Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan

Call Directions Website Contact the university

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan Ditubuhkan pada 11 Jun 1979. Merupakan sebuah pusat kajian di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Program Asalnya bernama Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan.

Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan dijenamakan semula pada tahun 2020. Sebelum itu pada tahun 2019, namanya telah bertukar kepada Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti. Maklumat: https://www.ukm.my/portal/postgraduate/

Tak lama dah! Peluang untuk memohon bagi melanjutkan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah di PKDK semester 1 akan datan...
09/09/2026

Tak lama dah!
Peluang untuk memohon bagi melanjutkan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah di PKDK semester 1 akan datang semakin suntuk. Dapatkan informasi lanjut dalam sesi perkongsian bersama Dr. Hasanah, Ketua Program Siswazah, pada:
Tarikh: 11 September 2026
Waktu: 3.00 petang
Link: https://meet.google.com/kap-zkua-rdy

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM...
26/06/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Ikhlas daripada
Pengerusi dah warga,
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia

SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Seluruh warga Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat datang kepada

YBhg. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad

atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam memimpin Pusat Islam UKM ke arah kecemerlangan, memperkukuh agenda dakwah, pembangunan ummah dan penghayatan nilai-nilai Islam di universiti.

Selamat menjalankan amanah. Semoga terus dipermudah setiap urusan dan dikurniakan kejayaan dalam memacu kecemerlangan Pusat Islam UKM.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pusat Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Zulkefli bin Aini di atas pelantikan sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Dakwah dan Kepim...
26/06/2026

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr. Zulkefli bin Aini di atas pelantikan sebagai Pengerusi, Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan yang baru.

Semoga kepimpinan beliau membawa Pusat Kajian ini ke tahap yang lebih cemerlang dan memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang dakwah dan kepimpinan.

SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARA BUAT PROF. DR. ABDUL GHAFAR DON“Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan;...
20/06/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARA BUAT PROF. DR. ABDUL GHAFAR DON

“Tuai padi antara nampak, esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.”

Hari ini, seluruh warga Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan buat Prof. Dr. Abdul Ghafar Don, Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, yang secara rasminya bersara pada 20 Jun 2026.

🌟 35 Tahun Menabur Bakti Tanpa Jemu 🌟
Sepanjang tempoh lebih tiga dekad berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau merupakan figura pendidik yang penuh kasih, penyelidik yang berwibawa, serta seorang pemimpin yang sentiasa meletakkan kebajikan dan kecemerlangan pusat sebagai keutamaan.

Jasa, ilmu dan bimbingan yang telah beliau curahkan telah melahirkan ribuan modal insan dan meninggalkan impak yang cukup mendalam dalam landskap dakwah khususnya dakwah masyarakat Orang Asli. Terima kasih atas segala pengorbanan dan budi yang tidak ternilai ini, Prof.

Doa Kami Buat Prof. Abdul Ghafar,

"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan dan kebaikan buat Prof. Dr. Abdul Ghafar. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya."

Selamat Bersara, Prof. Jasamu akan sentiasa terpahat di hati kami, budimu akan sentiasa dikenang zaman.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada seluruh warga Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM.

Tahniah YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc, profesor bidang psikologi Islam di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpina...
19/06/2026

Tahniah YBhg. Prof. Dato' Dr. Fariza Md Sham, FASc, profesor bidang psikologi Islam di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa pada 15 Jun 2026.
Ikhlas daripada Pengerusi dan seluruh warga Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM


📢 PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN SISWAZAH DI UKM! 📢Permohonan kini dibuka bagi Semester 1 Sesi 2026/2027 di Pusat Kajian D...
16/05/2026

📢 PELUANG MENYAMBUNG PENGAJIAN SISWAZAH DI UKM! 📢

Permohonan kini dibuka bagi Semester 1 Sesi 2026/2027 di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Melangkah lebih jauh dalam bidang akademik:

⭐ Doktor Falsafah (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
Mod: Penyelidikan

⭐ Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)
Mod: Penyelidikan | Kerja Kursus | Campuran

Bidang yang boleh dikuasai merangkumi dakwah, kepimpinan, politik, psikologi, kaunseling, komunikasi, pengurusan organisasi dakwah, serta mendepani cabaran kontemporari melibatkan kepelbagaian budaya, media baharu, artificial intelligence, zakat, wanita, belia dan komuniti minoriti.

Jangan lepaskan peluang untuk belajar di salah sebuah universiti watan terbaik!

🌐 Mohon segera secara dalam talian di: 👉 https://join.ukm.my/

[HARI INI] PERSIDANGAN ISOD VI BERMULA! Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sedang berlangsung hari ini, 6th Internation...
07/05/2026

[HARI INI] PERSIDANGAN ISOD VI BERMULA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedang berlangsung hari ini, 6th International Seminar on Da’wah (ISOD VI) bertempat di Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia.

Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIN Raden Fatah Palembang bagi membincangkan pendekatan dan inovasi dakwah dalam mendepani cabaran teknologi digital serta dinamika sosial masa kini.

Agenda Utama Pagi Ini:

9.00 pagi: Majlis Perasmian Pembukaan oleh Rektor UIN Raden Fatah, Dekan FDK UIN, dan Pengerusi Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan UKM.

9.45 pagi: Sidang Ucaptama menampilkan Dr. Achmad Syarifudin (Ekoteologi Islam & Ecolifestyle) dan Dr. Zulkefli Aini (Kompetensi Pendakwah Muda & Latihan Amali Dakwah Era Digital).

Selepas itu terdapat pembentangan kertas kerja daripada ahli akademik dan penyelidik kedua-dua negara.

Semoga perkongsian ilmu hari ini memberi impak besar kepada pembangunan dakwah dan kepimpinan serantau agar kekal relevan dan inklusif. Selamat bersidang kepada semua delegasi!

Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: UIN Raden Fatah Palembang, Indonesia

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://dakwahkepimpinan.my/6th-international-seminar-on-dawah-isod-vi/

Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kerjasama JAKIM dengan tema: Dakwah Lestari Masyarakat Madani diadakan seperti berikut: Tarikh: 15 Oktober 2025; Tempat: Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Tahniah Dr Muhamad Faisal yang telah dilantik sebagai Penyelaras Media Sosial FPI.
09/02/2026

Tahniah Dr Muhamad Faisal yang telah dilantik sebagai Penyelaras Media Sosial FPI.

Master, PHD Dakwah dan KepimpinanJom sambung belajar di Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimipnan, UKM
04/02/2026

Master, PHD Dakwah dan Kepimpinan

Jom sambung belajar di Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimipnan, UKM

Address

Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389215258

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan:

Shortcuts

Share