IDEA UKM

Directions Website

IDEA UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IDEA UKM, Pusat IDEA, Aras 2, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan, Bangi.

Visi: Pemangkin idea penyelidikan dan inovasi yang menerobos ufuk ilmu
Misi: Menggerak ekosistem penyelidikan translasi dan multidisiplin bagi melestarikan
kesarjanaan penyelidikan dan inovasi

http://www.ukm.my/ideaukm/

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, marilah kita terus menyemarak...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, marilah kita terus menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh keharmonian serta memelihara semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negara.

Bersama-sama kita untuk terus berganding bahu memacu Malaysia yang maju, harmoni dan sejahtera, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Berbeza budaya, bersatu jiwa.
Bersama demi Malaysia tercinta.

Ikhlas daripada
Pusat IDEA UKM
“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”






15/09/2026
SESI PERJUMPAAN PUSAT IDEA UKM BERSAMA INSTITUT SELFUEL UKMPerjumpaan antara Pusat IDEA UKM dan Institut Sel Fuel (SELFU...
14/09/2026

SESI PERJUMPAAN PUSAT IDEA UKM BERSAMA INSTITUT SELFUEL UKM

Perjumpaan antara Pusat IDEA UKM dan Institut Sel Fuel (SELFUEL) UKM telah diadakan pada 14 September 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh jaringan penyelidikan bersama industri, pembangunan program penyelidikan berimpak tinggi serta peluasan peluang pendanaan dan pengkomersialan hasil penyelidikan. Perjumpaan ini melibatkan Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Pengarah Pusat IDEA UKM dan Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Binti Kamarudin, Pengarah Institut Sel Fuel (SELFUEL).

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pengalaman SELFUEL dalam membangunkan jaringan dengan pihak industri seperti PETRONAS dan rakan industri yang lain. Perkongsian turut menyentuh pengalaman memperoleh cabaran penyelidikan daripada industri dan seterusnya membangunkan projek penyelidikan berdasarkan keperluan sebenar industri. Pendekatan ini dilihat selari dengan konsep Research After Next (RAN), iaitu penyelidikan yang bersifat berpandangan jauh dan memberi tumpuan kepada keperluan serta cabaran masa hadapan.

SELFUEL dicadangkan untuk membantu Pusat IDEA UKM dalam memperluas jaringan dengan lebih banyak pemain industri. Perbincangan juga menekankan keperluan membangunkan kerjasama yang mampu menghasilkan projek dan dana penyelidikan berskala besar.

Bagi perancangan akan datang, beberapa cadangan telah dibincangkan, antaranya penyertaan dalam program flagship, pengenalpastian tema penyelidikan yang bersesuaian serta penyediaan cadangan bagi mendapatkan peruntukan dan dana yang lebih besar.

Pusat IDEA UKM juga dicadangkan untuk berperanan sebagai penghubung antara penyelidik UKM dengan pihak industri, termasuk membantu mengenal pasti peluang kolaborasi, pendanaan, pengkomersialan dan pemadanan kepakaran. Selain itu, cadangan untuk mengetengahkan pengalaman serta kejayaan kerjasama industri melalui podcast atau platform perkongsian ilmu Pusat IDEA UKM turut dibincangkan.





Assalamualaikum dan Salam SejahteraYBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr.,HEBAHAN KLINIK BIMBINGAN PERMOHONAN MRUN INTERNAT...
09/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr.,

HEBAHAN KLINIK BIMBINGAN PERMOHONAN MRUN INTERNATIONAL COLLABORATION GRANT SCHEME (MICGS) 2026

Sempena Bulan Semarak Penyelidikan 2026, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat IDEA UKM melalui Jawatankuasa Bimbingan Penyelidikan Berimpak akan menganjurkan Klinik Bimbingan Permohonan MRUN International Collaboration Grant Scheme (MICGS) 2026 bagi membantu dan membimbing penyelidik UKM dalam penyediaan permohonan geran tersebut.

Sesi bimbingan ini akan dikendalikan oleh dua orang panel berpengalaman iaitu:

1. Prof. Dr. Norhamidi bin Muhamad
Profesor,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM.

2. Prof. Dr. Che Hassan bin Che Haron
Profesor,
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Butiran klinik bimbingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 4, FKAB UKM

Para penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan MICGS 2026 adalah dialu-alukan untuk menyertai klinik bimbingan ini. Pra-pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang tertera pada poster atau daftar di pautan https://forms.gle/fRYwdu3L1Pv2k9NC6.

Kerjasama YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr. untuk memanjangkan hebahan ini kepada Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) serta penyelidik UKM yang berkaitan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

/2026
“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”





SESI LIBAT URUS KPU KLUSTER KESIHATAN & PERUBATAN TERMAJU (KPT) BERSAMA PENGARAH PUSAT IDEA UKMPusat IDEA UKM telah meng...
03/09/2026

SESI LIBAT URUS KPU KLUSTER KESIHATAN & PERUBATAN TERMAJU (KPT) BERSAMA PENGARAH PUSAT IDEA UKM

Pusat IDEA UKM telah mengadakan Sesi Libat Urus Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Kluster KPT bersama Pengarah Pusat IDEA UKM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, pada 2 September 2026 bertempat di Bilik Aktiv (AktivUKM), Fakulti Farmasi, Kampus Kuala Lumpur.

Sesi ini menjadi platform perbincangan bersama ketua-ketua KPU dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan UKM serta mengenal pasti ruang dan potensi baharu untuk meningkatkan kecemerlangan KPU.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk usaha memperluas kolaborasi penyelidikan antarabangsa, khususnya bersama Shanghai Jiao Tong University, cadangan penubuhan Joint-Laboratory bersama NIBM, pelaksanaan Bulan Semarak Penyelidikan UKM pada bulan Oktober nanti, pembangunan program flagship bagi setiap kluster serta penambahbaikan mekanisme pembiayaan dan pengoperasian KPU.

Sesi turut memberi ruang kepada ketua-ketua KPU mengetengahkan beberapa cabaran dan isu berkaitan pelaksanaan penyelidikan, antaranya proses MoA/MoU, akses kepada dana dengan vot bebas, pembangunan KPU ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Melalui sesi libat urus ini, Pusat IDEA UKM komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama KPU dan menyediakan ekosistem yang lebih kondusif bagi menyokong penyelidikan berimpak serta meningkatkan kecemerlangan penyelidikan UKM di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”





SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang dibina atas semangat perjuangan, pengorbanan dan perpaduan generasi terdahulu.

Ayuh semarakkan semangat patriotisme, eratkan kebersamaan dan perkukuh perpaduan dalam meneruskan perjuangan membina negara.

Berteraskan aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati, marilah kita berganding bahu memacu kemajuan demi Malaysia yang aman, sejahtera dan gemilang untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada
Pusat IDEA UKM
“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”




SESI BIMBINGAN PROJEK PENYELIDIKAN ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY (APT) TAHUN 2026Pusat IDEA UKM telah menganjurkan Sesi Bim...
24/08/2026

SESI BIMBINGAN PROJEK PENYELIDIKAN ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY (APT) TAHUN 2026

Pusat IDEA UKM telah menganjurkan Sesi Bimbingan Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity (APT) Tahun 2026 pada 24 Ogos 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat IDEA UKM.

Sesi ini diadakan sebagai platform bimbingan kepada para penyelidik UKM dalam memperkemas dan memantapkan cadangan projek penyelidikan bagi permohonan pembiayaan di bawah Asia-Pacific Telecommunity (APT).

Sepanjang sesi berlangsung, para penyelidik berpeluang mendapatkan pandangan dan maklum balas secara lebih terarah berkaitan penyediaan cadangan projek, termasuk aspek skop penyelidikan, objektif, metodologi, impak serta kesesuaian projek dengan keutamaan pembiayaan APT.

Penganjuran sesi ini diharap dapat membantu meningkatkan kualiti permohonan penyelidik UKM serta menggalakkan penyertaan yang lebih aktif dalam meneroka peluang pembiayaan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

“Menyemarak Kecemerlangan Penyelidikan UKM”





SALAM MAULIDUR RASUL 1448H Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi suri te...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang menjadi suri teladan sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dengan menghayati sirah, meneladani sunnah serta memperindah akhlak dalam kehidupan seharian.

Selaras dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa dan diterjemahkan melalui sifat kasih sayang, amanah, sabar dan ihsan demi membina ummah yang diberkati.

Salam Maulidur Rasul 1448H
Ikhlas daripada Pusat IDEA UKM







𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Siti Aisyah atas khidmat bakt...
17/08/2026

𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cik Siti Aisyah atas khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pegawai Tadbir Pusat IDEA UKM sehingga 30 Julai 2026.

Segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat dihargai dan sentiasa dikenang.

Ikhlas daripada
Pusat IDEA UKM



𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada  YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Zawia...
17/08/2026

𝐒𝐞𝐤𝐚𝐥𝐮𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐚𝐧 & 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Wan Zawiah binti Wan Zin @ Wan Ibrahim atas khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah Pusat IDEA UKM sehingga 9 Julai 2026.

Segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat dihargai dan sentiasa dikenang.

Ikhlas daripada
Pusat IDEA UKM



Address

Pusat IDEA, Aras 2, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IDEA UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share