Institut Islam Hadhari, UKM

Institut Islam Hadhari, UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Islam Hadhari, UKM, Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan, Bangi.

Institut Islam Hadhari (HADHARI) merupakan sebuah institut penyelidikan multi disiplin berkaitan Peradaban Islam merangkupi bidang Politik dan Kepimpinan; Sosio Budaya; Pengurusan, Ekonomi dan Perniagaan; Sains & Teknologi, Alam Sekitar dan Kesihatan

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 yang bertemakan...
10/05/2026

Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu 2026 yang bertemakan “Seteguh Kasih Ibu” sebagai tanda penghargaan buat seluruh insan bergelar ibu.

Semoga setiap jasa dan pengorbanan para ibu sentiasa diberkati serta dikurniakan kebahagiaan, kesihatan dan rahmat yang berpanjangan.

“Seteguh Kasih Ibu”

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Institut Islam Hadhari, UKM

Sekalung tahniah kepada Dr. Nurul Hafizah Mohd Nor, Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, UKM atas penganugerahan Anu...
06/05/2026

Sekalung tahniah kepada Dr. Nurul Hafizah Mohd Nor, Felo Penyelidik, Institut Islam Hadhari, UKM atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2026 (Penilaian Prestasi 2025).

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Institut Islam Hadhari, UKM

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Forum Hadhari 1/2026 bertajuk “Menguasai Bahasa Arab: Keperluan Ilmiah a...
06/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Forum Hadhari 1/2026 bertajuk “Menguasai Bahasa Arab: Keperluan Ilmiah atau Sekadar Keperluan Agama?” pada 06 Mei 2026 (Rabu), bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program anjuran Institut Islam Hadhari, UKM ini telah diadakan secara hibrid, iaitu melalui Facebook Live, aplikasi Zoom serta secara fizikal di Bilik Persidangan Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, UKM.

Forum ini menampilkan barisan panel iaitu Prof. Madya Dr. Zamri Arifin dan Prof. Madya Dr. Ashinida Aladdin, dengan Dr. Mohd Faizul Azmi sebagai moderator. Perbincangan yang berlangsung telah membuka ruang yang signifikan berkaitan kepentingan penguasaan Bahasa Arab dalam konteks keilmuan dan keagamaan masa kini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua panel, moderator serta para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

06/05/2026
Institut Islam Hadhari (HADHARI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidi...
05/05/2026

Institut Islam Hadhari (HADHARI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Felo atas kejayaan memperoleh Geran Penyelidikan Institut Islam Hadhari Tahun 2026:

• Prof. Madya Dr. Ashinida Aladdin (Felo Kanan Bersekutu) dengan peruntukan sebanyak RM 23,000.00
• Dr. Muhammad Hilmi Jalil (Felo Bersekutu) dengan peruntukan sebanyak RM15,500.00
• Dr. Mohd Faizul Azmi (Felo Penyelidik) dengan peruntukan sebanyak RM15,500.00
• Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham (Felo Bersekutu) dengan peruntukan sebanyak RM23,000.00
• Encik Mohammad Ikhwan Ismail (Felo Penyelidik) dengan peruntukan sebanyak RM 23,000.00

Ikhlas daripada Pengarah dan warga Institut Islam Hadhari, UKM

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norhayati Ibrahim (Felo Kanan Bersekutu) atas kejayaan menerbitkan makalah jurn...
05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Norhayati Ibrahim (Felo Kanan Bersekutu) atas kejayaan menerbitkan makalah jurnal Q1 (IF:3) yang bertajuk Parental caregivers of adolescents with mental health conditions: an exploratory qualitative study of challenges and coping strategies

Semoga usaha murni ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Ikhlas daripada Pengarah dan warga Institut Islam Hadhari, UKM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera_JEMPUTAN: FORUM HADHARI 1/2026 “MENGUASAI BAHASA ARAB: KEPERLUAN ILMIAH ATAU ...
04/05/2026

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera_

JEMPUTAN: FORUM HADHARI 1/2026 “MENGUASAI BAHASA ARAB: KEPERLUAN ILMIAH ATAU SEKADAR KEPERLUAN AGAMA?"

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Islam Hadhari, UKM dengan kerjasama Kursi Sheikh Abdullah Fahim akan menganjurkan wacana tersebut seperti ketetapan berikut:

🗓️ 06 Mei 2026 (Rabu)
⏰ 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
📱 _Facebook Live_ Institut Islam Hadhari (http://bit.ly/Hadhari)
🖥️ Aplikasi Zoom: https://tinyurl.com/FORUMHADHARI226
🪑 Bilik Persidangan Sheikh Abdullah Fahim, Aras 1, Institut Islam Hadhari, UKM

Ahli Panel:
PROF. MADYA DR. ZAMRI ARIFIN
Felo Penyelidik, HADHARI, UKM

PROF. MADYA DR. ASHINIDA ALADDIN
Felo Kanan Bersekutu, HADHARI, UKM

Moderator:
DR. MOHD FAIZUL AZMI
Felo Penyelidik, HADHARI, UKM

🔐 Semua dijemput untuk menyertai majlis ilmu ini.
📌 Penyertaan bagi staf UKM akan direkodkan dalam Sistem UrusBakat.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026Buat seluruh warga kerja UKM, terima kasih atas dedikasi dan sumbangan anda.“Ba...
02/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2026

Buat seluruh warga kerja UKM, terima kasih atas dedikasi dan sumbangan anda.

“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.” Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Ikhlas daripada
Pengarah & Warga Institut Islam Hadhari, UKM

28/04/2026

Sorotan Syarahan Perdana Prof.

Alhamdulillah telah berlangsungnya Klinik Penulisan & Penerbitan Makalah Jurnal Berimpak Tinggi pada 28 April 2026(selas...
28/04/2026

Alhamdulillah telah berlangsungnya Klinik Penulisan & Penerbitan Makalah Jurnal Berimpak Tinggi pada 28 April 2026(selasa) di ruang siswzah Institut Islam Hadhari, UKM yang dibimbing oleh Prof Dr. Sahilah Abd Mutalib, Felo Penyelidik Utama Institut Islam Hadhari, UKM.

𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 di Facebook https://bit.ly/Hadhari ,
Instagram https://bit.ly/instagramhadhari dan
Linkedin https://bit.ly/LinkedinHadhari

Syarahan Perdana Profesor Institut Islam Hadhari Kupas Potensi Remaja Gen Z Melalui Psikologi DakwahSyarahan Perdana Pro...
27/04/2026

Syarahan Perdana Profesor Institut Islam Hadhari Kupas Potensi Remaja Gen Z Melalui Psikologi Dakwah

Syarahan Perdana Profesor Institut Islam Hadhari telah berlangsung pada 24 April 2026 (Jumaat) dengan penuh jayanya, menampilkan Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham yang menyampaikan syarahan bertajuk “Psikologi Dakwah Memacu Potensi Remaja Gen Z”.

Kupasan beliau pendekatan psikologi dakwah dalam memahami serta membentuk potensi remaja masa kini, khususnya generasi Gen Z yang membesar dalam persekitaran digital. Menurut beliau, pendekatan dakwah yang berkesan memerlukan kefahaman terhadap aspek emosi, pemikiran dan tingkah laku agar mesej dapat disampaikan secara berhikmah serta memberi impak yang mendalam.

Walaupun remaja Gen Z memiliki potensi besar, mereka turut berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti tekanan emosi, ketagihan media sosial dan isu sosial yang semakin kompleks. Sehubungan itu, pendekatan dakwah yang lebih kontemporari dan relevan perlu diketengahkan, termasuk memanfaatkan medium digital serta pendekatan interaktif selari dengan gaya hidup generasi masa kini.

Dalam syarahan ini juga, beliau memperkenalkan Model Pembentukan Remaja Gen Z berasaskan konsep 5Q yang menekankan keseimbangan rohani, emosi, kepimpinan dan keupayaan diri bagi melahirkan generasi yang holistik dan berdaya tahan.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor serta barisan pengurusan tertinggi universiti.

Address

Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Islam Hadhari, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Islam Hadhari, UKM:

Share