Kolej Aminuddin Baki, UKM

Call Directions Website

Kolej Aminuddin Baki, UKM Page Rasmi Kolej Kediaman Untuk Kolej Aminuddin Baki. Gerbang Komunikasi Kolej dan Pelajar Official. Agama Dijunjung Tamadun Dipimpin

[𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Program Jalinan Mesra telah berlangsung pada 28 September 2026, ber...
30/09/2026

[𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙

Program Jalinan Mesra telah berlangsung pada 28 September 2026, bertempat di Foyer Kolej Aminuddin Baki, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Program ini berjaya menghimpunkan kelab-kelab Kolej Aminuddin Baki, antaranya B-mart, Bestari, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Minhwa dan Al-Falah dengan pelbagai pameran dan aktiviti diperkenalkan bagi memberi peluang kepada mahasiswa mengenali kelab-kelab KAB dengan lebih dekat serta membuka ruang untuk menyertai kelab yang diminati. ✨

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐒𝐘𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠Kolej Aminuddin Baki (K...
28/09/2026

𝐒𝐘𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐫𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐁𝐞𝐫𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐢𝐧𝐠

Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Universitas Muhammadiyah Malang (UMM) telah menjayakan program mobiliti outbound "SYNERGY ASEAN 2026: UKM–UMM Student Development, Employability and Campus Ecosystem Seminar" yang berlangsung di Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia pada 24 September 2026.

Mengangkat tema “Beyond the Classroom: Transforming Campus Ecosystem to Develop Future-Ready ASEAN Graduates”, program ini memberi penekanan kepada peranan ekosistem kampus, khususnya kolej kediaman, dalam memperkukuh pembangunan sahsiah, kepimpinan, kemahiran insaniah dan kebolehpasaran graduan.

Program dimulakan dengan sesi Keynote Address yang menampilkan dua pembentang, iaitu Dr. Lai Wei Sieng, Pengetua Kolej Aminuddin Baki, UKM, yang membentangkan tajuk “Architecting Future-Ready Graduates: The Role of Residential College Ecosystems in Building Employability”, serta Dr. M.S. Wahyudi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnes, UMM, yang mengetengahkan tajuk “Institutional Character Building & Student Development Initiatives”.

Selain itu, Forum bertajuk “From Dormitory Management Experiences to CV Highlights: Translating College Leadership into Career Success” membincangkan bagaimana pengalaman penglibatan dan kepimpinan pelajar di kolej kediaman boleh diterjemahkan kepada kompetensi serta nilai tambah dalam pembangunan kerjaya. Forum tersebut menampilkan Dr. Syajarul Imna, Timbalan Pengetua Kolej Aminuddin Baki; Dr. Nurul Asfiah, Ketua Bahagian Latihan Pensyarah dan Pelajar, Pusat Pembangunan Sumber Manusia UMM; Muhammad Amir, Mantan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar KAB, serta Salwa, wakil pelajar UMM.

Perkongsian yang diketengahkan turut memperlihatkan bahawa kolej kediaman bukan sekadar berfungsi sebagai tempat penginapan pelajar, malah berpotensi menjadi ekosistem pembelajaran, kepimpinan dan pembangunan kerjaya yang melengkapkan pembelajaran formal di bilik kuliah. Di samping itu, program ini memberikan ruang kepada pelajar UKM dan UMM untuk berkongsi pengalaman, idea dan inisiatif pelajar, sekali gus menggalakkan pertukaran pengetahuan serta pendedahan silang budaya dalam kalangan peserta.

Penganjuran SYNERGY ASEAN 2026 mencerminkan usaha berterusan UKM dan UMM untuk memperluas jaringan kerjasama serantau melalui pembangunan pelajar yang lebih holistik. Pendekatan ini selaras dengan keperluan semasa untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan akademik, tetapi turut memiliki kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah, kreativiti, kebolehsuaian dan keupayaan bekerja dalam persekitaran antarabangsa.

Program ini diharapkan dapat menjadi asas kepada lebih banyak inisiatif bersama UKM dan UMM dalam bidang pembangunan pelajar, mobiliti antarabangsa, kebolehpasaran graduan, kepimpinan, keusahawanan, inovasi dan pembangunan kolej kediaman pada masa akan datang.

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀



[𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Kolej Aminuddin Baki merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyar...
28/09/2026

[𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐇]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙

Kolej Aminuddin Baki merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🤲🏻

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Kolej Aminuddin Baki mengucapkan sela...
27/09/2026

[𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐒𝐓𝐄𝐑 𝟏 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙

Kolej Aminuddin Baki mengucapkan selamat menjalani Semester 1 sesi akademik 2026/2027 kepada seluruh mahasiswa KAB.

Semoga semester ini dipenuhi dengan semangat, usaha dan kejayaan. Selamat kembali ke kampus dan selamat menimba ilmu! 📚🦁💙

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

[𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐎 𝐊𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Dengan sukacitanya, Kolej Aminuddi...
25/09/2026

[𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐎 𝐊𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙

Dengan sukacitanya, Kolej Aminuddin Baki memperkenalkan barisan Felo bagi sesi 2026/2027 yang akan bersama-sama menjalankan amanah dalam membimbing dan menyokong mahasiswa sepanjang sesi ini.

Semoga barisan Felo KAB dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi serta memberikan khidmat terbaik kepada seluruh mahasiswa.

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Sekelip mata, tibalah hari terakhir Minggu Tekad Siswa. Empat hari penuh...
23/09/2026

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Sekelip mata, tibalah hari terakhir Minggu Tekad Siswa. Empat hari penuh pengalaman, cabaran dan kenangan kini melabuhkan tirai. 🌟

Semoga segala pengalaman yang dilalui menjadi bekalan dalam menempuh perjalanan sebagai mahasiswa UKM serta terus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam diri setiap warga KAB. 🦁💙

Berakhirnya sebuah permulaan, bermulalah sebuah perjalanan.



[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Tak sangka, dah pun tiba ke hari ke...
22/09/2026

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙
Tak sangka, dah pun tiba ke hari ketiga MTS! ⏳✨

Semakin banyak pengalaman ditimba, ilmu dipelajari dan ukhuwah dieratkan bersama rakan seperjuangan di KAB.
Teruskan semangat dan manfaatkan setiap detik sepanjang Minggu Tekad Siswa! 🦁💙



“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙Hari kedua Minggu Tekad Siswa diteru...
21/09/2026

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🦁💙

Hari kedua Minggu Tekad Siswa diteruskan dengan penuh semangat! ✨

Pelajar baharu terus menunjukkan kesungguhan dan kebersamaan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Teruskan langkah ini dalam membina pengalaman baharu dan mengeratkan ukhuwah sesama kita! 🦁💙

“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]Selamat datang ke Minggu Tekad Siswa (MTS) sesi 2026/2027 di Kolej Aminu...
20/09/2026

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Selamat datang ke Minggu Tekad Siswa (MTS) sesi 2026/2027 di Kolej Aminuddin Baki! 🦁💙

Pada hari pertama pendaftaran pelajar baharu, KAB dengan bangganya menerima kunjungan pengurusan tinggi UKM. Semoga semua pelajar baharu dapat menikmati program yang disediakan sepanjang MTS dan bersedia menyambut cabaran serta kecemerlangan di kampus.



“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

20/09/2026

[𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐓𝐄𝐊𝐀𝐃 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟕]

Selamat datang ke Minggu Tekad Siswa (MTS) sesi 2026/2027 di Kolej Aminuddin Baki! 🦁💙

Pada hari pertama pendaftaran pelajar baharu, KAB dengan bangganya menerima kunjungan pengurusan tinggi UKM. Semoga semua pelajar baharu dapat menikmati program yang disediakan sepanjang MTS dan bersedia menyambut cabaran serta kecemerlangan di kampus.



“𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍”

𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐀𝐌𝐈𝐍𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐈
𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+603-89215104

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Aminuddin Baki, UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share