19/08/2026
🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin atas kejayaan memperoleh Geran Kajian Jangka Pendek (KJP) Kementerian Ekonomi berjumlah RM349,965.00.
Geran ini bagi tajuk kajian:
“Strengthening OGSE participation in Malaysia’s Energy Transition: Integrating ASEAN Power Grid (APG) Infrastructure and Blue Renewable Energy (Blue RE) Opportunities.”
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan kecemerlangan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam memperkasa penyelidikan dan menyumbang kepada agenda kelestarian serta transisi tenaga negara.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi, penyelidikan berimpak tinggi dan sumbangan bermakna kepada pembangunan negara.
Tahniah Prof. Dr. Norasikin! Terus cemerlang dan menginspirasi!