10/09/2026
๐ TAHNIAH PUSAT KAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH (PKQS), FPI UKM! ๐
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas pencapaian membanggakan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah (PKQS) dalam Majlis Perhimpunan Warga FPI Bil. 2/2026 & Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan Fakulti Pengajian Islam Tahun 2026, yang berlangsung pada 10 September 2026 di Dewan Sheikh Othman Sarawak, FPI UKM.
Syukur, PKQS telah berjaya meraih 6 anugerah:
PENERIMA ANUGERAH KUALITI & KECEMERLANGAN FPI 2026
1. Anugerah Pusat Penjana Dana Tertinggi - PKQS
2. Anugerah Amalan Berkualiti Program Terbaik (Prasiswazah) - Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah
3. Anugerah Ahli Akademik Cemerlang - PM Dr Latifah Abdul Majid
4. Anugerah Penyelidik Harapan - Dr Mohd Farhan Md Ariffin
5. Anugerah Ahli Akademik Harapan - Dr Nor Syamimi Mohd
6. Anugerah Pengerusi Pusat Terbaik - PM Dr Haziyah Hussin
7. Anugerah Penulis Buku Penerbit Tersohor Terbanyak - Dr Wan Nasyrudin Wan Abdullah
8. Penerima Dana Penyelidikan Tertinggi - PM Dr Sabri Mohamad
Tahniah & Syabas. Terus berkhidmat dengan cemerlang. Moga sentiasa diberkati Alla Taala
Kejayaan ini merupakan hasil usaha berpasukan, komitmen, kesungguhan dan kebersamaan seluruh warga PKQS dalam memartabatkan kecemerlangan akademik, penyelidikan dan pengajian al-Quran dan al-Sunnah.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan serta memberi manfaat kepada universiti, masyarakat dan ummah.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga PKQS! ๐น
Ikhlas daripada,
Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah (PKQS)
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia