12/05/2026
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Perginya permata Jabatan K*K yang disayangi dan dicintai orang ramai.
Sama-sama kita doakan agar beliau dikurniakan syurga tanpa dihisab 🤲🏻
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarhamah Prof. Madya Dr. Syamsiah bt. Mashohor, Pegawai Akademik Fakulti Kejuruteraan, UPM telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2026 pagi tadi di Hospital Serdang.
Solat jenazah dijangka akan dilaksanakan selepas solat Asar di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas).
Pihak Pengurusan Fakulti ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga arwah. Moga tabah dan sabar dengan dugaan ini.
Semoga rohnya, Allahyarhamah Prof. Madya Dr. Syamsiah bt. Mashohor dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.
Innalillahi wa innailaihi raajiuun.
AL-FATIHAH
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم (۱) ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ (۲) ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (۳) مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥) ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ (٦)صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Allah SWT merahmati Almarhum. Aamiin.
Wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.