Kelab Geologi UKM

Kelab Geologi UKM Welcome to Geology Club of The National University of Malaysia �.

[ PROGRAM LAWATAN SEKOLAH SMK LEPAR KE PROGRAM GEOLOGI UKM]Program lawatan sekolah SMK Lepar telah diadakan pada 27 Ogos...
05/09/2023

[ PROGRAM LAWATAN SEKOLAH SMK LEPAR KE PROGRAM GEOLOGI UKM]

Program lawatan sekolah SMK Lepar telah diadakan pada 27 Ogos yang lalu. Para pelajar SMK LEPAR telah dibawa melawat bangunan Geologi dan diberi pendedahan mengenai program Geologi.

Pelajar telah dibawa ke bengkel irisan batuan, muzium geologi, makmal paleontologi dan makmal peta. Para pelajar dapat melihat proses pemotongan batuan di bengkel irisan batuan, melihat fosil di makmal paleontologi dan pelbagai jenis batuan di muzium geologi.

Seramai 6 wakil pelajar Geologi turut terlibat dalam memimbing pelajar - pelajar sekolah tersebut.

[SUKASAURUS FAMILY DAY]Kelab Geologi UKM telah mengadakan program hari keluarga yang bertempat di Bagan Lalang pada tang...
03/09/2023

[SUKASAURUS FAMILY DAY]

Kelab Geologi UKM telah mengadakan program hari keluarga yang bertempat di Bagan Lalang pada tanggal 3 Ogos 2023 yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan ahli jawatankuasa Kelab Geologi UKM yang telah menyumbangkan tenaga menjayakan kesemua aktiviti yang telah diadakan oleh KGUKM sepanjang sesi 2022/2023.

Program berjalan dengan amat lancar dibawah cuaca yang baik dan aktiviti gotong royong diselitkan pada akhir program bagi mengekalkan alam sekitar yang sihat.

Terima kasih Kelab Geologi UKM sesi 2022/2023 atas jasa anda.

FORMASI TEGUH, MENGATUR PERUBAHAN
KELAB GEOLOGI UKM SESI 2022/2023

[MALAM OSCAR GEOLOGI 2023]29 Julai 2023 merupakan tarikh dimana Kelab Geologi UKM telah mengadakan sebuah majlis makan m...
03/09/2023

[MALAM OSCAR GEOLOGI 2023]

29 Julai 2023 merupakan tarikh dimana Kelab Geologi UKM telah mengadakan sebuah majlis makan malam gala buat kesemua warga geologi UKM. Majlis telah disambut dengan amat meriah dengan kehadiran para pensyarah, para alumni dan juga para kakitangan sokongan geologi UKM.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menyediakan majlis makan malam ini, dan juga sokongan kewangan yang diberikan oleh para alumni.

FORMASI TEGUH, MENGATUR PERUBAHAN
KELAB GEOLOGI UKM SESI 2022/2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 🇲🇾Terukir indah dalam kata dan doa, semoga Malaysia tetap terjaga berhias cahaya...
30/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 🇲🇾

Terukir indah dalam kata dan doa, semoga Malaysia tetap terjaga berhias cahaya mutiara. Kemerdekaan adalah simbol kejayaan dan kesatuan.

Di Hari Merdeka ini, marilah kita bersyukur atas kebebasan yang telah kita raih. Selamat Hari Merdeka, Malaysia tanah air tercinta!

Ikhlas daripada,
Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2023/2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 🇲🇾Terukir indah dalam kata dan doa, semoga Malaysia tetap terjaga berhias cahaya...
30/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 🇲🇾

Terukir indah dalam kata dan doa, semoga Malaysia tetap terjaga berhias cahaya mutiara. Kemerdekaan adalah simbol kejayaan dan kesatuan.

Di Hari Merdeka ini, marilah kita bersyukur atas kebebasan yang telah kita raih. Selamat Hari Merdeka, Malaysia tanah air tercinta!

Ikhlas daripada,
Kelab Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia
Sesi 2023/2024

Address

Bangi
43600

Telephone

+60389215490

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Geologi UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share