Pusat Sukan UKM Official

Call Directions Website Contact the university

Pusat Sukan UKM Official Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia

TAHNIAH & SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Norahafizah Binti Hashim, Atlet Hoki Wanita UKM atas kejayaan ...
24/09/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Norahafizah Binti Hashim, Atlet Hoki Wanita UKM atas kejayaan menerima Anugerah Sukan sempena Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2026.

🏅 ANUGERAH SUKAN
🌟 Majlis Anugerah Siswa Gemilang Hang Tuah Jaya 2026
📅 16 September 2026

Pengiktirafan ini menjadi bukti atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan beliau dalam bidang sukan, di samping mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk terus berusaha, berprestasi dan mengukir kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Tahniah Norahafizah. Teruskan mencipta kejayaan!

Ikhlas daripada Warga Pusat Sukan UKM



TAHNIAH ATLET PICKLEBALL STAF UKM! 🏓Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Fadzri Bin Sulaiman (K012399) da...
22/09/2026

TAHNIAH ATLET PICKLEBALL STAF UKM! 🏓

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Fadzri Bin Sulaiman (K012399) dan Dr Wan Rezawana Binti Wan Daud (K019428) atas kejayaan meraih Naib Johan Beregu Campuran dalam Kejohanan Pickleball Jom Malaysia (Kategori Antara Penjawat Awam) yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 September 2026 di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di pentas sukan.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan demi UKM. 💪🏻



TAHNIAH ATLET PICKLEBALL STAF UKM! 🏓Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Fadzri Bin Sulaiman (K012399) da...
22/09/2026

TAHNIAH ATLET PICKLEBALL STAF UKM! 🏓

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Fadzri Bin Sulaiman (K012399) dan Encik Mohd Farid Bin Omar (K018313) atas kejayaan meraih Johan Beregu Lelaki dalam Kejohanan Pickleball Jom Malaysia (Kategori Antara Penjawat Awam) yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 September 2026 di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, komitmen dan dedikasi yang tinggi dalam mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di pentas sukan.

Syabas dan tahniah! Teruskan kecemerlangan demi UKM. 💪🏻



SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIASelamat datang diucapkan kepada pelajar baharu dan atlet hebat yang baka...
20/09/2026

SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu dan atlet hebat yang bakal melakar kisah baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ❤️💛💙

Semoga kehadiran anda semua menjadi penyeri dan pencetus semangat baharu dalam membina kecemerlangan akademik, sahsiah dan sukan. Jadikan setiap langkah di bumi UKM sebagai peluang untuk belajar, berkembang dan mencipta kejayaan.

Ayuh bersama mengukir prestasi, mengharumkan nama UKM dan terus melangkah sebagai juara. Selamat datang dan selamat maju jaya!



Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera.JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN RENTAS ILMU UKM 2026 (LaRI 2026)Yayasan Canselor UKM ...
17/09/2026

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera.

JEMPUTAN MENYERTAI LARIAN RENTAS ILMU UKM 2026 (LaRI 2026)

Yayasan Canselor UKM dengan kerjasama Pusat Sukan UKM & Pusat Islam UKM menjemput orang ramai menyertai Program Larian Rentas Ilmu UKM 2026 (LaRI 2026) bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, di samping menyemarakkan budaya berwakaf untuk manfaat berterusan kepada masyarakat.

Butiran program adalah seperti berikut :

📆10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰7.00 pagi
📍Perkarangan Masjid UKM

Pelbagai aktiviti sampingan yang menarik:

➤ Pertandingan Mewarna
➤ Subuh Macam Jumaat
➤ Senamrobik
➤ Pameran
➤ Food truck
dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Ayuh luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai kerjasama YBrs. Tuan/Puan untuk memanjangkan hebahan ini kepada keluarga, rakan-rakan serta kenalan bagi menggalakkan penyertaan yang lebih meluas.

→Daftar sekarang dan jom berLaRI!

[https://forms.gle/8Cx9vxMYLrY63qC38]

Sekian, terima kasih.

🏅 Tahniah & Syabas Warga UKM!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Ester Salimun, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains ...
17/09/2026

🏅 Tahniah & Syabas Warga UKM!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Ester Salimun, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Bumi & Alam Sekitar, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atas kejayaan meraih pingat perak dalam Kategori Individu Wanita Bawah 50 Tahun di World Taekwondo Poomsae Championships Chuncheon 2026 yang berlangsung pada 16 September 2026 di Chuncheon, Korea. 🇰🇷🥈

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui dedikasi, disiplin, ketekunan serta semangat juang yang tinggi dalam mengimbangi kerjaya akademik dan penglibatan aktif dalam sukan di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UKM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang serta mengharumkan nama universiti dan negara di persada dunia.

ANDA JUARA, UKM BANGGA!
🇲🇾 Demi UKM, Demi Malaysia!

Ikhlas daripada Warga Pusat Sukan UKM

IMAN • ILMU • AMAL


🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾Dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, keharmonian serta kebersamaan adalah kekuatan k...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

Dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, keharmonian serta kebersamaan adalah kekuatan kita. Semoga semangat perpaduan ini terus membakar azam untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Iman, Ilmu, Amal.



ATLET UKM MENGGALAS CABARAN NEGARA DI PENTAS ASIAPusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi t...
15/09/2026

ATLET UKM MENGGALAS CABARAN NEGARA DI PENTAS ASIA

Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Siti Nur Irdina binti Mohd Nor, pelajar Tahun 2, Fakulti Pendidikan UKM atas pemilihan mewakili Malaysia dalam acara Hoki Wanita di Sukan Asia Ke-20, Aichi-Nagoya 2026, yang akan berlangsung pada 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Pemilihan ini merupakan satu pencapaian membanggakan buat UKM dan mencerminkan keupayaan atlet universiti untuk terus menyerlah serta bersaing di pentas sukan antarabangsa.

Semoga Irdina membawa nama Malaysia dan UKM dengan penuh disiplin, keyakinan dan semangat juang.

Selamat maju jaya, Irdina. Dari UKM ke pentas Asia, bawa cabaran Malaysia dengan bangga. 🇲🇾

TAHNIAH & SYABASSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Basir Bahir, Pusat Pengurusan Akademik UKM atas kenaikan ...
15/09/2026

TAHNIAH & SYABAS

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Basir Bahir, Pusat Pengurusan Akademik UKM atas kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir N14, berkuat kuasa 8 September 2026.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang lebih gemilang dalam kerjaya, serta terus mencurahkan bakti dan khidmat terbaik kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tahniah atas pencapaian! Semoga terus sukses dan mengukir kejayaan.

Ikhlas daripada warga Pusat Sukan UKM


SELAMAT BERJUANG DR. ESTER SALIMUNPusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan selamat berjuang dan maju...
14/09/2026

SELAMAT BERJUANG DR. ESTER SALIMUN

Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan selamat berjuang dan maju jaya kepada Dr. Ester Salimun, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Bumi & Alam Sekitar, Fakulti Sains & Teknologi UKM yang akan mewakili Malaysia ke Kejohanan Chuncheon 2026 World Taekwondo Poomsae Championships.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 16 hingga 20 September 2026 di Chuncheon, Korea.

Semoga Dr. Ester diberikan kekuatan, ketenangan dan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia di pentas antarabangsa.


Address

UKM BANGI
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan UKM Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Sukan UKM Official:

Shortcuts

Share