Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM

Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM Official FB Page of Arabic Language Program, Faculty of Islamic Studies, UKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam telah menerima Kunjungan Mahabbah daripada Sidang ...
17/06/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam telah menerima Kunjungan Mahabbah daripada Sidang Editor Teewan Journal pada Isnin, 15 Jun 2026 yang lalu.

Delegasi Teewan Journal diwakili oleh Dr. Irwan Saputra dan Ns. Ferdi Riansyah. Pertemuan mahabbah ini bertujuan untuk meneroka dan memperkukuh jalinan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang penerbitan dan pengurusan jurnal akademik antara kedua-dua belah pihak.

Semoga usaha murni ini membuka ruang perkongsian ilmu yang lebih luas serta memacu kecemerlangan akademik yang berterusan.

INTERNATIONAL SEMINAR ON ARABIC LANGUAGE AND RELIGION (ISAR’26)Satu wacana akademik berskala global, iaitu International...
21/05/2026

INTERNATIONAL SEMINAR ON ARABIC LANGUAGE AND RELIGION (ISAR’26)

Satu wacana akademik berskala global, iaitu International Seminar on Arabic Language and Religion, atau ISAR 2026 akan dianjurkan bagi membincangkan perkembangan bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di peringkat antarabangsa.

Penganjuran seminar yang berprestij ini diterajui oleh Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Datuk Laksemana Bengkalis, Riau, Indonesia, serta dijayakan melalui kerjasama strategik bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ), Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT), Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, UKM, Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) dan Persatuan Bahasa dan Budaya Arab Malaysia (Al-Arabiyyah).

Program ini bakal menghimpunkan para sarjana dan tokoh akademik dari dalam dan luar negara pada 21 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Datuk Laksemana Bengkalis, Riau, Indonesia.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti intipati perbincangan dan sorotan sepanjang program ini berlangsung, dialu-alukan untuk berbuat demikian melalui platform rasmi pihak penganjur. Sila ikuti akaun facebook Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, UKM untuk perkembangan semasa. Terima kasih.

09/12/2025
برنامج يوم اللغة العربية بمناسبة الاحتفال باليوم العالمي للغة العربية ٢٠٢٥​Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,​Sukaci...
09/12/2025

برنامج يوم اللغة العربية بمناسبة الاحتفال باليوم العالمي للغة العربية ٢٠٢٥

​Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,

​Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Muslim World League ( Rabitah al-Alam al-Islami ) dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI, UKM, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik (PKBL), FSSK, UKM, Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), FPI, UKM, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) dan Persatuan Bahasa Arab Malaysia (PBAM) akan menganjurkan Program Hari Bahasa Arab bersempena sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2025 pada:

🗓 Tarikh: 18 Disember 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
📍 Tempat: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Terdapat pelbagai pertandingan dan acara menarik telah disusun buat para pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM.

​✨ SENARAI PERTANDINGAN & ACARA:

Pertandingan Individu
​📖 Pertandingan Bercerita
🎤 Pertandingan Pidato
📜 Pertandingan Membaca Petikan Arab

Pertandingan Berkumpulan
(Arabic Got Talent):
🗣️ Pertandingan Kalam Jama’ie
🎭 Pertandingan Lakonan
🎶 Pertandingan Nasyid

Pemerkasaan Bahasa Arab
🔬 Forum Bahasa Arab
🧠 Webinar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab
🎙️ Syarahan Tamu
📚 Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab

​🔗 PENDAFTARAN:
Sila imbas Kod QR yang tertera pada poster atau klik pautan di bawah:
[https://linktr.ee/wald2025]

​📞 SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
Ustazah Syazwina: 019-222 1545
Ustaz Zulkifli: 013-881 4943

​Ayuh sertai kami dalam memartabatkan Bahasa al-Quran!



Address

Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share