20/10/2026
🔬15TH INTERNATIONAL FUTURE SCIENTISTS CONFERENCE 2026 (iFSC 2026)
Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan 15th International Future Scientists Conference 2026 (iFSC 2026) yang bertemakan “Transformative Innovation: Bridging Nature, Society, and Technology.”
Persidangan yang berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober 2026 ini bertempat di Auditorium, Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM. Program ini menjadi platform perkongsian ilmu, penerokaan penyelidikan dan pertukaran idea inovatif dalam kalangan saintis muda serta pakar industri.
Antara pengisian utama persidangan ialah sesi perkongsian bersama penceramah jemputan:
🔹 Sesi 1: 21 Oktober 2026 (Rabu), 9.00 pagi
Dr. Siew Ee Ling, Pensyarah Kanan ASASIpintar, Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM akan menyampaikan perkongsian bertajuk “Cool Ideas – But Is It Safe?”.
🔹 Sesi 2: 22 Oktober 2026 (Khamis), 9.00 pagi
En. Khairul Yusri Zamri, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tyko Media, akan menyampaikan perkongsian bertajuk “The Future Is Not a Career, It’s a Playground.”.
Semoga penganjuran iFSC 2026 terus menyemarakkan budaya penyelidikan, kreativiti dan inovasi serta memperkasa generasi saintis muda dalam meneroka penyelesaian bagi cabaran masa hadapan.
📌 Maklumat lanjut:
https://www.ukm.my/permatapintar/ifsc2026/