Fakulti Pengajian Islam UKM

Call Directions Website Contact the university

Fakulti Pengajian Islam UKM Fakulti Pengajian Islam UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fakulti ini adalah salah sebuah fakulti yang mula-mula ditubuhkan di UKM di samping Fakulti Sains dan Fakulti Sastera. Dekan:
๐๐‘๐Ž๐…. ๐Œ๐€๐ƒ๐˜๐€ ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐ƒ๐‘. ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐ˆ๐™๐‡๐€๐‘ ๐€๐‘๐ˆ๐…๐… ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐Š๐€๐’๐‡๐ˆ๐Œ

Ketua Penolong Pendaftar Kanan:
๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐€๐™๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‡๐€๐“ @ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐Œ

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN KETUA PROGRAM PRASISWAZAHFakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia m...
25/09/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN KETUA PROGRAM PRASISWAZAH

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Mohd Farhan Md Ariffin, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, atas pelantikan sebagai Ketua Program Prasiswazah (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah), Fakulti Pengajian Islam, UKM bagi tempoh 1 Oktober 2026 hingga 30 September 2028.

Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh pengurusan dan pembangunan program akademik serta terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah.

Selamat menjalankan amanah dan selamat berkhidmat. Semoga dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

๐ŸŽ“ SELAMAT DATANG PELAJAR SISWAZAH FPI UKMFakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia mengalu-alukan dan meng...
23/09/2026

๐ŸŽ“ SELAMAT DATANG PELAJAR SISWAZAH FPI UKM

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar siswazah baharu yang memulakan pengajian di FPI bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Anda kini menjadi sebahagian daripada komuniti ilmuwan FPI. Semoga perjalanan pengajian ini menjadi ruang untuk memperkaya ilmu, mematangkan pemikiran, memperkukuh penyelidikan serta menghasilkan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat dan ummah.

Manfaatkanlah peluang sepanjang berada di FPI untuk berguru, berdiskusi, membina jaringan akademik dan meneroka pengalaman baharu. Kami mendoakan agar perjalanan pengajian anda dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang dicita-citakan.

Selamat datang ke FPI UKM โ€” bersama kita menyuburkan budaya Iman, Ilmu dan Amal.

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM

๐ŸŽ“ *SELAMAT DATANG WARGA BAHARU UKM SESI 2026/2027*Selamat datang dan selamat menyambung pengajian kepada seluruh pelajar...
21/09/2026

๐ŸŽ“ *SELAMAT DATANG WARGA BAHARU UKM SESI 2026/2027*

Selamat datang dan selamat menyambung pengajian kepada seluruh pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Tahniah kerana terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga besar UKM. Semoga perjalanan baharu ini menjadi medan untuk menimba ilmu, membina sahsiah, mengembangkan potensi dan mencipta pengalaman bermakna sepanjang berada di bumi ilmu ini.

Kepada pelajar baharu Fakulti Pengajian Islam, selamat datang ke keluarga FPI. Manfaatkanlah setiap peluang untuk membina kecemerlangan berteraskan Iman, Ilmu dan Amal.

Selamat datang ke UKM. Selamat memulakan langkah menuju masa depan!

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

๐ŸŽ“ *HALA TUJU GRADUAN FPI 2026 | MELANGKAH KE ALAM KERJAYA*Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia ...
18/09/2026

๐ŸŽ“ *HALA TUJU GRADUAN FPI 2026 | MELANGKAH KE ALAM KERJAYA*

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) akan menganjurkan Program Hala Tuju Graduan 2026 pada 13 dan 14 Oktober 2026 bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Program ini memberi fokus kepada persediaan mahasiswa tahun akhir bagi menghadapi alam pekerjaan melalui pengisian praktikal seperti Bengkel Resume, Mock Interview, Taklimat SKPG, Persediaan Latihan Industri, Eksplorasi Kerjaya dan Pertandingan Resume.

Program ini diharapkan dapat membantu mahasiswa tahun akhir mengenal pasti hala tuju kerjaya, meningkatkan keyakinan dan kemahiran kebolehpasaran serta membuat persediaan lebih awal untuk memasuki dunia profesional selepas tamat pengajian.

๐Ÿ“Œ 13 & 14 Oktober 2026
๐Ÿ“ Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Mahasiswa FPI dijemput untuk mengambil peluang ini sebagai persediaan membina masa depan kerjaya yang lebih terancang.

โ€œSahsiah Diperkasa, Mahasiswa Sejahteraโ€

๐ŸŒ MOBILITI ANTARABANGSA FPI UKM KE KAZAKHSTAN ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟAlhamdulillah, 11 orang pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring ya...
14/09/2026

๐ŸŒ MOBILITI ANTARABANGSA FPI UKM KE KAZAKHSTAN ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ฟ

Alhamdulillah, 11 orang pelajar bersama dua orang pensyarah pengiring yang menyertai Program Mobiliti PMFPI ke Egyptian University of Islamic Culture Nur-Mubarak (NMU), Kazakhstan telah selamat kembali ke Malaysia pada pagi ini.

Program mobiliti ini memberi pendedahan antarabangsa yang bermakna kepada para pelajar menerusi pelbagai pengisian akademik, kemasyarakatan dan silang budaya. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pembentangan dalam Seminar Pengajian Islam di NMU, program kemasyarakatan di Maxkids Kindergarten, program silang budaya Malaysiaโ€“Kazakhstan serta aktiviti riadah di kawasan pergunungan Shymbulak.

Majlis perasmian program telah dihadiri oleh Rektor NMU, Prof. Dr. Mohamed Wardani Abdelradi Abdallah dan Naib Rektor, Dr. Yershat Onggar. Majlis penutupan p**a disertai oleh Dekan Pengajian Islam, Prof. Dr. Agzam, Ketua Hal Ehwal Akademik NMU, Puan Balzhan Mulhayeva, serta Ketua Jabatan Pengajian Agama, Dr. Syrym.

Fakulti Pengajian Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NMU atas sambutan, kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang program berlangsung. Tahniah juga kepada para pelajar, pensyarah pengiring serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mobiliti ini.

Semoga program ini terus memperkukuh jaringan akademik UKMโ€“NMU, membuka ruang kepada kerjasama yang lebih luas serta melahirkan mahasiswa FPI yang berwawasan global dan mampu membawa nilai Iman, Ilmu dan Amal ke persada antarabangsa.

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS | AKKFPI 2026Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majl...
12/09/2026

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS | AKKFPI 2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan Fakulti Pengajian Islam (AKKFPI) 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, kecemerlangan dan sumbangan berterusan seluruh warga dalam memperkukuh prestasi serta kecemerlangan Fakulti Pengajian Islam.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus membudayakan kecemerlangan, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan bersama-sama membawa FPI ke tahap yang lebih tinggi.

Tahniah kepada semua penerima anugerah!

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

๐ŸŒ TAHNIAH DAN SYABAS | PENSYARAH PELAWAT ANTARABANGSAFakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merak...
11/09/2026

๐ŸŒ TAHNIAH DAN SYABAS | PENSYARAH PELAWAT ANTARABANGSA

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Lily Hanefarezan Asbulah, Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, atas jemputan sebagai Pensyarah Pelawat di University of Naama, Algeria, pada 1 hingga 14 Oktober 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran ahli akademik FPI, khususnya dalam bidang bahasa Arab dan pengajian Islam, di samping membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, jaringan akademik dan kerjasama antarabangsa antara UKM dengan institusi pengajian tinggi di Algeria.

Semoga program ini dapat memperluas jaringan strategik FPI di peringkat antarabangsa serta membuka peluang kepada kerjasama susulan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, mobiliti dan pertukaran akademik.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah sebagai Pensyarah Pelawat. Semoga dipermudahkan segala urusan dan membawa nama FPI serta UKM ke persada antarabangsa.

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN PENOLONG DEKAN FPIFakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamk...
11/09/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN PENOLONG DEKAN FPI

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah, atas pelantikan sebagai Penolong Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Fakulti Pengajian Islam, UKM bagi tempoh 10 September 2026 hingga 9 September 2029.

Semoga pelantikan ini memperkukuh pengurusan dan pembangunan hal ehwal pelajar serta mempererat jaringan alumni FPI. Diharapkan pengalaman dan kepimpinan beliau dapat menyumbang kepada usaha melahirkan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan, selaras dengan aspirasi Iman, Ilmu dan Amal.

Selamat menjalankan amanah dan selamat berkhidmat. Semoga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

*PERHIMPUNAN WARGA FPI BIL. 2/2026 & MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN FPI (AKKFPI) 2026*Fakulti Pengajian Islam...
11/09/2026

*PERHIMPUNAN WARGA FPI BIL. 2/2026 & MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN FPI (AKKFPI) 2026*

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Perhimpunan Warga FPI Bil. 2/2026 serta Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan FPI (AKKFPI) 2026 sebagai wadah menghimpunkan seluruh warga fakulti, berkongsi perkembangan semasa serta menghargai pencapaian dan sumbangan warga FPI.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Prof. Datoโ€™ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dekan FPI UKM, yang berkongsi hala tuju dan perkembangan semasa fakulti serta menyeru seluruh warga FPI untuk terus bergerak bersama dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, penerbitan, jaringan dan perkhidmatan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, M***i Wilayah Persekutuan merangkap Profesor Adjung FPI UKM, serta Profesor Dr. Irwan Abdullah dari Universitas Gadjah Mada, Indonesia, merangkap Profesor Adjung FPI UKM. Kehadiran kedua-dua Profesor Adjung ini turut memperkukuh jaringan kepakaran FPI dengan institusi agama dan rakan akademik di peringkat antarabangsa.

Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan FPI (AKKFPI) 2026 sebagai penghargaan kepada warga FPI yang menunjukkan pencapaian dan sumbangan cemerlang dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menyemarakkan budaya kerja berkualiti serta mendorong seluruh warga fakulti untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan FPI dan UKM.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan Jamuan Kesyukuran dan Makan Tengah Hari yang disediakan oleh warga FPI yang baru menerima kenaikan pangkat, iaitu Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Prof. Madya Dr. Mohd Faizulamri. Jamuan ini menjadi tanda kesyukuran atas pencapaian yang diperoleh, di samping mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga FPI.

FPI merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima AKKFPI 2026, serta penghargaan kepada seluruh warga fakulti yang terus bersama-sama menyumbang kepada pencapaian dan kecemerlangan FPI. Tahniah juga kepada warga yang menerima kenaikan pangkat, semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju bersama.

Kita bergerak bersama, memperkukuh FPI berteraskan IMAN, ILMU dan AMAL.

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN FELO MADANI 2026Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan...
10/09/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH | PELANTIKAN FELO MADANI 2026

Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Nizamuddin bin Azmi, pelajar Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah), sesi akademik 2025/2026, atas pelantikan sebagai Felo Madani menerusi Program Madani Fellowship 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Program yang berlangsung dari September 2026 hingga Januari 2027 ini membuka ruang kepada peserta untuk memperoleh pengalaman profesional, memperluas jaringan serta mengembangkan potensi kepimpinan dalam persekitaran strategik sektor awam.

Pelantikan ini turut mencerminkan keupayaan pelajar FPI untuk menyumbang bukan sahaja dalam bidang akademik dan Pengajian Islam, malah dalam pembangunan kepimpinan belia dan negara.

Semoga Muhammad Nizamuddin dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya serta membawa nama FPI dan UKM dengan cemerlang sepanjang program.

Tahniah dan selamat maju jaya!

Ikhlas daripada
Dekan & Seluruh Warga
Fakulti Pengajian Islam, UKM

Address

Lingkungan Ilmu
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:30 - 17:00

Telephone

+60389215351

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Islam UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pengajian Islam UKM:

Shortcuts

Share