Rumah Haiwan UKM

Rumah Haiwan UKM Rumah Haiwan telah ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah pengurusan Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Membiak , memelihara dan membekal haiwan-haiwan makmal seperti Tikus Putih,Mencit,Arnab,Tikus Belanda, Hamster.Untuk tujuan pengajaran (amali) dan penyelidikan di UKM dan institusi-institusi / badan-badan di luar UKM. Pada awal penubuhannya, Rumah Haiwan telah di tempatkan di bangunan semantara Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya, Selangor, antara 1970 hingga 1982. Rumah Haiwan telah dipindahkan

ke bangunan tetap di Komplek Rumah Haiwan di bawah Fakulti Sains Hayat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada tahun 1982. Selepas pensukturan semula pada tahun 1999 sehingga sekarang Rumah Haiwan telah diurus oleh Fakulti Sains Dan Teknologi. Rumah Haiwan yang ada sekarang di Kampus Bangi semenjak perpindahan dari Maktab Perguruan Islam, Petaling Jaya, Selangor telah banyak menyediakan sumbangan pengajaran dan penyelidikan yang berasaskan haiwan kepada kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia, juga institusi-institusi penyelidikan luar UKM.

Lawatan pelajar kursus Bioteknologi Haiwan – STAB4153 dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Tek...
18/11/2025

Lawatan pelajar kursus Bioteknologi Haiwan – STAB4153 dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai haiwan makmal dan pengurusan haiwan makmal di Unit Rumah Haiwan FST.

Tarikh : 10 November 2025 )
Masa : 8.30-10.30 pagi
Jumlah pelajar : 33 pelajar
Pensyarah :
Dr. Nadiatur Akmar Zulkifli (Penyelaras Kursus STAB4153, JSBB)
Dr. Danial Hariz Zainal Abidin

BENGKEL PERATURAN DAN KAEDAH KAJIAN HAIWAN MAKMAL 2025Tarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)Masa : 8.30 pagi - 3.00 petangTempa...
19/09/2025

BENGKEL PERATURAN DAN KAEDAH KAJIAN HAIWAN MAKMAL 2025
Tarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Blok Penyelidikan 1, Unit Rumah Haiwan Sekretariat Makmal dan Instrumentasi FST UKM

Bengkel kali ini disertai oleh seramai 9 pelajar dari Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi dan Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains Dan Teknologi UKM, Dr. Shairah Shairah Binti Abdul Razak (Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan FST), Dr. Mohd Rohaizad Bin Md. Roduan (Pensyarah Jabatan Sains Biologi & Bioteknologi FST), Dr. Norfarhan Binti Mohd As'Saad (Jabatan Fizik Gunaan FST).

Objektif utama bengkel ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan peraturan makmal, etika penggunaan haiwan penyelidikan, demonstrasi dan amali pengendalian haiwan makmal, pemilihan jantina haiwan, kekangan haiwan, substance administration untuk eutanasia dan anestesia, bleeding technique dan sample harvesting.

Kakitangan yang terlibat:
En Fathur Rizqi (Penolong Pegawai Veterinar G5)
Cik Siti Aisyah Zainal Abidin (Penolong Pegawai Veterinar G5)
Encik Rafie Lim Bin Mohd Ros Lim (Penolong Pegawai Sains C5)
Encik Mohd Redha Izwan Bin Adnan (Penolong Pegawai Sains C5)
Puan Afuza Mustafa (Pembantu Makmal C3)
Encik Muhammad Nadzmirulnaim Bin Mohd DIn (Pembantu Makmal C2)

Tahniah kepada Encik Mohd. Nor Bin Hasan, Pembantu Veterinar G3 Unit Rumah Haiwan  Fakulti Sains Dan Teknologi UKM atas ...
19/09/2025

Tahniah kepada Encik Mohd. Nor Bin Hasan, Pembantu Veterinar G3 Unit Rumah Haiwan Fakulti Sains Dan Teknologi UKM atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan 40 Tahun. Terima kasih atas jasa dan sumbangan kepada UKM dan Rumah Haiwan selama lebih 40 tahun.

Kickstart Projek Penyelidikan menggunakan Tikus Putih Sprague Dawley oleh Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigia...
18/09/2025

Kickstart Projek Penyelidikan menggunakan Tikus Putih Sprague Dawley oleh Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian UKM.

Tarikh : 18 September 2025 (Khamis)
Masa : 9 pagi - 5 petang
Lokasi : Bilik Pembedahan, Kompleks Rumah Haiwan

Tajuk Penyelidikan: 3D-Bioprinting of Acrylated Palm Olein–Hydroxyapatite Scaffold for Periodontal Regeneration in a Rat Mandibular Bone Defect Model
Penyelidik : Prof. Madya Dr. Masfueh Binti Razali, Prof. Madya Dr. Nurulhuda Mohd

Anggaran Tempoh Projek: 7 minggu

Kakitangan Unit Rumah Haiwan yang bertugas dalam membantu menjalankan penyelidikan ini:
En Fathur Rizqi, Penolong Pegawai Veterinar G5
Cik Siti Aisyah Zainal Abidin, Penolong Pegawai Veterinar G5

Address

Rumah Haiwan UKM
Bangi
43600

Telephone

0389213835

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Haiwan UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share