02/10/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Ida Rosnita Ismail dan Dr. Ngan Sue Lin dan Prof. Madya Dr. Puan Yatim dan Prof Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain atas kejayaan menerima Geran Universiti Tematik Strategik (GUTS) Tahun 2026.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan warga akademik UKM-GSB dalam memperkukuh penyelidikan rentas disiplin, inovasi serta pengkomersialan hasil penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi, kerjasama strategik dan pencapaian yang membanggakan pada masa hadapan.
Tahniah dan syabas daripada kami di UKM-Graduate School of Business!