PMFPI UKM

Directions Website

PMFPI UKM "HISBAH NADI KESATUAN"

SAHSIAH DIPERKASA MAHASISWA SEJAHTERA

[ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU SESI 2026/2027 ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,Persatuan Mahasis...
28/09/2026

[ SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU SESI 2026/2027 ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) sesi 2026/2027 ingin mengucapkan selamat menjalani semester 1 sesi 2026/2027 kepada seluruh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya warga Fakulti Pengajian Islam.

Semester baharu membuka ruang untuk kita melakar langkah yang lebih baik, memperbaiki kekurangan dan terus berusaha dalam menuntut ilmu. Marilah kita memulakan semester ini dengan semangat dan azam yang baharu, di samping terus menjaga sahsiah, disiplin serta tanggungjawab sebagai mahasiswa.

PMFPI mendoakan semoga semester ini menjadi ruang untuk kita terus berkembang, bukan sahaja dalam akademik, bahkan dalam membentuk diri sebagai mahasiswa yang berilmu dan berakhlak.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ TATACARA PEMAKAIAN MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2026/2027 ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesat...
27/09/2026

[ TATACARA PEMAKAIAN MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 2026/2027 ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) telah menyediakan Tatacara Pemakaian Mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam (FPI) bagi sesi 2026/2027.

Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa/i Fakulti Pengajian Islam DIWAJIBKAN untuk merujuk dan mematuhi garis panduan etika pemakaian yang telah ditetapkan.

📲 Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
🤵🏻 Amir: 0135466184
🧕🏻 Asma': 0196755712

Kerjasama semua pihak dalam mematuhi etika pemakaian ini amatlah dihargai demi menjaga imej Fakulti Pengajian Islam.

Sekian, terima kasih.

"HISBAH NADI KESATUAN"

TEGUH DALAM TARBIAH, MULIA DALAM KEPIMPINAN

==========================

MUHAMMAD AMIR ADLI BIN SAIDI
ASMA' IRDHINA BINTI MOHD FAIZAL

LAJNAH TARBIAH DAN KEPIMPINAN
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ KENYATAAN MEDIA: IDENTITI UKM DAN BATAS SYARIAT ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,Persatuan Mahasisw...
27/09/2026

[ KENYATAAN MEDIA: IDENTITI UKM DAN BATAS SYARIAT ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) menyeru seluruh mahasiswa agar sentiasa menjadikan syariat dan nilai akhlak sebagai panduan dalam setiap aktiviti kampus, sama ada melibatkan hiburan, kebudayaan, sorakan mahupun program kemahasiswaan.

Universiti bukan sekadar tempat menuntut ilmu, bahkan merupakan wadah dalam membentuk mahasiswa yang berilmu, beradab dan berakhlak. Justeru, setiap bentuk aktiviti dan tradisi kemahasiswaan wajar dilaksanakan dengan penuh pertimbangan agar sentiasa selari dengan tuntutan syariat, nilai murni serta identiti universiti.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian budaya kampus dengan menjadikan agama, adab dan akhlak sebagai asas dalam setiap tindakan, demi membentuk suasana kemahasiswaan yang sejahtera, berintegriti dan saling menghormati.

Sekian, terima kasih.

“HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTER

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,Barisan pimpinan Persatuan Mahasisw...
25/09/2026

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada INSP/KS Amirul Fawwaz Akmal bin Arizal Akmal, dari Program Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM, atas kejayaan memperoleh Pelatih Terbaik Latihan Luar UKM sempena Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Suksis UA Kali Ke-22 (2026) yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas usaha, disiplin, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang menjalani latihan. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, di samping menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus berusaha, berdisiplin dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

”HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Persatuan,Barisan pimpinan Persatuan Mahasis...
24/09/2026

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Persatuan,

Barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PRK Ahmad Rushdan bin Saat atas pencapaian Kadet Terbaik PALAPES Darat UKM sempena Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam ke-44 yang telah berlangsung di Universiti Malaysia Perlis.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas usaha, disiplin, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang menjalani latihan dan tanggungjawab sebagai seorang PALAPES. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama Fakulti Pengajian Islam.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, di samping menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus berusaha dan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

⁠⁠”HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengaji...
20/09/2026

[ SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan Program Layaran Hikmah: Pengembaraan ke Maldives (Mobiliti Tidak Berkredit) yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Program Pelajar Terbaik sempena Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan Fakulti Pengajian Islam (AKKFPI) 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen, kerjasama, kreativiti dan kesungguhan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, sekali gus mengharumkan nama Fakulti Pengajian Islam dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa penganjuran program yang berkualiti, memberi manfaat kepada mahasiswa serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

PMFPI turut mendoakan agar kejayaan ini terus menyemarakkan semangat seluruh warga PMFPI untuk melangkah lebih jauh, memperluas ruang sumbangan serta mencipta kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

”HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

=====================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

20/09/2026

[ AHLAN WA SAHLAN, WARGA BAHARU FPI! ✨ ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Debaran minggu MTS dah bermula! ✨

Buat mahasiswa/i baharu Fakulti Pengajian Islam, slot fakulti bakal menemui anda pada hari Isnin ini! 👋🏻

Kami PMFPI dah tak sabar untuk berjumpa, berkenalan dan menyambut kehadiran anda sebagai sebahagian daripada keluarga Fakulti Pengajian Islam. 🤍

Simpan senyuman, bawa semangat dan jangan lupa jumpa kami pada hari Isnin! 🫶🏻

Selamat datang ke FPI! 💫

“HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ SELAMAT DATANG MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2026/2027 ]Assalamualaikum WBT ...
19/09/2026

[ SELAMAT DATANG MAHASISWA/I FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2026/2027 ]

Assalamualaikum WBT dan Salam Hisbah Nadi Kesatuan,

Saf pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua mahasiswa/i baharu Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2026/2027.

Fakulti Pengajian Islam menyambut kehadiran anda dengan penuh harapan dan doa agar kalian menjadi penerus legasi ilmuwan Islam di UKM, sekali gus menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan nampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

Akhir kalam, kami mengharapkan agar mahasiswa/i terus bersemangat dalam menimba ilmu serta dapat menjalani Minggu Tekad Siswa dengan jayanya. Bawalah harapan dan doa ibu bapa bersama-sama dalam setiap langkah perjalanan sebagai mahasiswa, demi menjadi insan yang bermanfaat kepada keluarga, ummah dan negara.

Selamat datang ke keluarga besar Fakulti Pengajian Islam!

“HISBAH NADI KESATUAN”

SAHSIAH DIPERKASA, MAHASISWA SEJAHTERA

==========================

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
SESI 2026/2027
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMFPI UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share