Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM

Call Directions Website

Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM Satu daripada 5 pusat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Info dan aktiviti berkaitan dengan pusat akan disiarkan dari semasa ke semasa.

Page ini adalah page tidak rasmi bagi Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikelola oleh Exco Multimedia dan Informasi, Kelab Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), FPI, UKM dan Pejabat Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI, UKM. Page ini juga bertindak sebagai medium untuk berhubung dengan NAHDAH dan juga ArabIC. Sebarang pertanyaan dan cadangan penambahbaikan adalah dialu-alukan. Terima kasih.

[TAHNIAH & SYABAS: JEMPUTAN SEBAGAI PENSYARAH PELAWAT]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) merakamk...
22/09/2026

[TAHNIAH & SYABAS: JEMPUTAN SEBAGAI PENSYARAH PELAWAT]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) merakamkan ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah dan Syabas kepada YBrs. Dr. Lily Hanefarezan Asbulah dari Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM atas jemputan sebagai Pensyarah Pelawat di University of Naama, Algeria.

Program ini akan berlangsung bertarikh 1 Oktober 2026 hingga 14 Oktober 2026. Semoga jemputan ini membuka lebih banyak ruang jalinan kepakaran antarabangsa serta mengharumkan nama Fakulti Pengajian Islam dan UKM di persada dunia.

Semoga terus berjaya dan terus melakar kejayaan! 🌟

=======================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تَعْزِيزُ اللُّغَةِ وَتَصَفُّحُ الْحَضَارَةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENOLONG DEKAN (HEPA) FPI]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) me...
22/09/2026

[SEKALUNG TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PENOLONG DEKAN (HEPA) FPI]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada YBrs. Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi dari Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pengajian Islam UKM.

Tempoh pelantikan ini berkuat kuasa mulai 10 September 2026 hingga 09 September 2029. Sekalung penghargaan dan ucapan selamat menjalankan tugas dibawakan khas buat Dr. Ahmad Fakhrurrazi. Semoga kepimpinan beliau terus membawa kepimpinan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FPI ke arah kecemerlangan yang lebih mampan.

Selamat bertugas dan Semoga dipermudahkan urusan! 🌟

=======================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تَعْزِيزُ اللُّغَةِ وَتَصَفُّحُ الْحَضَارَةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[SYABAS & TAHNIAH ATAS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES UKM]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) ...
22/09/2026

[SYABAS & TAHNIAH ATAS PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET PALAPES UKM]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan Setinggi-Tinggi Tahniah kepada semua Pegawai Kadet Peringkat Senior Siri-44 atas penganugerahan dalam Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam Ke-44 yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kejayaan ini membuktikan komitmen, disiplin, dan kesungguhan kor dalam membentuk sahsiah serta jati diri kepimpinan mahasiswa.

Semoga pencapaian ini menjadi pendorong untuk terus cemerlang, berbakti kepada negara, serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti.

Tahniah dan syabas! Semoga terus maju jaya.

=======================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تَعْزِيزُ اللُّغَةِ وَتَصَفُّحُ الْحَضَارَةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾]16 SEPTEMBER 2026"Malaysia Bersatu, Harmoni Sentiasa”Kelab Mahasiswa Pengaji...
16/09/2026

[🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾]

16 SEPTEMBER 2026

"Malaysia Bersatu, Harmoni Sentiasa”

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia!

Tanggal 16 September merupakan detik bersejarah pembentukan persekutuan tanah air kita sebuah lambang penyatuan Sabah, Sarawak, dan Semenanjung di bawah satu naungan. Kepelbagaian budaya, bangsa, dan agama adalah keunikan yang memperkukuh ikatan persaudaraan kita.

Bersempena hari yang bermakna ini, marilah kita bersama-sama memperkasakan semangat perpaduan, memelihara keharmonian, dan terus berganding bahu demi kemakmuran negara tercinta.

=======================

"MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تَعْزِيزُ اللُّغَةِ وَتَصَفُّحُ الْحَضَارَةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[SYABAS & TAHNIAH ATAS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA (PA) 2026]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam ingin merak...
12/09/2026

[SYABAS & TAHNIAH ATAS PENTAULIAHAN LEFTENAN MUDA (PA) 2026]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada para pelajar Al-Hujjah atas kejayaan menerima pentauliahan sebagai Leftenan Muda (PA) dalam Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-17 Tahun 2026.

Pentauliahan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen, disiplin dan kesungguhan dalam membentuk jati diri serta kepimpinan mahasiswa yang berkualiti.

Semoga kejayaan yang diraih ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa potensi diri, menyemai semangat kepimpinan dan meningkatkan daya saing dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. Diharapkan pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa/i untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bidang demi membina generasi mahasiswa yang berintegriti, berdaya saing dan progresif.

Semoga terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di persada yang lebih luas.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan.
Semoga terus maju jaya! 🌟

===========================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG ]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan se...
12/09/2026

[ TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG ]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Saudari Siti Nor Zafirah binti Komri atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam acara Hoki Perempuan pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Pencapaian ini menjadi bukti nyata semangat juang, disiplin dan kesungguhan beliau dalam menaikkan nama universiti di pentas sukan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah atas pencapaian anda! 🏅🏐✨

============================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

[ TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG ]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan se...
12/09/2026

[ TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG ]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Saudara Muhammad Hafizul Isma bin Wahid atas kejayaan meraih Pingat Gangsa dalam acara Bola Tampar Lelaki pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Pencapaian ini menjadi bukti nyata semangat juang, disiplin dan kesungguhan beliau dalam menaikkan nama universiti di pentas sukan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

Tahniah atas pencapaian anda!🏅🏐✨

============================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 OGOS 2026Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) meng...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 OGOS 2026

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-69. Tanggal 31 Ogos kembali menjadi detik bermakna buat seluruh rakyat Malaysia dalam memperingati sejarah kemerdekaan tanah air yang telah dicapai dengan penuh pengorbanan, kesatuan dan semangat juang para tokoh terdahulu.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menghargai keamanan, memelihara keharmonian serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi merupakan amanah yang perlu dipelihara dan diwarisi oleh setiap generasi. Justeru, marilah kita bersama-sama menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri dan berganding bahu dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan harmoni.

“Bumi Bertuah, Negaraku Tercinta"

Ayuh, semarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air. 🇲🇾

=======================

“MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN”

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LAWATAN KE FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKMSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SMA Lughatil Arabia...
20/08/2026

LAWATAN KE FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SMA Lughatil Arabiah, Tangkak, Johor atas kunjungan ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah diadakan pada 20 Ogos 2026 (Khamis).

Program ini melibatkan seramai 44 orang pelajar Tingkatan 5 bersama 4 orang guru pengiring, dengan pengisian Taklimat Pengenalan Program Pengajian UKM (Fokus Pengajian Islam) serta Lawatan Kampus di sekitar Fakulti Pengajian Islam.

Semoga kunjungan ini dapat memberikan pendedahan dan inspirasi kepada para pelajar dalam mengenali dunia pengajian tinggi, khususnya dalam bidang Pengajian Islam.

"MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN"

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

📲 FACEBOOK
https://www.facebook.com/nahdahukm/

📲 INSTAGRAM
https://instagram.com/arabic_ukm?igshid=2zhn9fq46ed2




[TAHNIAH & SYABAS]Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan u...
09/08/2026

[TAHNIAH & SYABAS]

Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah serta syabas kepada atlet NAHDAH iaitu:

SITI NOOR AMIRAH BINTI ABDUL MALEK (A210137)

Atas kejayaan gemilang yang telah dicapai iaitu Tempat Ketiga dalam Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT Kategori 3.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan fakulti dan universiti, bahkan menjadi bukti semangat juang, disiplin, dan dedikasi beliau dalam mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia di persada sukan seni bela diri.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sekian, Tahniah dan Syabas.

______________________________

"MEMPERKASA BAHASA, MENELUSURI TAMADUN"

تعزِيزُ اللغة وتَصَفُّح الحضارةِ

KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM (NAHDAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2025/2026

Address

Pusat Kajian Bahasa Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389215550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share