Sekretariat Rukun Negara UKM

Sekretariat Rukun Negara UKM Sekretariat Rukun Negara UKM bernaung di bawah Urusetia HEPA UKM & Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

OBJEKTIF
-Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.

-Menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai `platform' berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.

-Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk m

empraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

-Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.

Salam Nuzul al-Quran (1444H | 2023M) kepada semua rakan dan keluarga Islam!  IKHLAS DARIPADA Sekretariat Rukun Negara UK...
27/03/2024

Salam Nuzul al-Quran (1444H | 2023M) kepada semua rakan dan keluarga Islam!

IKHLAS DARIPADA Sekretariat Rukun Negara UKM

[Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66]Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 kepada seluruh rakyat Malaysia yang te...
31/08/2023

[Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66]
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Kemerdekaan ini besar nilainya buat kita semua. Ayuh Malaysia MADANI, Marilah kita kobarkan semangat cintakan negara dengan kibarkan Jalur Gemilang. Semoga sambutannya kali ini akan menzahirkan sebuah patriotisme yang lebih tinggi dan jitu yang lahir daripada jiwa cintakan negara buat kita semua.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,
Perpaduan rakyat teras utama,
Rakyat bersatu negara berjaya,
Malaysia MADANI aman sejahtera.

Bersempena dengan itu, Sekretariat Rukun Negara Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66! Merdeka Merdeka Merdeka!
Jangan Lupa, Kibarkan Jalur Gemilang!



๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐“๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐’๐ž๐ค๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ญ ๐‘๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐”๐Š๐Œ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ‘‘ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ซ๐’Š๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚: ๐‘ณ๐’Š๐’Ž ๐‘ฒ๐’†๐’† ๐’๐’–๐’๐Ÿ‘‘ ๐‘ต๐’‚๐’Š๐’ƒ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ซ๐’Š๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚: ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž...
23/07/2023

๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐“๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐’๐ž๐ค๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ญ ๐‘๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š ๐”๐Š๐Œ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐Ÿ’

๐Ÿ‘‘ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ซ๐’Š๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚: ๐‘ณ๐’Š๐’Ž ๐‘ฒ๐’†๐’† ๐’๐’–๐’
๐Ÿ‘‘ ๐‘ต๐’‚๐’Š๐’ƒ ๐’€๐’‚๐’๐’ˆ ๐‘ซ๐’Š๐‘ท๐’†๐’“๐’•๐’–๐’‚: ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘ฏ๐’‚๐’‡๐’Š๐’› ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘บ๐’‰๐’‚๐’Š๐’Ž๐’Š
โœ๏ธ ๐‘บ๐’†๐’•๐’Š๐’‚๐’–๐’”๐’‚๐’‰๐’‚: ๐‘จ๐’๐’š๐’‚ ๐‘บ๐’๐’‡๐’†๐’‚ ๐’ƒ๐’• ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ต๐’‚๐’›๐’“๐’Š
โœ๏ธ ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’ƒ. ๐‘บ๐‘ผ: ๐‘ด๐’–๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘พ๐’‚๐’‡๐’Š ๐’ƒ๐’Š๐’ ๐‘น๐’‚๐’›๐’‚๐’๐’Š
๐Ÿ’ฐ ๐‘ฉ๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’Š: ๐‘ด๐’–๐’๐’Š๐’”๐’‚ ๐‘ฉ๐’–๐’”๐’”๐’‚๐’Š๐’๐’‚ ๐’ƒ๐’Š๐’๐’•๐’Š ๐‘ด๐’๐’‰๐’‚๐’Ž๐’Ž๐’‚๐’… ๐‘ฉ๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’Ž๐’‚๐’
๐Ÿ’ฐ ๐‘ป๐’Š๐’Ž๐’ƒ. ๐‘ฉ๐’†๐’๐’…: ๐‘พ๐’๐’๐’ˆ ๐’๐’‰๐’Š ๐‘ณ๐’Š๐’

Di dalam SRNUKM bersemangat membara, hashtag kita gunakan sebagai lambang cinta.
Sama-sama berjuang, berkhidmat tanpa henti,
Semoga berjaya, kejayaan terus sentiasa.

Mari bersama-sama berusaha memperjuangkan nilai-nilai Rukun Negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

/24

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐‘๐ ๐”๐Š๐Œ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐Ÿ’Pada 26 Jun 2023 (Isnin), Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 23/24 telah diadakan se...
23/07/2023

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐€๐ ๐ฎ๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐’๐‘๐ ๐”๐Š๐Œ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐Ÿ’

Pada 26 Jun 2023 (Isnin), Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 23/24 telah diadakan secara dalam talian menerusi Microsoft Teams.

Antara agenda utama adalah pembentangan laporan kewangan dan laporan aktiviti tahunan, serta pembubaran MT Sesi 22/23, dan watikah pelantikan MT Sesi 23/24.

Tahniah dan syabas kepada MT Sesi 22/23 & 23/24. Ia menandakan satu permulaan yang lagi baharu bagi SRN UKM dengan penuh semangat dan komitmen untuk terus berkhidmat.

Semoga terus maju jaya. Selamat berkhidmat.

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & TAHUN BARU HIJRAH]SRNUKM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah & Awal Muhara...
19/07/2023

[SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM & TAHUN BARU HIJRAH]

SRNUKM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah & Awal Muharam. dengan penuh kesyukuran.

Dalam setiap detik dan minit, semoga Umat Islam terus memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga perjalanan di tahun baru ini dipenuhi dengan rahmat, kebahagiaan, dan kemakmuran yang berkekalan.

Jadikanlah waktu yang berharga ini sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT. Berdoalah agar setiap langkah kita diberkati, dan setiap usaha kita mendapat ganjaran yang baik.

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua. Marilah kita mengisi awal tahun ini dengan kebaikan, cinta, dan kasih sayang. Semoga tahun baru ini membawa kebahagiaan yang melimpah kepada kita semua.



Salam Aidiladha 1444H / 2023MSRNUKM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat...
29/06/2023

Salam Aidiladha 1444H / 2023M

SRNUKM ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat.

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa.

Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT khususnya bagi yang menunaikan ibadah haji serta ibadah korban pada tahun ini. In Shaa Allah.

Perkongsian Hadis:

Ketika Rasullulah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya. Maka Rasulullah SAW telah bersabda,

ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽุจู’ุฏูŽู„ูŽูƒูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽูŠู’ู†ู ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ููุทู’ุฑู ูˆูŽูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุญู’ุฑู

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha."

Hadis Riwayat Imam Ahmad (12362)


[SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KDYMM TUANKU]Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha ...
05/06/2023

[SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN RASMI KDYMM TUANKU]

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda yang ke-64.

Didoakan semoga Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahkan keberkatan, dilanjutkan usia, berada dalam sihat walafiat dan semoga seluruh Kerabat Baginda sentiasa berada dalam lindungan rahmat-Nya serta terus menjadi lambang perpaduan kepada negara.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku



[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI]Pesta hari Gawai merupakan satu pesta yang diraikan di Sarawak sebagai tanda berakhirnya m...
01/06/2023

[SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI]

Pesta hari Gawai merupakan satu pesta yang diraikan di Sarawak sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Pesta hari Gawai akan disambut dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun. Pesta hari Gawai ini akan mengumpulkan sanak saudara serta ahli keluarga untuk meraikan pesta ini bersama- sama. Dalam pesta ini pelbagai acara akan dilakukan seperti tarian, pesta meminum tuak dan sebagainya

Bersempena dengan itu, Sekretariat Rukun Negara Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya. Semoga perayaan ini terus kekal menjadi perayaan tradisi utama yang disambut meriah oleh masyarakat Bumi Kenyalang.



*JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BICARA PERPADUAN : PENGAJARAN DAN MOTIVASI*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sukacita dim...
26/05/2023

*JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM BICARA PERPADUAN : PENGAJARAN DAN MOTIVASI*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rukun Negara UKM akan mengadakan sebuah forum dengan tajuk *BICARA PERPADUAN: PENGAJARAN DAN MOTIVASI*

"Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah tergelap di Malaysia suatu ketika dahulu โ“"

Ayuh sertai kami pada :

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 27 Mei 2023 (Sabtu)

โฐ Masa : 8.30 pm - 10.00 pm

๐Ÿ’ป Platform : Dalam Talian (Facebook Live Sekretariat Rukun Negara)

Forum ini terbuka kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

โ—Merit i-Star akan disediakan untuk pelajar UKM.

โ—SIjil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

๐Ÿ“ฑ019-2667808 (Yusuf)

๐Ÿ“ฑ016-3741499 (Justin)

Scan QR code di poster untuk pendaftaran atau menggunakan google form di bawah.

๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://forms.gle/GZcTXGsKSczKa5jaA

Sekian, Terima Kasih.

*Sekretariat Rukun Negara*
*Universiti Kebangsaan Malaysia*

[SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 16 MEI 2023] โ€œGuru Insani Pemangkin Generasi Madani" SRNUKM menyedari peranan guru merupaka...
16/05/2023

[SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 16 MEI 2023]

โ€œGuru Insani Pemangkin Generasi Madani"

SRNUKM menyedari peranan guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Sempena Sambutan Hari Guru pada 16 Mei tahun ini, SRNUKM ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia ini.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri mahasiswa. Peranan pendidik yang membina peribadi dan kisah kejayaan ramai umat manusia di luar sana.

Selamat Hari Guru !



[13 MEI : HARI INI DALAM SEJARAH IKTIBAR PERPADUAN]13 Mei mencatatkan antara tarikh bersejarah yg mustahak diperingati d...
13/05/2023

[13 MEI : HARI INI DALAM SEJARAH IKTIBAR PERPADUAN]

13 Mei mencatatkan antara tarikh bersejarah yg mustahak diperingati dan meninta noda paling hitam dalam pengisian bab-bab jurnal kemerdekaan tanah air kita sejak 31 Ogos 1957. Rakyat negara ini mestilah mengingatinya dan disetiap kali itu mengenang, menginsafi dan berjanjilah agar ia tidak akan berlaku lagi.

Tanah air ini sewajarnya menjadi semakin membesar dan matang. Tidak hanya ideologi politik dijadikan perkakasan perbalahan dan selisih faham. Milinea ini, Malaysia wajar mengorak langkah supaya politik dan perbezaan, benarยฒ menjadi radas yg memperkasakan dan memperkemas nuansa kezahiran sebuah Bangsa Malaysia.

Dlm pengisian Kemerdekaan dan epik melankolik 13 Mei, kita mendoakan semoga perpaduan di Malaysia akan terus terjaga rapi dan dipermudahkan urusan membina watan perpaduan.



Address

Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Rukun Negara UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Sekretariat Rukun Negara UKM:

Share