Lestari UKM Bangi

Call Directions Website

Lestari UKM Bangi The Institute for Environment and Development (LESTARI) was established on 1st October 1994 as a multidisciplinary institute within the structure of UKM

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Li...
24/09/2026

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling, Felo Utama LESTARI UKM, atas pelantikan semula sebagai Ketua Jaminan Kualiti (KJK) LESTARI UKM bagi tempoh 1 September 2026 hingga 31 Oktober 2028.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh tadbir urus, jaminan kualiti serta kecemerlangan akademik dan penyelidikan di LESTARI UKM.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,[JEMPUTAN MENYERTAI WACANA KELESTARIAN SIRI...
22/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,

[JEMPUTAN MENYERTAI WACANA KELESTARIAN SIRI 1/2026 PUSAT PENYELIDIKAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR, EKONOMI DAN SOSIAL (KASES) LESTARI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)]

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES) LESTARI UKM ingin menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan, untuk menyertai program Wacana Kelestarian Siri 1/2026 secara atas talian seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 September 2026 (Rabu)

Masa : 10.00 pagi -12.00 tengah hari

Pautan atas talian :
https://teams.microsoft.com/meet/41861464092359?p=oxyrIVNeJRmVyUxSt5

Penceramah & Moderator

Prof. Gs. Dr. Ruslan Rainis,
Profesor Kehormat LESTARI

Prof. Madya Gs. Dr. Nuriah Abdul Majid, Felo Penyelidik Kanan & Pensyarah LESTARI

Tajuk :

KECERDASAN GEOGRAFI : PERBATASAN SELANJUTNYA BAGI ESG

GEOGRAPHIC INTELLIGENCE : THE NEXT FRONTIER OF ESG

Pautan untuk pendaftaran / kehadiran :
https://forms.gle/YHHUmzNrtib4BG2y6

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini dan memanjangkan jemputan ini kepada kakitangan YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan.

Bersama-sama ini disertakan pautan pendaftaran untuk pengisian kehadiran, mohon YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan untuk mengisinya.

Kehadiran YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Salam hormat,

JAWATANKUASA PENGANJUR
KASES, LESTARI UKM

[JEMPUTAN WACANA KELESTARIAN SIRI 2/2026 PUSAT KAJIAN BENCANA ASIA TENGGARA (SEADPRI) - BEYOND THE SENDAI FRAMEWORK FOR ...
14/09/2026

[JEMPUTAN WACANA KELESTARIAN SIRI 2/2026 PUSAT KAJIAN BENCANA ASIA TENGGARA (SEADPRI) - BEYOND THE SENDAI FRAMEWORK FOR DISASTER RISK REDUCTION (SFDRR 2015-2030) TOWARDS SUSTAINABLE DEVELOPMENT]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan,

Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) ingin menjemput YBhg. Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan, untuk menyertai Program Wacana Kelestarian Siri 2/2026 secara atas talian untuk memahami apakah yang seterusnya untuk pengurangan risiko bencana selepas Kerangka Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana (SFDRR 2015-2030)? Sertai kami untuk meneroka bagaimana komitmen global dapat diterjemahkan kepada tindakan bermakna dalam memperkukuh daya tahan bencana ke arah masa depan yang lebih mampan seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 September 2026 (Selasa)

Masa: 10.00 pagi - 12.00 t/hari

Pautan Pendaftaran Webinar: https://us06web.zoom.us/webinar/register/WN_M-sY3B5QReCyaBgqQMC4IQ #/registration

Ucaptama: PROF. RAJIB SHAW, Professor Graduate School of Media and Governance Keio University, Japan & Chair Asia-Pacific Scientific and Technical Advisory Group (AP-STAG), UNDRR

Tajuk Ucaptama: Beyond The Sendai Framework for Disaster Risk Reduction (SFDRR 2015-2030) Towards Sustainable Development

Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini dan memanjangkan jemputan ini kepada kakitangan YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan.

Bersama-sama ini disertakan pautan pendaftaran untuk pengisian kehadiran, mohon YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan untuk mengisinya.

Kehadiran YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/Puan ke Wacana Kelestarian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Salam hormat,
JAWATANKUASA PENGANJUR
SEADPRI

Tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM atas...
02/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Tan Ling Ling daripada Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) berkuat kuasa 13 Ogos 2026.

Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan beliau dalam bidang kepakaran Biosensor dan Sensor Kimia, khususnya melalui jalur kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga
LESTARI UKM

πŸŒΏπŸŽ“ π–π„ππˆππ€π‘ ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ πŠπ€πŒππ”π’ π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ (πŠπ‹π€π€π’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ• πŸŒπŸ›οΈ Ke arah memperkukuh budaya kelestarian di ...
01/09/2026

πŸŒΏπŸŽ“ π–π„ππˆππ€π‘ ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ πŠπ€πŒππ”π’ π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ (πŠπ‹π€π€π’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ• 🌏

πŸ›οΈ Ke arah memperkukuh budaya kelestarian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan Webinar Promosi Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) 2025/2027 pada 2 September 2026.

Webinar ini bertujuan memperkenalkan dengan lebih mendalam pelaksanaan KLAAS sebagai platform pengiktirafan kepada IPT yang cemerlang dalam membudayakan pengurusan alam sekitar dan pembangunan kampus lestari secara holistik.

Program ini menyasarkan penyertaan warga IPT seluruh Malaysia serta pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri yang melaksanakan program Communication, Education and Public Awareness (CEPA). Melalui sesi ini, peserta akan diberi penerangan mengenai objektif program, syarat penyertaan, kaedah penilaian, manfaat penyertaan serta perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan KLAAS.

πŸ“… Tarikh: 2 September 2026
πŸ’» Platform: Dalam talian (Webinar)

πŸ“Œ Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk program webinar ini. Dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan sebelum 14 Ogos 2026 (Jumaat) bagi membolehkan pihak Sekretariat KLAAS menyerahkan pautan Webinar kepada peserta yang telah mendaftar.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini dan bersama-sama memperkasa agenda kelestarian kampus demi kelestarian alam sekitar negara.





20/08/2026
13/08/2026

⏰ Registration Closing Soon!

Don't miss your chance to join the 9th Asia Pacific Geoparks Network (APGN) Symposium 2026!

πŸ“… Registration Deadline: 31 August 2026

Join geopark managers, researchers, educators, community leaders and tourism professionals from across the Asia-Pacific region and beyond for four days of knowledge sharing, networking and collaboration.

πŸ“ Langkawi, Malaysia
πŸ—“οΈ 7–10 September 2026

⚠️ Register before 31 August 2026 to secure your place!

πŸ‘‰ Register now:
apgn2026.lada.gov.my

We look forward to welcoming you to Langkawi for an inspiring and memorable APGN 2026!

Malaysia Geoparks Network - Jaringan Geopark Malaysia







Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hafizah Mohd Fizer, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim serta pasukan penyelidik atas k...
12/08/2026

Tahniah diucapkan kepada Dr. Nor Hafizah Mohd Fizer, Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim serta pasukan penyelidik atas kejayaan menerima Anugerah Pingat Emas dalam International Research and Innovation Symposium Competition 2026 (RISE2026).

Projek bertajuk β€œKe Arah Negara Tua 2030: Kekuatan Dimensi P+B terhadap Kesejahteraan Hidup Warga Emas Orang Asli di Bandar” telah berjaya mengangkat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dalam menangani isu kesejahteraan warga emas.

Kejayaan ini turut membuktikan komitmen dan kecemerlangan Alumni serta Felo Kanan LESTARI UKM dalam menghasilkan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan pembangunan negara.

Ikhlas daripada Warga LESTARI UKM

Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative - Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) is seeking a motiv...
06/08/2026

Southeast Asia Disaster Prevention Research Initiative - Universiti Kebangsaan Malaysia (SEADPRI-UKM) is seeking a motivated and enthusiastic full-time PhD candidate to join a research project focused on Green and Inclusive Public Procurement.

Join us in advancing research that supports sustainable procurement, disaster risk reduction, and resilient development.

We welcome applications from passionate individuals who aspire to make meaningful contributions to research and public policy.

How to Apply
Please submit:
Your Curriculum Vitae (CV)
A 3-page Concept Note aligned with the project scope
πŸ“§ Email: [email protected]
πŸ“… Application Deadline: 31 August 2026

Please feel free to share this opportunity with colleagues, students, and anyone who may be interested.

πŸŒΏπŸŽ“ π–π„ππˆππ€π‘ ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ πŠπ€πŒππ”π’ π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ (πŠπ‹π€π€π’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ• πŸŒπŸ›οΈ Ke arah memperkukuh budaya kelestarian di ...
05/08/2026

πŸŒΏπŸŽ“ π–π„ππˆππ€π‘ ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ πŠπ€πŒππ”π’ π‹π„π’π“π€π‘πˆ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π€π‹π€πŒ π’π„πŠπˆπ“π€π‘ (πŠπ‹π€π€π’) πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ• 🌏

πŸ›οΈ Ke arah memperkukuh budaya kelestarian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan menganjurkan Webinar Promosi Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS) 2025/2027 pada 2 September 2026.

Webinar ini bertujuan memperkenalkan dengan lebih mendalam pelaksanaan KLAAS sebagai platform pengiktirafan kepada IPT yang cemerlang dalam membudayakan pengurusan alam sekitar dan pembangunan kampus lestari secara holistik.

Program ini menyasarkan penyertaan warga IPT seluruh Malaysia serta pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri yang melaksanakan program Communication, Education and Public Awareness (CEPA). Melalui sesi ini, peserta akan diberi penerangan mengenai objektif program, syarat penyertaan, kaedah penilaian, manfaat penyertaan serta perkongsian maklumat berkaitan pelaksanaan KLAAS.

πŸ“… Tarikh: 2 September 2026
πŸ’» Platform: Dalam talian (Webinar)

πŸ“Œ Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk program webinar ini. Dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran dengan mengimbas Kod QR yang terdapat pada poster hebahan sebelum 14 Ogos 2026 (Jumaat) bagi membolehkan pihak Sekretariat KLAAS menyerahkan pautan Webinar kepada peserta yang telah mendaftar.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini dan bersama-sama memperkasa agenda kelestarian kampus demi kelestarian alam sekitar negara.





Address

Institute For Environment And Development (LESTARI)
Bangi
43600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lestari UKM Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share