10/06/2026
Siri 2: Jerayawara Garis Panduan Akreditasi Dan Penilaian Pematuhan Program Pengajian
Jerayawara Garis Panduan Akreditasi dan Penilaian Pematuhan Program Pengajian telah berlangsung pada 8 Jun 2026 (Isnin) sebagai platform perkongsian dan pemerkasaan kefahaman kepada Penolong Dekan Kualiti & Strategi/ Ketua Jaminan Kualiti, Ketua Program dan Penyelaras Program berkaitan pelaksanaan serta pematuhan terhadap garis panduan yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, dengan tempoh transisi sehingga 1 Julai 2026.
Semoga sesi ini dapat membantu memperkukuhkan pelaksanaan penilaian akreditasi program pengajian secara lebih teratur, sistematik dan selaras dengan keperluan universiti.
Terima kasih dan Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas dedikasi dan komitmen luar biasa sepanjang Jerayawara berlangsung!