12/02/2026
3MT UKM 2026 Serlahkan Kecemerlangan Pascasiswazah
CHERAS: Pertandingan 2026 Three Minute Thesis (3MT) Peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Februari 2026 (Selasa) bermula jam 8.20 pagi bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM.
Program ini merupakan anjuran bersama Akademik-UKM dan Fakulti Perubatan, UKM serta telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor. Seramai 53 peserta daripada pelbagai fakulti dan institut telah mengambil bahagian dengan membentangkan penyelidikan masing-masing dalam tempoh tiga minit mengikut format rasmi pertandingan.
Bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi serta Kategori Sains Sosial, hadiah tempat pertama adalah sebanyak RM1,000.00, hadiah tempat kedua sebanyak RM600.00 dan hadiah tempat ketiga sebanyak RM400.00.
Dalam Kategori Sains, Kejuruteraan dan Teknologi, tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Nabilah Zulkifly dari Fakulti Pergigian, kedua p**a diraih oleh Adawiyah Md Ashar dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, manakala Nor Amalina Abdul Rahim dari Fakulti Farmasi berjaya menduduki tempat ketiga.
Kategori Sains Sosial p**a, tempat pertama Sharifah Maimunah Syed Mud Puad dari Fakulti Pendidikan tempat kedua dimenangi oleh Nur Asyiqin Zohkarnain dari Fakulti Pengajian Islam, tempat ketiga p**a dimenangi oleh Nor Athirah Mursyidah Nor Zailan dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang serta peserta atas komitmen dan kecemerlangan yang dipamerkan. Semoga pertandingan ini terus menjadi platform yang memperkukuh budaya penyelidikan dan komunikasi akademik di UKM.