Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM

Call Directions Website

Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM Media Sosial Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia

18/09/2026

Sorotan video Program Deklamasi Puisi Malaysia MADANI bagi Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat UKM 2026 anjuran Pusat Kebudayaan UKM di Panggung Seni

Program seni ini berjaya menghimpunkan penggiat seni, ahli akademik dan tetamu kehormat menerusi persembahan deklamasi puisi, nyanyian lagu puisi serta Puisidra bertemakan kemerdekaan dan patriotisme. Acara ini bukan sahaja memartabatkan keindahan sastera Melayu, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh jati diri serta menyemai rasa cinta akan negara.





KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 18 SEP 20261. Istitoโ€™ah dipenuhi, jemputan ke Makkah bukan di tangan manus...
18/09/2026

KERATAN AKHBAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 18 SEP 2026

1. Istitoโ€™ah dipenuhi, jemputan ke Makkah bukan di tangan manusia (Berita Harian)
2. Harga minyak tinggi uji ruang fiskal Belanjawan 2027 (Berita Harian)
3. Subsidi Tinggi Mampu Ancam Pembangunan (Harian Metro)
4. Musuh Islam di sebalik serangan Houthi (Utusan Malaysia)
5. Heatstroke can strike in minutes (Daily Express (KK))
6. UKM dan UCI Memperkasakan Kepakaran Penyelidikan Kerintangan Racun Serangga (Dewan Kosmik)
Link: https://dewankosmik.jendeladbp.my/2026/09/17/25986/



๐”๐Š๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‚๐€๐’๐’, ๐‚๐ก๐ข๐ง๐šUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh ...
18/09/2026

๐”๐Š๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค ๐๐š๐ง ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐‚๐€๐’๐’, ๐‚๐ก๐ข๐ง๐š

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh jaringan antarabangsa melalui lawatan pertukaran penyelidikan dan akademik oleh delegasi dari Institute of Russian, Eastern European and Central Asian Studies, Chinese Academy of Social Sciences (CASS), China.

Delegasi CASS disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ismanizan Ismail. Perbincangan tertumpu kepada penerokaan kerjasama strategik meliputi hubungan ekonomi China-Malaysia, kerjasama Belt and Road Initiative (BRI) serta jaringan strategik China-ASEAN yang lebih meluas.

Inisiatif ini menterjemahkan komitmen UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka dalam memperluas jaringan akademik dan penyelidikan, khususnya dalam bidang hubungan antarabangsa, kerjasama ekonomi serantau dan pembangunan dasar strategik.

Antara yang hadir mewakili CASS adalah Timbalan Pengarah merangkap Felo Penyelidik, Guo Xiaoqiong; Felo Penyelidik Bersekutu, Xu Wenhong dan Penolong Felo Penyelidik, Bi Zhaohui.

Kunjungan ini turut disertai oleh Presiden Belt and Road Initiative Caucus for Asia Pacific (BRICAP), Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat.

Manakala dari pihak UKM, sesi perbincangan turut dijayakan bersama Timbalan Pengarah Institute of Malaysia & International Studies (IKMAS), Prof. Madya Dr. Andika Ab Wahab serta Pengerusi Pusat Penyelidikan Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Dr. Mohd Ikbal Mohd Huda.

Pertemuan ini diharap dapat membina asas yang teguh bagi kolaborasi berterusan dan pertukaran pengetahuan berimpak tinggi antara UKM dan CASS.





๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐ ๐ข ๐ค๐ž ๐•๐ข๐ž๐ง๐ง๐š: ๐”๐Š๐Œ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐šUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membawa suara Malay...
18/09/2026

๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐ ๐ข ๐ค๐ž ๐•๐ข๐ž๐ง๐ง๐š: ๐”๐Š๐Œ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฌ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus membawa suara Malaysia ke pentas pendidikan tinggi global apabila Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh, tampil sebagai panelis antarabangsa di THE World 100 Annual Conference 2026, yang berlangsung pada 16โ€“17 September 2026 di Vienna, Austria, dengan University of Vienna sebagai hos bersama Times Higher Education.

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin dan pakar pendidikan tinggi antarabangsa bertukar pandangan mengenai perubahan landskap pendidikan tinggi, reputasi universiti, jaringan antarabangsa serta cabaran masa hadapan.

Prof. Dato' Dr. Sufian mengambil bahagian dalam sesi โ€œHigher Education in Transition: What Has Changed and What Comes Next?โ€ bersama Phil Baty, Chief Global Affairs Officer, Times Higher Education, dan Jayne Flaherty, Chief of Staff, Flinders University. Sesi tersebut dikendalikan oleh Tania Rhodes-Taylor, Executive Director of Communications and External Affairs, Kingโ€™s College London.

Menekankan kepentingan jaringan antarabangsa dan penguasaan teknologi masa hadapan, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian berkata untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi, UKM mesti berada di barisan hadapan dalam bidang teknologi termaju. Bagi mencapai aspirasi tersebut, UKM perlu memperkukuh kerjasama dengan universiti-universiti terkemuka di peringkat antarabangsa.

Mesej yang dibawa UKM dari Vienna jelas iaitu universiti masa hadapan tidak boleh bergerak bersendirian. Dalam menghadapi perubahan teknologi yang pantas, ketidaktentuan global dan cabaran kemampanan, kekuatan universiti bergantung pada keupayaannya menghubungkan ilmu, kepakaran dan jaringan merentas sempadan.

Pendekatan ini selari dengan aspirasi TEKAD 57, yang mempersiapkan UKM menuju 100 tahun kemerdekaan Malaysia pada tahun 2057, dengan ilmu bertaraf dunia yang terus berpaksikan identiti, nilai dan tanggungjawab kepada negara.

Turut hadir Pro-Naib Canselor Strategi dan Kelestarian, Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan.





๐”๐Š๐Œ ๐Š๐ž ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ค๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐šUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan inisiatif Jejak K...
18/09/2026

๐”๐Š๐Œ ๐Š๐ž ๐™๐จ๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ค๐š๐ฅ ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan inisiatif Jejak Kasih TEKAD Siswa ke Zon Selatan meliputi Negeri Sembilan dan Melaka, dengan menyantuni bakal mahasiswa yang akan mengikuti pengajian di Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Fakulti Undang-Undang (FUU), yang akan mendaftar pada 19 September 2026.

Melalui kunjungan dan penyampaian bantuan, UKM berusaha memastikan aspek kebajikan, keperluan asas dan persediaan awal bakal mahasiswa diberikan perhatian sebelum mereka memulakan kehidupan di kampus.

Bakal mahasiswa dan keluarga turut menyambut baik keprihatinan UKM serta menzahirkan rasa teruja untuk memulakan pengajian.

Jejak Kasih TEKAD Siswa mencerminkan komitmen UKM dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa terus menjadi keutamaan agar setiap pelajar dapat memulakan perjalanan di UKM dengan lebih yakin dan bersedia.





18/09/2026

Tingal 1 Hari Lagi!

Adik-adik yang bakal mendaftar esok, ada yang dah sampai Bangi?

Min doakan semoga adik-adik bersama keluarga selamat tiba di kampus UKM. Semoga segala urusan pendaftaran esok berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sebelum DECTAR mula gamat dengan Minggu Tekad Siswa UKM 2026/2027, kita nak bagi big shoutout dulu kepada abang dan kakak senior yang dah bertungkus-lumus membuat persiapan dan menceriakan kampus. Tanpa korang, tak meriah la Minggu Tekad Siswa kali ni.






๐”๐Š๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐Œ๐„๐‚ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ข๐จ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐จ๐งUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan ...
17/09/2026

๐”๐Š๐Œ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐’๐ญ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐ข๐ค ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐Œ๐„๐‚ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ข๐จ๐ฌ๐ข๐ฅ๐ข๐ค๐จ๐ง

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meneruskan langkah memperkukuh jaringan penyelidikan dan inovasi antarabangsa melalui lawatan dan perbincangan bersama Interuniversity Microelectronics Centre (IMEC), Belgium, khususnya dalam bidang teknologi biosilikon.

Lawatan dan perbincangan yang diketuai oleh Naib Canselor UKM, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh memberi tumpuan kepada penerokaan kerjasama penyelidikan melalui Pusat Semikonduktor UKM dalam bidang teknologi nanofilter silikon, bahan salutan nano, mikrofluidik dan biosensor.

Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek pemindahan teknologi serta pembangunan microcredential yang diiktiraf bersama oleh UKM dan IMEC. Inisiatif ini membuka ruang kepada pengukuhan pembangunan bakat berkemahiran tinggi, selain memperluas laluan daripada penyelidikan kepada aplikasi teknologi dan keperluan industri.

Dalam lawatan yang sama, delegasi UKM turut mengadakan perbincangan bersama IMEC Eindhoven dan University Medical Center (UMC) Utrecht bagi meneroka potensi kolaborasi penyelidikan berorientasikan industri dalam bidang artificial kidney dan regenerative medicine.

Jaringan ini mencerminkan aspirasi UKM untuk memperkukuh kedudukan sebagai universiti penyelidikan yang menghubungkan kepakaran akademik, teknologi terkehadapan, industri dan keperluan masyarakat. Melalui kerjasama rentas disiplin dan antarabangsa, UKM terus meneroka ruang baharu bagi menghasilkan penyelidikan yang bukan sahaja berimpak dari sudut akademik, tetapi berpotensi diterjemahkan kepada penyelesaian teknologi dan manfaat sebenar kepada masyarakat.

Daripada semikonduktor kepada teknologi perubatan masa hadapan, UKM terus memperluas jaringan global bagi meneroka teknologi terkehadapan dan membina ekosistem inovasi yang berimpak.

Turut hadir Pengarah Pusat Semikonduktor UKM, Prof. Dr. Azrul Azlan Hamzah.





๐’๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ค ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐š ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ข ๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐“๐ฎ๐ซ๐š๐ญ๐ก ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Instit...
17/09/2026

๐’๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ค ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐š ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ข ๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐“๐ฎ๐ซ๐š๐ญ๐ก ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengadakan Pameran Busana Muslim Nusantara sempena penganjuran Festival Turath Islami Malaysia 2026.

Pameran ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YAB Datoโ€™ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ke tapak pameran di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya semalam.

Pameran ini membuka ruang buat pengunjung untuk menghayati dengan lebih dekat lagi akan keunikan, keindahan serta kepelbagaian busana warisan Alam Nusantara yang sarat dengan nilai sejarah, budaya dan warisan tanah air.

Turut hadir di tapak pameran adalah Dr. Junaini Kasdan, Timbalan Pengarah ATMA; Dr. Faizal Musa, Ketua Penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM ) ATMA serta Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Kurator Pameran Busana Muslim Nusantara.





๐”๐Š๐Œ-๐“๐ก๐ž๐ซ๐ฆ๐จ ๐…๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐จ๐ฌ๐ค๐จ๐ฉ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui P...
17/09/2026

๐”๐Š๐Œ-๐“๐ก๐ž๐ซ๐ฆ๐จ ๐…๐ข๐ฌ๐ก๐ž๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐Œ๐ข๐ค๐ซ๐จ๐ฌ๐ค๐จ๐ฉ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Semikonduktor UKM terus memperluas jaringan strategik industri apabila mengadakan perbincangan bersama Thermo Fisher Scientific, Netherlands bagi meneroka kerjasama dalam pembangunan kursus microcredentials dan kursus profesional dalam Teknik Mikroskopi Elektron Termaju yang diiktiraf bersama oleh kedua-dua pihak.

Perbincangan yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Sufian Jusoh ini telah memberi tumpuan kepada pembangunan program latihan yang dapat memperkukuh kepakaran teknikal, perkongsian fasiliti serta penjanaan melalui latihan industri, sekali gus menyediakan laluan yang lebih tersusun bagi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi termaju daripada ekosistem industri kepada akademia.

Kerjasama yang dirintis ini berpotensi memberi manfaat kepada pembangunan kepakaran modal insan akademia dan industri dalam bidang semikonduktor serta bidang berkaitan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat rantau ASEAN. Usaha ini juga memperlihatkan pendekatan UKM dalam menghubungkan kepakaran universiti dengan keperluan industri bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan bersedia mendepani perkembangan teknologi semikonduktor.

Inisiatif ini turut menyokong pelaksanaan ASEAN Framework for Semiconductor Supply Chain (AFISS) yang dibangunkan oleh UKM bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) pada tahun 2026, khususnya dalam memperkukuh pembangunan bakat dan keupayaan teknologi bagi menyokong rantaian bekalan semikonduktor serantau.

Melalui jaringan strategik bersama pemain industri berteknologi tinggi, UKM terus memperkukuh peranannya dalam membangunkan bakat masa hadapan, memperluas keupayaan teknologi dan menyumbang kepada pengukuhan ekosistem semikonduktor Malaysia serta ASEAN.

Turut hadir Pengarah Pusat Semikonduktor UKM, Prof. Dr. Azrul Azlan Hamzah, dan Timbalan Pengarah CRIM, Prof. Dr. Mohd Ambri Mohamed.





Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389215555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share