24/09/2026
๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฅ ๐๐ข๐๐ฐ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐จ๐ง๐๐ฎ๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐โ๐๐๐ฉ๐ฎ๐ง (๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐โ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐๐จ๐ง๐๐ฎ๐๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ญ๐๐ง๐๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ก๐จ๐ฉ)
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan MalaysiaโJapan IEC Semiconductor Standards Workshop bertemakan "Bridging Standards. Enabling Innovation. Building a Sustainable Semiconductor Future" bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 4, FKAB, UKM.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama antarabangsa bersama International Electrotechnical Commission (IEC), IEEE Malaysia Section yang diwakili oleh Pengerusinya, Ir. Dr. Bernard Lim, bersama IEEE Electronics Packaging Society Malaysia, serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Jabatan Standard Malaysia (DSM).
Majlis perasmian dan penganjuran bengkel ini telah dimulakan dengan penyampaian ucapan alu-aluan oleh Pengarah IMEN, Prof. Ir. Dr. Ahmad Ashrif A. Bakar. Sesi seterusnya menghimpunkan para pakar industri dari Malaysia dan Jepun, badan-badan piawaian, serta warga akademik bagi membincangkan kepentingan piawaian semikonduktor antarabangsa, khususnya IEC TC 47/SC 47 dan TC 91, di samping pemahaman mendalam mengenai Pelan Hala Tuju Teknologi Jisso Jepun (Japan's Jisso Technology Roadmap).
Antara pengisian utama bengkel termasuk perkongsian berhubung piawaian Malaysia yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Syamsul Nasyriq bin Samsol Baharin, Vice Chairman of the Working Group of Semiconductor (NSC 19/WG 8), Jabatan Standard Malaysia (DSM).
Sesi perbincangan panel bertajuk "IEC TC 47, TC 91" p**a telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Siow Kim Shyong (IMEN, UKM) selaku moderator, dengan menampilkan barisan penceramah pakar dari Jepun:
Ms. Chiko Yorita(Hitachi Ltd.)
Dr. Haruki Takei (Siemens EDA)
Mr. Masaki Suwa (KOA Corporation)
Prof. Koji Nishi (Ashikaga University)
Mr. Takuya Shinoda (DENSO Corporation)
Perbincangan secara menyeluruh ini memberi pendedahan signifikan berhubung mekanisme pembangunan piawaian antarabangsa serta mengenalpasti ruang strategik bagi penglibatan aktif Malaysia. Memandangkan ekosistem semikonduktor negara kini beralih ke arah aktiviti bernilai tinggitermasuk penyelidikan, reka bentuk, pempakejan termaju (advanced packaging), dan pembuatan pembinaan keupayaan tempatan dalam menyumbang kepada piawaian antarabangsa masa hadapan adalah amat kritikal.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengarah IMEN, semua penceramah, delegasi, serta rakan kerjasama atas komitmen dan perkongsian kepakaran yang berimpak tinggi. Diharapkan penganjuran ini dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama teknikal yang lebih erat antara Malaysia dan Jepun selaras dengan aspirasi "Global Standards. Greater Opportunities."