.

Untuk makluman, UKM-Karier akan menganjurkan Taklimat Pengisian SKPG 2026 secara atas talian bagi memberikan penerangan lanjut berkaitan tatacara pengisian SKPG. Maklumat taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 10 pagi
Pautan : Google Meet (https://meet.google.com/cwu-vomn-vam)

Soal selidik ini perlu dijawab sebelum mengambil jubah konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian akan melambatkan proses pihak tuan/puan untuk mengambil jubah konvokesyen.

Maklumat lanjut mengenai kajian ini, anda boleh menghubungi Pusat Pembangunan Karier ([email protected]).

Sila ambil perhatian bahawa nama graduan UKM dimuat naik mengikut kelompok ke dalam sistem KPT. Sekiranya belum dapat akses ke sistem, mohon untuk cuba semula sehari sebelum hari mengambil jubah.

Sekian, terima kasih.

πŸš› MITSUI-SOKO (Malaysia) Sdn. Bhd. – Logistics & Supply Chain InternshipMITSUI-SOKO, syarikat multinasional terkemuka da...
09/10/2026

πŸš› MITSUI-SOKO (Malaysia) Sdn. Bhd. – Logistics & Supply Chain Internship

MITSUI-SOKO, syarikat multinasional terkemuka dalam industri warehouse, logistics & freight forwarding, kini membuka peluang latihan industri untuk pelajar UKM!

πŸ“Œ Bidang Penempatan

HR & Administration

Accounts

Customer Service

NVOCC (Air/Sea Freight)

Forwarding

Records Management

Warehouse

Transport

IT

πŸ’‘ Kelebihan Internship

Hands-on experience dalam operasi logistik & supply chain

Pendedahan kepada Warehouse Management Systems (WMS)

Pengurusan inventori, dokumentasi & customs declaration

Bimbingan dalam workplace safety & quality management

Elaun bulanan disediakan

πŸ“ Lokasi: Bandar Sultan Suleiman, Port Klang, Selangor
⏳ Tempoh: 3–6 bulan (mengikut keperluan universiti)
πŸ—“οΈ Intake: Dibuka sepanjang tahun (bergantung pada kekosongan)

πŸ‘‰ Terbuka kepada pelajar bidang: Logistics & Supply Chain, Warehouse Management, Business Administration, Records/Information Management, Operations Management & disiplin berkaitan.

Sertai MITSUI-SOKO dan bina pengalaman industri sebenar dalam dunia logistik global! 🌍

πŸŽ“ MAHASISWA UKM DI MINGGU MYBAKAT 2026Mahasiswa UKM terus memperluas pengalaman dan jaringan profesional melalui penyert...
08/10/2026

πŸŽ“ MAHASISWA UKM DI MINGGU MYBAKAT 2026

Mahasiswa UKM terus memperluas pengalaman dan jaringan profesional melalui penyertaan dalam Minggu MyBakat: Bakat Negara, Nadi Malaysia anjuran TalentCorp.

Penyertaan dalam program seperti ini memberikan peluang kepada mahasiswa untuk meneroka potensi kerjaya, memahami keperluan industri dan membina keyakinan dalam menghadapi dunia pekerjaan.

✨ Setiap pengalaman adalah pelaburan untuk masa depan kerjaya.

πŸ“’ PERMOHONAN IKLAN MySISWA@JOB ON CAMPUS (JoC) – FASA 2 KINI DIBUKA!Pendaftaran Iklan Kerja Job on Campus Fasa 2 kini di...
08/10/2026

πŸ“’ PERMOHONAN IKLAN MySISWA@JOB ON CAMPUS (JoC) – FASA 2 KINI DIBUKA!

Pendaftaran Iklan Kerja Job on Campus Fasa 2 kini dibuka melalui Sistem MySiswa@JoC (https://joc.mohe.gov.my/) mulai *08 - 16 Oktober 2026*

MySiswa@JoC ialah sistem bersepadu di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang bertujuan menyelaras pengurusan JoC di semua Universiti Awam.

πŸ“Œ Maklumat Penting:
⏱️ 20 jam seminggu (semester)
πŸ’° Kadar bayaran: RM6.00/jam
🚫 Tidak melibatkan pekerjaan berisiko seperti kerja 3D (Dirty, Dangerous & Difficult)
🏒 Keperluan pekerjaan peringkat PTj, bukan keperluan individu.

πŸ”— Mohon sekarang di https://joc.mohe.gov.my/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cik Ashikin / Cik Aisyah
πŸ“ž 03-8921 5071
πŸ“§ [email protected]

PeluangPekerjaan PelajarUKM KPT UniversitiKebangsaanMalaysia

πŸŽ“ LAWATAN KE NATIONAL GRADUATE CAREER FAIR 2026πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)πŸ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)Seramai 40...
05/10/2026

πŸŽ“ LAWATAN KE NATIONAL GRADUATE CAREER FAIR 2026

πŸ“… 3 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Seramai 40 orang pelajar UKM telah menyertai lawatan ke National Graduate Career Fair 2026 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Program ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk meneroka pelbagai peluang kerjaya, menghadiri sesi temu duga bersama majikan, mendapatkan nasihat dan panduan kerjaya, serta mengikuti perkongsian daripada pakar industri.

Penyertaan ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan kesiapsiagaan kerjaya, memperluas jaringan profesional dan mendapatkan pendedahan secara langsung kepada dunia pekerjaan.

Sijil Profesional Operate, Control and Monitor Industrial Effluent Treatment SystemπŸ“ BANGI |  2 OKTOBER 2026Program Oper...
02/10/2026

Sijil Profesional Operate, Control and Monitor Industrial Effluent Treatment System
πŸ“ BANGI | 2 OKTOBER 2026

Program Operate, Control and Monitor Industrial Effluent Treatment System di bawah Dana Intervensi Graduate Employability (GE), telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan kerjasama SNEW Trading & Solution Sdn. Bhd.

Seramai 30 orang pelajar bakal graduan sesi 2025/2026 telah menyertai program yang diselaraskan oleh Dr. Teow Yeit Haan, pensyarah FKAB. Program latihan ini telah berlangsung selama 2 minggu iaitu bermula pada 21 September 2026. Semua peserta diberikan pendedahan mengenai pengoperasian, kawalan dan pemantauan sistem rawatan efluen industri, di samping memperkukuh pengetahuan dan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri. Pada akhir program, peserta berpeluang ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkaitan, sekali gus membuka laluan kerjaya dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Wardah Mustafa Drin, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kerjaya Pelajar), yang menjalankan fungsi Pengarah UKM-Karier, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pembangunan kompetensi dan kebolehpasaran graduan. πŸ’‘ Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha UKM-Karier dalam meningkatkan kesiapsiagaan kerjaya dan merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dengan keperluan sebenar industri.

HEBAHAN PROGRAM: KEM BOOTCAMP LINGUISTIK & PENULISAN Assalamualaikum W.B.T./ Salam sejahtera,Perhatian kepada semua Pela...
02/10/2026

HEBAHAN PROGRAM: KEM BOOTCAMP LINGUISTIK & PENULISAN

Assalamualaikum W.B.T./ Salam sejahtera,

Perhatian kepada semua Pelajar Tahun Akhir & Alumni UKM 2025/2026!

Program Peningkatan Skil Keusahawanan Digital Pelajar IPTA kini kembali bagi membantu anda meningkatkan kemahiran digital dan menjana pendapatan.

Maklumat Program:

πŸ—“οΈ Tarikh: 16–18 Okt dan 23–26 Okt (9 am-5.00 pm)

🎯 Fokus: Copywriting, Terjemahan, Transkripsi, Alih Suara, & Asas Freelancing

πŸš€ Manfaat: Mendapat bimbingan untuk membina portfolio & peluang jana pendapatan di pasaran tempatan & global.

Sila scan QR code tertera bagi membuat pendaftaran.

Tempat adalah terhad. Register sebelum 6 Oktober 2026

Address

43000 Bandar Baru
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Karier UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pembangunan Karier UKM:

Shortcuts

Share