13/05/2026
Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Bola Sepak UKM bagi Piala Sumbangsih LBSIPT 2026
12 Mei 2026 (Selasa) | 5.30 Petang
Majlis Penyerahan Bendera kepada Pasukan Bola Sepak Universiti Kebangsaan Malaysia sempena penyertaan dalam Piala Sumbangsih Kejohanan Liga Bola Sepak IPT (LBSIPT) 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat dan patriotisme.
Majlis simbolik penyerahan bendera tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Dr. Nur Shakila Mazalan, Pengarah Pusat Sukan, bersama warga Pusat Sukan yang hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan.
Pasukan Bola Sepak UKM bakal membuka tirai kejohanan dengan menentang Universiti Teknologi MARA dalam aksi Piala Sumbangsih yang dijadual berlangsung pada 13 Mei 2026 (Rabu), jam 4.15 petang di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semoga Pasukan Bola Sepak UKM terus cemerlang dan mengharumkan nama universiti dalam kejohanan ini.
Atlet Hebat! UKM Hebat!